BAB 1

Drama Completed 561

Suasana kuliah pagi itu riuh seperti biasa, Puan Isma, pensyarah TITAS
yang sedang mengajar di hadapan juga tidak dihiraukan. Para pelajar
sedang asyik bersembang antara mereka. Irdanirah terasa rimas,
suara-suara yang kedengaran tika itu ibarat desingan lebah yang begitu
membingitkan. Dia cuba memfokuskan diri pada pembelajarannya, tudung
labuhnya dibetulkan sedikit, wajahnya diraup perlahan supaya hatinya
tenang untuk belajar saat itu.
“Tolong diam, saya ada pengumuman yang penting.” Suara Puan Isma yang
tiba-tiba menjerit di mikrofon mengejutkan semua pelajar di dalam dewan.
Semua mata mula fokus padanya, suasana dewan kembali menjadi senyap.
“Saya akan memberi tugasan pada kalian semua hari ini dan saya mahu
tugasan ini di jalankan secara berpasangan, hantar tugasan pada dua
minggu akan datang.” Semua mata membulat, berpasangan? Irdanirah juga
terkejut. Hatinya terasa berdebar, takut dipasangkan dengan insan yang
tidak dikenalinya memandangkan kelas subjek teras universiti itu
merupakan gabungan dua jurusan yang berbeza, pelajar jurusan Pengajian
Islam dan jurusan Bioperubatan. Puan Isma mula mengedarkan kertas
tugasannya dan membahagikan pelajar pada pasangan masing-masing.
“Nur Liani Irdanirah , jurusan Pengajian Islam,” Irdanirah mengangkat
tangan sebaik namanya dipanggil. “awak akan berpasangan dengan Muhammad
Iskandar Fahri, jurusan Bioperubatan, mana Iskandar ?” Irdanirah ikut mencari
Iskandar . Seorang jejaka yang berpakaian kemas mengangkat tangan dan
tiba-tiba menoleh ke arah Irdanirah . Irdanirah terkedu, dia tidak pernah
membayangkan dirinya akan berpasangan dengan seorang lelaki. Kalau walid
tahu, mesti dia marah, Irdanirah teringat pesan ayahnya yang melarang dia
bergaul dengan lelaki bukan muhrimnya.
“Cik Liani Irdanirah ?”, teguran jejaka itu saat Irdanirah melangkah keluar
dari dewan mengejutkan Irdanirah . Langkah Irdanirah terhenti, wajah itu
dipandang takut-takut.
“Ada apa?” Irdanirah bertanya perlahan.
Iskandar tersenyum. “Saya pasangan Irdanirah untuk tugasan tadi, bila kita
patut mulakan tugasan tu?”
Irdanirah terkedu. Kekok rasanya berbicara dengan seorang lelaki yang
bukan muhrimnya kerana Irdanirah tidak pernah berkawan dengan lelaki
selama ini.
“Hmm, esok, pukul 10 pagi di perpustakaan, kita berbincang. Boleh?,”
Irdanirah memberi cadangan. Dia terpaksa melupakan pesan walid demi
menyiapkan tugasan yang diminta.
“Hmm, kalau begitu esok kita jumpa ya...” senyuman mula terbit dar bibir
jejaka itu. Irdanirah tunduk malu. Tak mampu lama-lama menatap wajah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience