BAB 1

Romance Completed 555

6 tahun kemudian.

Aku duduk di bangku hadapan sekolah lama, mengadap padang yang luas. Memandang kosong ke hadapan. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku pandang tapi aku tahu aku sedang dipandang. Herry, sahabat karib dari tadi berdiri di tepi bangku, ajak duduk dia tidak mahu. Dia diam agak lama, memang patut dia diam, dia mahu dengar jawapan dari aku. Soalan yang sama dia soal sejak kami bertemu semalam. Aku yang patut bersuara, memberinya jawapan. Herry ni pun satu, nak jugak keluar dari mulut aku. Alasannya ‘ ini soal hidup kau Zarra, mana valid keluar dari mulut orang lain’.

Dia nak dengar jawapan kepada soalan ‘..kenapa aku tolak semua lelaki yang cuba masuk dalam hati aku’. Dah 6 tahun, takkan tak de sape yang melekat and as always mak aku akan jawab before aku,

‘Nak lekat macam mana, tak de gam’. Terbaiklah mak, I luv YOU lah. Heeee…. Dia tahu apa yang aku rasa. Anak mak lah katakan. Huhu….

‘Kenapa diorang asyik pinang anak mak, sebab dia doktor? Sebab dia cantik? Biarlah dia dengan mak je, kan aisha?’.

Mak aku tahu hati aku sekarang macam mana. Tapi kadang-kadang tu dia mengadulah jugak, katanya ‘ Mak cik zainab ko selalu duk cakap pasal anak dia, Maizatul yang jadi doktor tu kahwin dengan doktor, lepas tu nanti dia duk wish dah moga-moga dapat anak2 yang cerdik2, yang comel2. Mak jeles, mak diam je’

‘Jadi mak nak aisha kahwin dengan doktor jugak ke?’

‘Ish, tak. Jangan fikir pasal ni aisha. Apa yang anak mak rasa, mana diorang tahu kan’

Aku mengeluh je. Fikiran aku dah penat bagi jawapan, kali ni biarlah hati yang terus terang, lagi senang. Tak, tak senang pun sebenarnya..soal hati, bagi aku soal yang troublesome. A lot.

‘Aku dengar dari yang lain pasal seorang lelaki nama Jazwan, sebab dia ke? Sorry Zarra, tak de niat nak stalker kisah kau’

Aku tersengih sendiri..

‘Kaki stalker’

..kemudian membuat muka selamba. Herry dah tahu dari awal, mesti bother dia a lot. Dah lama nama tu aku tak dengar keluar dari mulut orang, hanya berdetik dalam benak dan bergetar dalam hati aku setiap hari. Dah lama, dah 6 tahun,

Kenapa tiba-tiba, memori menyingkap kisah di universiti sehinggalah sekarang, dah jadi doktor pun, kisah tu keep playing. Mungkin betullah orang cakap, feeling change, memory don’t.

Aku tiba-tiba mengeluh. Memeluk tubuhku yang sejuk. Waktu2 macam ni, rasa macam nak meluah perasaan pulak. Aku tarik nafas panjang dan menghembusnya.

‘6 tahun Herry , aku hidup dalam hakikat ‘ aku cintakan Jazwan ’. 6 tahun juga aku perlu hidup dalam hakikat ‘ Jazwan tidak pernah cintakan aku’’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience