BAB 3

Drama Completed 230

“Meoww...” Langkah Pak Bakar terhenti lagi. Belum sempat di membuka pintu
keretanya. Anak kucing comot yang ditemuinya tadi itu mengiau beberapa
kali. Seolah cuba berkomunikasi dengannya. Apa yang peliknya anak kucing
comot itu Cuma memandangnya dari jauh sahaja.

“Kesian juga anak kucing itu... " Bisiknya di dalam hati. Akan tetapi
dia tidak dapat berbuat apa-apa. Pada fikirannya kalau dia membawa
kucing itu balik ke rumah sudah pasti isterinya akan bertanya. Serba
salah juga dibuatnya. Sifat rasa mudah kasihan kian menebal di dalam
hati. Sifat sayang kepada binatang itu satu persatu timbul menerjah di
dalam hatinya. Anak kucing itu mengingatkannya kepada kucing
kesayangannya dulu iaitu Tetey.., Namun kucingnya bernama Tetey itu
sudah mati.

Pak Bakar yang merasa serba salah terus membuka pintu keretanya sebelah
penumpang. Dia mengarahkan anak kucing comot itu segera masuk ke dalam
kereta.

“Masuk ke dalam keta nun....” Ujar Pak Bakar dalam Bahasa Melayu Sarawak.

Bagaikan memahami. Anak kucing comot itu segera mengikut perintah. Bijak
juga anak kucing ini. Apabila disuruh masuk ia terus melompat masuk ke
dalam kereta sambil duduk berdiam diri mencari keselesaan.

Sementara itu Pak Bakar terus memandu keretanya menuju ke PGA Limbang.

“Meoww...” Anak kucing comot itu mengiau lagi. Agaknya dia mengucapkan
terima kasih kepada Pak Bakar yang sedang memandu kereta di sebelahnya.
Sesungguhnya haiwan juga ada perasaan. Itulah Abu anak kucing yang yang
comot sewaktu ditemui dulu. Anak kucing comot itu sunguh bijak dan baik
hati. Banyak lagi kisah tentangnya.

*Kucing di Sebelah Rumah Yang Sombong..*

Kisahnya amat menarik. Sebenarnya nama Abu berdasarkan nama tempat
dimana ia dijumpai oleh Pak Osen. Pangilan nama sebenar untuk ABU ialah
Tamu. Sungguh pelik tetapi itulah hakikat sebenar dalam kehidupan.
Hubungan sifat kasih antara manusia dan haiwan peliharaan terjalin
kemesraan.

Waktu begitu pantas berlalu. Setelah beberapa bulan Abu kian meningkat
dewasa. Tubuh badannya yang comot dulu juga semakin bersih malah bulunya
sentiasa kemas dan harum. Perjalanan hidup remajanya juga masih panjang.
Sikap Abu yang baik hati dan mendengar kata sering membuat tuannya Pak
Bakar merasa senang dengan sikapnya.

Ketika meningkat kedewasaan. Suatu hari Abu asyik memerhatikan kucing
jiran di sebelah rumah tuannya. Seekor kucing betina berwarna hitam
putih. Nama kucing itu ialah Panda. Namun sayangnya kucing bernama Panda
itu seekor kucing yang terlalu sombong. Kesian Abu ... Dalam diam si
Abu itu tetap menaruh hati kepada si Panda yang sombong itu...

“Abu pahal kau tok... ? Iboh diintai ilak pusak sombong sebelah ya.
Pusak perasan cantik...” Ujar Eyza mengusap kepala Abu lembut.

“Pelik Abu tok...” Pusak perasan cantik ya juak yang nya suka... Eh sik
berkenan ku.” Ujar Mak Teja tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience