BAB 2

Drama Completed 561

Irdanirah khusyuk membaca buku Kisah Hidup Rasulullah, saat Iskandar
menyapanya di dalam perpustakaan itu.
“Assalammualaikum, maaf saya terlambat, pensyarah keluar lambat tadi.”
Iskandar kelihatan tergopoh-gapah, peluh kelihatan menitik di pipinya.
Irdanirah terdiam. Dia mula membetulkan duduknya supaya selesa. Buku yang
sedang dibacanya segera ditutup.
“Tak apa, silakan duduk.”
Irdanirah terasa kekok apabila hanya berdua di salah satu sudut
perpustakaan itu. Hatinya rasa tidak tenteram, rasa bersalah timbul
kerana dia seolah mengingkari pesan walid. Aku lakukan ini semua kerana
menuntut ilmu, Irdanirah cuba menenangkan hatinya yang gundah. Iskandar
memulakan perbincangan. Pagi itu, mereka berbincang tentang tugasan yang
perlu dilakukan dan setiap langkah yang perlu mereka ambil bagi
melaksanakan tugasan terbabit.
Iskandar dalam diam memerhatikan Irdanirah , gadis itu lain dari gadis yang
biasa dia temui. Irdanirah sungguh lemah lembut, pemalu, dan sentiasa
kelihatan gelisah saat mata mereka bertemu. Selama ini dia sentiasa
menjadi perhatian gadis dan mereka sendiri tanpa segan silu menggodanya.
Dia sendiri tidak melepaskan peluang andai ada gadis yang cuba
mendekatinya dan melayan mereka dengan penuh mesra, namun semua itu
sekadar berpoya-poya untuk suka-suka. Sejujurnya, dia belum bertemu
dengan gadis yang betul-betul disukainya, tapi kini, hatinya seolah-olah
tertarik pada gadis yang sedang duduk dihadapannya tika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience