BAB 11

Romance Completed 555

Mata aku termenung je tengok hantaran berlambak-lambak atas katil. Hadiah dari pihak lelaki. Tak de semangat nak bukak. Tiba-tiba mata tersangkut ke bungkusan dari Herry. Dia bagi ape pulak semalam ni. Tangan aku dengan malasnyer membuka.

Videotape? Aku terus memasang. Firasat pelik singgah kat otak aku. Dia nak buat video layang kat aku ke Herry ni.

Menyisir rambutku, video tu aku pasang. Aku tidak memandang.

‘Hello..hai! hai! Zarra..ko nampak aku tak?’

Ceh, Herry ni, dia buat video ape pulak. Duk melambai-lambai tangan.

Aku berjalan membelakangi video tu. Melihat hantaran tu lagi. Sayu je, rasa hati ni.

‘kau nampak kitaorang tak’.

Suara Herry lagi, tapi kali ni dia cakap kitaorang? Siapa? Alia? Aman? Ke Nedellah. Bila pulak diorang terjebak dengan Herry ni.

‘Zarra..’

Jazwan ? Aku memusingkan wajahku dari hantaran tu. Jazwan ada dalam video tu. Bersama adik-adik yang aku dah agak, terjebak sama. Jazwan… kenapa pulak dengan hati aku ni. Sekali lagi, benda yang sama aku rasa. Kenapa pula dia buat video ni jugak. Aku dekat dengan video tu.

‘Saya cintakan awak’

Aku diam. Aku dengar apa yang Jazwan kata. Rasa macam nak suruh semua diam, even nafas aku sekalipun supaya aku dengar perkataan tu dengan jelas sekali lagi. Aku lihat perkataan tu disambut dengan sorakkan pelajar lelaki yang lain. Serentak tu, Herry menarik semuanya keluar dari skrin video. Hanya tinggal Jazwan. Dan aku.

‘Saya cintakan awak’

‘I wish I can say this three words directly..you know, face to face. But I just can’t. So, I make this video. I mean, we make this video. Herry idea’s.’

Aku tergelak sebelum..

‘I love you Zarra and I love you very-very much. These past 6 years, bringing me with the chronicles memories of you. Every morning, when I opened my eyes..it longed to see you. Even in my dream, you always there, till up to the point, I don’t want to woke up because dream is better than reality... What have you done to me or what I have done to you Zarra..Everytimes, everyday, every seconds, this heart is seek the god to find you..what wrong I have done, let me know..i will correct it, I’m not even dare to begin it...how come I hurt you a lot Zarra..i am just..’

Nafas aku turun naik.

‘Cuma saya tak tahu macam mana nak cakap. Awak tahu kan saya orang yang macam mana. Saya takkan mula benda yang orang lain tak mulakan dulu’

‘Tapi kali ni, aku yang paksa dia mula, before kau lari lagi’. Tiba-tiba Herry muncul di skrin sebelum ditarik Aman.

‘Betulah apa yang Herry kata. Sebelum awak lari lagi, saya kena mula dulu. Kalau saya tak cakap sekarang, awak akan lari lagi Zarra. Dan saya perlu tunggu 6 tahun lagi untuk jumpa awak balik.’

Aku tersenyum sebelum,

‘Kenapa awak pergi dulu Zarra? Kenapa awak jauhkan diri dari saya? Kenapa? Sebab awak rasa kita berbeza darjat. Tinggi mana darjat saya sampai awak perlu direndahkan. Kaya mana saya sampai awak rasa miskin. Mulia mana saya ni sampai awak rasa hina. Kerana awak orang biasa? Kerana saya orang berada? Itu yang awak rungsikan? Itu yang awak jadikan titik noktah dalam hubungan ni? Nilai hubungan ni atas nama darjat ke Zarra?’

Mata aku tidak berkedip. Jazwan tahu sebab sebenar aku pergi dari hidup dia.

‘Bukan apa yang ada pada awak atau apa yang awak ada buat saya cinta dan kasihkan awak, tapi keikhlasan cinta awak pada Allah buat saya tahu awak seorang gadis yang baik.. Sebab tu saya pun cuba perbaiki diri supaya saya layak jadi orang yang awak cintai’

Mata aku mula basah.

‘Hanya kerana saya tak cakap, tak bermakna saya tak rasa apa-apa Zarra. Malah, mungkin lebih. 6 tahun Zarra, kita terpisah. Awak kata dalam ayat terakhir, semua ni untuk kebaikan saya tapi kenapa saya jugak sakit Zarra. Kenapa hidup saya rasa tak lengkap Zarra. Sebab tu, saya cari awak Zarra. Dah 6 tahun saya cuba cari tapi saya tak jumpa. Rupanya Allah nak ketemukan saya dengan awak melalui Herry . Your best friend.’

Herry muncul lagi, dengan muka selambanyer. Alia pula menjerit supaya dia beredar.

‘Bila saya datang, awak pulak tanya saya macam mana saya boleh datang. Itu yang awak lebih curious dari tujuan sebenar saya datang Zarra?’

Aku diam.

Melihat tanpa hilang fokus ke video itu. Berpuluh2 belon bertulis ‘I luv Zarra’ dilepaskan menjadi latar video tu sebelum salah satunya pecah terlanggar bucu katil. Aku nampak sisi Herry yang sedikit terkejut sebelum dia hilang dari video tu.

Jazwan tidak terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience