BAB 7

Drama Completed 561

Irdanirah menyaksikan pernikahan itu dengan penuh gembira, akhirnya
kakaknya dapat menamatkan zaman jandanya dengan insan yang dicintai,
Ariff. Nasib baik Irdanirah mendapat maklumat tentang perhubungan mereka
di zaman pengajian dulu melalui teman kakaknya di Fac. Ariff
sebenarnya meminang Umairah tetapi disebabkan Umairah sudah
berumahtangga, walid membuat keputusan untuk menikahkan Ariff dengan
Irdanirah . Irdanirah lega kerana akhirnya kakaknya bahagia walaupun dia
sendiri terpaksa melepaskan tunangnya. Sewaktu Irdanirah meluahkan hasrat
untuk putus tunang, Ariff kelihatan kecewa tetapi setelah dijelaskan
sebabnya, Ariff menerima dengan hati yang terbuka. Memang selama ini dia
masih mencintai Umairah tetapi terpaksa menerima Irdanirah atas nasihat
kedua orang tuanya.
“Assalammualaikum Irdanirah ,” nada suara itu tenang. Irdanirah menoleh,
Iskandar sedang tersenyum di sebelahnya.
“Waalaikumussalam, macam mana awak boleh ada di sini?,” Irdanirah berasa
pelik kerana selepas pertemuan terdahulu dia tidak pernah berhubung
dengan Iskandar lagi.
“Kakak awak jemput saya, dia dah terangkan segala-galanya, termasuk isi
hati awak selama ini pada saya.” Wajah Irdanirah merah padam, memang
selama ini pada kakaknyalah tempat dia meluahkan perasaan. Wajah
kakaknya yang sedang makan beradab dipandang tajam, Umairah membals
pandangan Irdanirah dengan senyuman. Itulah tanda terima kasihnya kepada
Irdanirah kerana telah menyatukannya dengan Ariff semula.
“Minggu depan, saya masuk meminang awak ya?” ucap Iskandar lembut.
“Meminang?”
“Ya, sebuah janji ikhlas saya buat Irdanirah . Supaya Irdanirah dapat
menjadi suri hati hidup saya di dunia dan di akhirat. Saya mencintai
awak ikhlas kerana Allah, Irdanirah .”
Irdanirah tersenyum bahagia. Memang Allah telah mentakdirkan dia bertemu
jodoh dengan Iskandar walau sejauh mana dia berlari selama ini.
“Saya jua mencintai awak ikhlas kerana Allah, Iskandar Fahri.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience