BAB 5

Romance Completed 17355

Aku pandang wajah along seperti wajah yang tiada perasaan langsung. Along pula sudah pandang aku pelik. Sampai tak jadi keluar dengan bakal kakak ipar aku tu. Sebab apa? Sebab aku tiba-tiba hilang tenaga untuk berjalan.

Balik je dari tempat kerja. Aku rebah di samping along. Mujur along sambut. Kalau tidak sakitlah badan aku. Mujur juga ayah dan mak tiada di rumah ketika itu.

“Angah? Are you okey?”

Soal along lalu menyentuh dahiku. Tapi aku tepis perlahan.

“Angah tak demam lah. Tapi hati ni yang demam. Demam terkejut!”

Luahku serupa orang tak makan tiga hari.

“Kenapa pula? Angah baru putus cinta ke? Tapi setahu along angah mana ada boyfriend.”

Aku memandang along tajam. Wuaahhrgghh! Kenapa dia pergi sebut soal putus cinta. Ini bukan putus cinta malah sesuai dikategorikan sebagai cinta mengejut. Ha? Apa tu?

“Entahlah along. Bos tempat angah kerja tu dah tak waras agaknya.” Ujarku selamba.

“Ish! Tak baik cakap macam tu. Cuba cerita dekat along. Apa yang dah terjadi sebenarnya ni?”

Along tatap aku tajam. Aku pula tersengih kerang busuk. Tapi tak lama apabila telefon bimbitku berbunyi.

“Along… Tolong angkat.”

Suruhku malas. Aku hulurkan telefon bimbitku kepada along. Seterusnya along buatlah apa yang patut.

“Along buka loudspeaker erk?”

Aku hanya mengangguk lemah.

“Helo? Asyiqin ke?”

Jelas timbul kerutan di dahiku saat mendengar suara itu. Bukankah suara itu….

“Saya ni. Irham. Bos awak.”

Aku pantas menegakkan badan. Aku pandang wajah along. Aku suruh dia cakap apa yang patut.

“Maaf. Tapi dia tengah tidur. Ada apa yang saya boleh bantu?”

Aku tersenyum lega. Mujur along ada.

“Erk, awak siapa?”

Aku menggigit bibir. Erk? Patutkah aku cakap along boyfriend aku? Kalau macam tu lebih senang sebab selepas ni dia takkan ganggu aku. Cantik!

Aku bisik sesuatu dekat along. Tapi along sama sekali tak setuju. Aku tetap tak putus asa sampai along mengalah.

“Saya teman lelaki dia. Ada apa ye?”

Along lihatku macam nak makan orang. Aku hanya tersengih menerima jelingannya.

“Ha? Oh! Tak apalah.”

Tut..Tut..

Aku menghembus nafas lega apabila dia letakkan panggilan. Kecewa lah tu. Haha. Cantik!

“Angah…” Alamak! Along sudah memanggil aku dengan meleret-leret.

Akhirnya aku cerita dekat dia dari A sampai Z. Along aku ni hanya angguk je? Tak ada hati nak tolong adik kesayangan ke?

“Along rasa dia ikhlas.”

Aku termangu. Ikhlas? Ya Allah. Jangan cakap along terima budak tu.

“Along rasa along nak kenal dia.”

Sekali lagi aku terpempan sebelum aku rebah di sisi dia. Along!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience