BAB 2

Romance Completed 555

Aku tak tahu apa yang Herry nak dengar sebenarnya keluar dari mulut aku. Herry, aku tahu dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia juga, mungkin turut sama mengeluh.

‘Tapi Zarra, Kau tak tahu apa yang dia rasa’

‘Memanglah aku tak tahu, I am not a god. You too. Mana ko tahu dia ada rasa apa-apa dengan aku. Tapi cukuplah apa yang dia buat sejak kami tak pernah berhubung 6 tahun yang lalu bagi aku jawapan’

‘Kau pasti ke? Apa yang dia buat?’

Aku diam lagi. Soalan Herry sekali lagi, sukar untuk aku bagi jawapan.

Apa yang Jazwan buat? Aku pun tertanya2.

‘Dia tak buat apa-apa’. Aku pilih jawapan tu. Herry pula yang diam.

‘Itu jawapan valid yang aku boleh bagi Herry, dia tak buat apa-apa. Dah cukup untuk bagi aku signal, jangan ganggu hidup dia lagi. Lagipun dulu aku sedikit jahil. Bila dah faham hubungan dalam islam, aku terangkan padanya dan sejak itu tiada angin yang bawa perkabaran. Aku pun tak tahu kenapa aku perlu terangkan padanya, sedangkan kami tak pernah mulakan apa-apa pun.’

Aku ketawa di atas kebodohan aku sendiri. Kadang-kadang rasa sangat bodoh bila memikirkan tindakan aku 6 tahun lalu masa kat universiti. Atas alasan ingin berdakwah, aku hantar mesej islamik kat semua buddies tapi kat dia, hantar lebihlah pulak. Dia tak pernah pun balas balik, aku yang kept hantar. Lama-lama, masa tu kot cinta sebelah pihak bermula. Walaupun tak berbunyi, aku asyik tepuk. Kalau diorang kata ni cinta monyet, memang taklah sebab aku dah tahu cinta monyet tu macam mana, memang zero, binatang mana ada perasaan? Sebab tu cinta monyet kot. Kalau diorang kata ni cinta yang lalai, memang tak lah sebab aku still dengan peganganku bahkan disebabkannya aku cari jalan yang betul, yang Allah redha, dan aku pilih jauhkan diri. Bukan kuasa aku semua ni.

‘Jadi kau rasa sejak tu, sejak kau luahkan apa yang kau rasa, kerana kau faham islam. Kau rasa salahnya di situ’

‘Islam mana ada salah Herry , jauh dia dari sifat yang salah. Akulah yang silap perhitungannya’

‘Kau cinta dia sebelum kau faham islam, lepas tu? Sama tak?’

‘Aku lebih cintakan nikmat islam yang aku dapat. Cinta tu bila kita letak sesuatu tu prioriti utama dalam hidup kita Herry. Mana boleh aku letak dia sama level dengan cinta aku pada tuhan. Tapi bila kita letak Allah prioriti utama, tak bermakna cinta yang lain di bawah kita Herry, tapi di sisi kita. Kan rapat tu’

‘Dia akan berada di sisi kita selamanya, sampai tua, sampai mati, sampai jannah. Kan pasangan hidup tu untuk selamanya. Sebab tu, sebelum aku faham cinta ini dari pandangan Allah, aku tetap cintakan dia Herry, dan selepas Allah betulkan pandanganku… I love him more’

‘Jadi dia cinta pertama kau wan’

‘Kau dah tahu jawapan aku Herry ’

‘Once loved, forever loved’. Herry menyambung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience