BAB 7

Romance Completed 17355

“Asyiqin…”

Aku tersedar apabila namaku dipanggil lembut. Apabila aku membuka je mata. Aku dapat lihat senyuman mak dan ayah. Along? Mana?

“Angah dekat mana ni?”

Aku perhati sekeliling. Sangat asing. Jangan cakap yang aku berada di..

“Hospital.” Ha! Dah agak!

“Macam mana?” Aku bangun duduk.

“Bos kamu yang telefon beritahu. Kalau tidak sampai bila-bila mak tak tahu yang anak mak ni pengsan dalam bilik tu. Dahlah pintu dia kunci.”

Aku tersengih apabila sedar kesalahanku. Tapi macam mana Irham tahu nombor rumah aku? Pelik!

“Mak, Along mana?” Soalku apabila menyedari along tiada di situ.

“Dia turun jumpa bos kamu. Dia terhutang budi dekat bos kamu.”

Aku senyum senget. Tapi walau apapun aku tetap perlu ucapkan terima kasih dekat Irham. Kalau dia tak telefon aku dan aku tak jawab. Aku takkan berada di hospital sekarang.

“Baguslah kalau kamu dah sedar.” Itu suara along.

Aku pantas menoleh ke kiri. Along sedang tersenyum ke arahku. Aku membalas senyumannya tapi senyuman aku serta-merta mati apabila nampak Irham. Why? Kenapa dia ada di sini?

“Dia nak lawat kamu.”

Aku mencebik. Hurm! Whatever!

“Pakcik, makcik, Abang Arash. Sebenarnya ada sesuatu yang saya nak beritahu.”

Hatiku tiba-tiba berdebar. Apa yang dia nak beritahu family aku tu? Kau jangan Irham. Nanti aku lempang kau kot kalau kau cakap benda yang mengarut.

“Apa tu? Cuba beritahu kami.”

Suruh ayah. Hatiku dah mula kalut.

“Sebenarnya, saya cintakan anak pakcik. Dan kalau boleh saya nak kahwin dengan dia.”

Aku rasa hati aku nak gugur saat dengar dia kata demikian. How dare you?! Irham!

“Tak mak! Dia tipu!” Sangkalku sekeras-kerasnya.

“Jujur saya katakan yang saya sayangkan anak pakcik. Saya tak mungkin menipu pakcik. Lagipun saya ikhlas. Ini kali pertama saya rasa perasaan macam ni. Mak saya kata kalau saya dah sukakan seseorang. Saya patut jumpa orang tuanya terlebih dahulu minta restu. Jadi tujuan saya datang ni nak minta restu dan persetujuan.”

Aku terkedu. Kata-katanya sebentar tadi membuatkan aku kehilangan kata-kata untuk membidas. Aku pandang pula wajah ayah dan along. Mereka juga terdiam seperti aku.

“Irham serius ke?” ayah menyoal dengan serius.

Aku sudah garu kepala. Ya Allah. Janganlah ayah setuju dulu. Aku belum ready ni. Lagipun aku tak suka Irham. Sikapnya yang terlalu perasan tu. Ya Allah.

“Ya pakcik. Kalau saya tak serius saya takkan datang sini. Dan cakap sendiri dengan pakcik.”

“Tapi tuan badan tak setuju!” Tiba-tiba aku bersuara lantang.

Mereka semua memandang ke arahku. Terutama Irham yang macam nak telan aku hidup-hidup je. Biarlah! Ini demi kebaikan diri aku juga.

“Apa yang menyebabkan angah tak setuju?”

Along menyoal. Dan itu soalan cepumas tu.

“Se..sebab…sebab… angah tak suka dia.” Jawabku lantang.

Tapi lain pula aku terima apabila mereka semua ketawa. Termasuk Irham. Apa yang kelakar?

“Itu je? Angah! Perasaan cinta boleh dipupuk selepas berkahwin. Lagipun cinta lepas berkahwin ni bertambah nikmat. Nak buat apa-apa pun dapat pahala.”

Oh! Ayah aku membela dia nampak gayanya.

“Tapi?”

“Biarlah dia fikir dulu pakcik. Saya tahu saya terlalu tergesa-gesa membuat keputusan. Lagipun dia baru kenal saya. Dalam tiga hari macam tu.”

Aku tersenyum sinis. Tahu pun!

“Yelah. Kamu jangan risau. Jika kamu ada jodoh, kamu pasti akan bersama juga.”

Aku yang mendengar terdiam. Ya! Kalau dia jodoh aku, aku tolak lah sekeras mana pun. Dia tetap akan bersamaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience