BAB 2

Drama Completed 230

“Pergi pasar ikan sinun... Kat sana banyak ikan gik. Banyak lagi rezeki
ko kat sana..” Ujar Pak Bakar lembut. Dia bertutur dalam bahasa melayu
Sarawak.

“Meow... “ Anak kucing comot tersebut masih lagi mengiau lembut cuba
bermanja dengannya.

Namun Pak Bakar terus melangkah tidak memperdulikan anak kucing comot
itu. Niatnya pada pagi ini hanyalah satu untuk mencari ikan segar di
pasar. Selepas itu dia akan pulang. Lagi pula dia akan bertugas shiff
petang. Hari hari pertama bulan puasa tahun 2010. Persiapan awal perlu
dibuat.

Pasar Ikan Tamu Limbang...

Seawal pagi ini banyak ikan segar dijual di Tamu Limbang oleh para
peraih ikan, malah para nelayan sendiri juga turut sama berjaja di pasar
berkenaan. Pasar ikan di tebingan sungai Limbang itu sentiasa meriah.
Malah tempat ruang niaga juga sentiasa bersih dan dijaga rapi. Semua
ikan-ikann yang dijual sentiasa segar. Itulah keistimewaannya.

Penduduk di Limbang kebanyakkannya terdiri daripada pelbagai suku
etnik. Antara majoritinya ialah suku Kaum Kedayan dan Melayu Brunei.
Selain itu terdapat juga kaum lain antaranya seperti kaum Iban, kaum
Bisaya, Lunbawang. Tidak ketingalan juga kaum Cina dan Penan.

Pak Bakar terus melangkah tenang. Wajahnya terpancar kegembiraan. Ikan
yang diidamkan sudah berada di tangan. Kini dia menuju ke keretanya
semula. Sepanjang perjalanan itu bau ikan tahai dan udang kering menusuk
hidungnya. Banyak peniaga yang berjual ikan tahai nampaknya pada hari
ini. Dia membeli sekilo ikan tahai untuk dijadikan stock bekalan. Ikan
tahai sangat sedap jika dibuat sambal. Apa yang pasti Ikan tersebut
hanya boleh didapati di Limbang dan Lawas sahaja. Meskipun ada ditempat
lain dijual mungkin harganya mahal. Di kawasan Miri dan Kuching sahaja
boleh mencecah Rm30 ke rm35.

“ Okey siap. Sekilo sajakah pak cik?” Tutur pemuda itu dalam bahasa
kedayan. Suaranya lembut dan berhemah.

“Auk sekilo saja. Nda payah tah banyak-banya. Cukup sudah ni. Banyak
sudah barang makan di rumah...” Jawab Pak Bakar lembut. Dia juga
sebenarnya fasih berbahasa kedayan. Walaupun sebenarnya dia bukan
berasal dari Limbang. Akan tetapi dia sudah lama menetap di Limbang. Dua
orang anaknya juga lahir dan membesar di sini. Hakiikatnya sudah lebih
30 tahun dia bertugas di Limbang sebagai angota polis PGA.

“Taima kasih ya.. Pakcik, datanglah lagi lain kali..?” Tutur pemuda itu
ramah.

“Auk... Sama-sama...” Pak Bakar tersenyum. Senyuman itu baginya adalah
satu sedekah. Pengerat hubungan silaturahim sesama muslim.

Setelah membayar harga RM 10 untuk satu kilo ikan tahai itu Pak Bakar pun
beredar menuju ke keretanya. Dia harus cepat. Pastinya isterinya ketika
ini sedang menantinya di rumah. Mujur juga isterinya itu tidak bekerja
pada hari ini. Ketika ini waktu sudah menunjukkan jam 9.00 pagi. Masih
banyak masa lagi fikirnya di dalam hati. Namun dia ada kewajipan lain
lagi. Hari ini hari jumaat dia perlu melaksanakan kewajipannya sebagai
seorang muslim sejati. Masjid Limbang juga tidak jauh kedudukannya cuma
di sebelah Hotel Purnama Limbang sahaja. Masjid itu pula kedudukannya
berhadapan dengan Stesen Minyak Petronas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience