BAB 5

Romance Completed 555

‘Kak Zarra, kami masuk tidur dulu. Assalamualaikum’

Nedellah mencium tanganku. Matanya sempat mengerling ke arah lelaki di sebelahku. Bukan matanya sahaja, mata pelajar pelajar perempuan lain yang sedang beratur panjang untuk bersalaman dengan kakak-kakak fasi.

Pelajar lelaki pun turut memanjangkan leher mereka, melihat dari belakang. Ada yang membuat teropong tangan ke arahku sebelum diketuk dengan kertas oleh Herry .

‘Masuk tidur cepat, kak Zarra korang ade kerja’ Herry tegas suaranya sebelum disambut dengan serentak oleh pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang membuat bunyi

‘uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…..kerja apa tu..uuuuuuuuuuu’

Alia akhirnya meletus, mengarak mereka seperti masuk ke kandang.

Aku hanya tersenyum. Aku senyum? Kenapa? Melihat ke sisi. Kerana itukah?

‘Hi’

Dia mengeluarkan ayat yang pertama. Aku gagap. Aku memang ade penyakit pekak badak sikit. Jangan pulak simptom tu keluar sekarang.

‘Hi? Hi me? Oooo…Hi..’. Aku senyum lagi. Tapi kali ni, bukan aku sorang, dia pun.

‘Macam mana awak boleh datang sini? I mean macam mana awak tahu, saya
ada kat sini’

Banyak pulak soalan aku. Dia senyum lagi.

‘Dah toksah nak tanya banyak-banyak cik adik oi, aku yang bagitahu kat Jazwan, and ko jangan nak perasan dia cari ko ek, dia datang sebab aku yang ajak dia, jadi fasi utama untuk slot ilmiah esok.. ko jugak yang asyik complaint kata program kita ni lack lah, itulah, inilah..ha, sekarang ni, doktor Jazwan kita dah ada, ko jangan nak demand benda lain pulak’

‘Sape yang perasan’. Aku mengerling ke arah Herry . Mataku dikecilkan. Meluat.

‘Minum doktor..’

Jazwan mengangguk. Mempersilakan kerusi pada Herry. Herry senyum jahat ke arahku.

Dia kemudiannya berlalu pergi selepas meletakkan sedulang air teh susu panas. Tidaklah sebenarnya berlalu. Gila ape. Aku dengan Jazwan je masa tu kata ruang dewan tu. Takkan nak biar kami berdua. Herry dan adik junior, Aman duduk di kaki pentas. Matanya umpama mengawas tingkah lakuku.

Alia dan sahabatku yang lain, syahida dan ummi kembali. Mereka berada di penjuru pintu. Buat aku rasa selamat.

‘Dia kawan Zarra kan?’

‘Sape? Herry ? Hurm,..dia tu, best friend, dari sekolah rendah lagi. Tapi masa sekolah dia tak pandang Zarra sangat, masa sekolah menengah baru dia sedar Zarra ada. Hahaaaa. Mungkin sebab Zarra diam kot’

‘Masa sekolah menengah?’

‘Lagi diam..hahaaaa. tak lah, banyaklah cakapnyer, Herry ni suka ganggu orang. Semua orang dia tegur. Dia lembut-lembut sikit tapi kuat sebenarnya. Sebab tu,’

‘Boleh rapat’

Aku hanya mengangguk. Kenapa pulak aku dan Jazwan citer pasal Herry ni. Potong stim betullah Herry nieh.

‘Jadi, betullah dia ajak awak datang sini. Macam mana dia tahu pasal awak? Susahkan orang betullah Herry ni’

‘Fb. Tak, tak susah pun. Saya memang free. Lagipun dah lama tak jumpa Zarra kan. Dah 6 tahun.’

‘A,a..dah 6 tahun’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience