BAB 6

Drama Completed 561

Irdanirah terasa sendu di hati, kata-kata dari Iskandar siang tadi
benar-benar meruntun jiwanya. Iskandar tidak pernah tahu bahawa Irdanirah
juga punya perasaan padanya namun Irdanirah tahu dia tak mampu untuk
meluahkan isi hatinya.
“Irdanirah !”, Umairah meluru ke bilik adiknya itu. Irdanirah yang terkejut
dengan kehadiran kakaknya itu segera memeluk erat Umairah, sudah lama
Umairah tidak pulang ke rumah.
“Irdanirah , kak dah bercerai.” Irdanirah terkedu, terkejut dengan berita
yang disampaikan. Dia kembali memeluk kakaknya bagi menenangkan jiwa
Umairah, memang Umairah selalu menceritakan padanya soal abang iparnya,
Abang Jamal yang selalu memukulnya dan tidak memberi nafkah, baik
sungguh di depan ummi dan walid tapi di belakang, menyeksa Umairah
sesuka hati.
“Macam manasemua tu berlaku? Apa kata ummi dan walid?”
“Semalam dia pukul kak lagi sebab dia mintak rantai pusaka yang ummi
bagi pada kakak untuk dijual, kononnya buat modal berniaga, tapi kak
tahu dia nak berikan pada isteri mudanya, lepas dia pukul kak, kak lapor
polis, malam tu jugak dia ceraikan kak kerana dia cakap kat tak sedar
dek untung. Ummi dan walid dah tahu hal sebenar dan mereka redha dengan
perpisahan ni. Ummi rasa bersalah sebab ummi yang suruh kak kahwin
dengan Abang Jamal, anak kenalan ummi sewaktu belajar di sekolah pondok. ”
Irdanirah memandang kakaknya dengan simpati, hanya doa mampu dipohon
supaya kakaknya beroleh kebahagian semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience