BAB 18

Romance Completed 17355

Seawal 7 pagi aku bangun dan menghadap tv. Kejap-kejap aku kerling jam di atas. Kejap-kejap aku toleh ke pintu utama. Kejap-kejap aku tengok tv. Dah serupa macam cacing kepanasan dah aku rasa.

Aku tunggu. Aku tunggu sampai pukul 8. Kalau dia tak datang juga…. Aku akan pergi jumpa Iqbal dan bersetuju untuk berkahwin dengan dia. Fullstop! Fuh! Berani betul kau ye Syiqin. Biarkan! Biar dia tahu betapa seksanya menunggu.

Atau dia sengaja berbuat demikian? Yalah sebab sebelum ni dia je asyik menunggu aku. Tak ada gunanya.

“Dah serupa patung cendana along tengok kau ni.”

Aku menjelingnya tajam. Amboi! Sedapnya dia mengata adik sendiri.

“Tanyalah orang yang along percaya sangat tu. Cakap tak serupa bikin! Huh!”

Aku memeluk diri. Lagi 15 minit nak pukul 8. Aku dah ready ni. Biar kau tahu siapa Asyiqin yang sebenarnya.

“Berilah dia peluang. Angah rasa dia sibuk tu. Along peliklah. Sebelum ni bukan main lagi kamu benci dia dan tak mahu pun tengok muka dia. Tup..tup.. menunggu pula. Dah tu sampai marah dia sebab dia mungkir janji. Pelik…”

Along sengaja menggelengkan kepala sambil tersengih.

“Lantaklah! Along juga kata yang adik along ni dah sayang sangat kat dia. So? Inilah jadinya! Angah tekad ni. Jangan main-main ye.”

Ugutan ku tak menakutkan along pun sebaliknya dia gelak adalah. Ceh!

Penat berbalah dengan along. Aku keluar daripada rumah. Pandanganku kini hanya terarah dekat rumah Iqbal di seberang jalan je. Biarlah apa orang nak kata sekalipun. Ada aku kisah?

“Macam seorang isteri sedang berduka atas kecurangan suami je. Haha.”

Hish! Aku lempang juga mulut along ni kejap lagi. Tak boleh pakai punya along. Bukan nak tolong tenteramkan hati aku ni. Sakitkan lagi adalah. Hish!

Tik tok! Tik tok! Tik tok! Akhirnya! Jam sudah menunjukkan pukul 8 tepat. Tak kira! Sekarang aku akan pergi ke rumah Iqbal. Assalamualaikum…

“Eh? Angah! Nak pergi mana tu?” Soal mak.

“Nak pergi cari calon menantu mak. Tu…depan tu je rumah dia. Doakan angah berjaya ye.”

Aku teruskan langkah. Malah makin laju. Apabila sampai sahaja di hadapan rumah Iqbal. Aku menarik nafas dalam lalu hembuskannya. Rileks.. rileks…Tanpa membuang masa, aku mengetuk pintu rumah Iqbal.

Tapi lain pula aku dapat. Aku tiba-tiba ditarik sehingga ke rumah. Balik? Eh? Siapa yang tarik aku ni?

“Lepaslah!” Aku dongak dan aku tersenyum sinis.

“Kenapa awak nekad?”

Soalnya tegang. Haha! Tahu pun marah. Yang selama ni buat aku tertunggu tu tak marah pula?

“Kenapa? Awak bukan lagi suka ke saya nak kahwin dengan orang lain? Bukankah awak dah lupakan saya? Jadi biarlah saya nak buat apa-apa pun.” Ujarku lantang.

Tiba-tiba Irham menghulurkan sekeping kad. Dengan malas aku menyambut.

‘Jadi awak betul-betul cintakan saya? Alhamdulillah. Saya datang ni pun nak merisik awak lah. Sebab tu saya tak datang-datang selama tiga hari sebelum ni. Lagipun along kan spy saya?’

Aku terlopong. Adakah aku tertipu? Tipah tertipu!

“Awak… Tak mungkin saya nak biarkan awak kahwin dengan orang lain. Kan saya dah kata yang saya betul-betul cintakan awak. Saya takkan lepaskan awak begitu mudah. Tengok sekarang. Walaupun baru dua minggu kita berkenalan, awak pun dah sayangkan saya. Itu buktinya kita berjodoh.”

Jelas Irham lembut. Tidak lupa juga senyumannya itu.

Aku diam mendengar kata-katanya. Kemudian aku tunduk memandang tanah.

“Saya nak uji awak sebenarnya. Saya nak tahu adakah betul awak ni sayangkan saya? Lagipun saya tahan diri nak jumpa awak sebab along awak. Along awak suruh saya dekatkan diri dekat Allah dulu. Fikir masak-masak dulu. Dan melalui itu saya dapat jawapan. Awak memang jodoh saya.”

Tanpa di duga, air mataku mengalir. Kata-kata dia sebentar tadi kedengaran ikhlas. Patutlah along tak menghalang aku sebelum ni sebab dia tahu perkara yang sebenar.

“Awak kan nak suami yang mampu menjadi Imam, soleh dan bertanggungjawab? Jadi saya tengah cuba la ni.”

Irham memandangku dalam.

“Angah! Jangan buat drama dekat sini boleh tak? Dahlah tadi drama nak pinang anak teruna orang tak jadi. Eh silap? Bekas anak teruna sebab Iqbal tu kan dah pernah berkahwin.”

Aku merengus geram. Along!

“Awak…”

Terhambur keluhan kecil daripada mulut aku.

“Kenapa awak ni sweet…. Sangat…”

Aku menarik hidungnya spontan. Kemudian aku tersengih apabila hidungnya merah.

“Of course! Kan saya bakal suami awak.” Werk! Haha!

“Okey fine! Saya mengaku saya cintakan awak. Dan saya terima awak.”

Ujarku dalam satu nafas je.

Irham mula tersenyum lebar.

“Tapi dengan satu syarat.”

Aku menjongket kening melihatnya. Syarat pula kau nak beri dekat Irham ni. Apa tu?

“Awak kena biar saya kahwin dengan Iqbal dulu. Eh? Tak de. Gurau je. Hahaha.”

Puas hati aku dapat menyakat budak Irham ni sampai dia hangin.

“Amboi berani nampak?” Aku ketawa lagi.

“Ya!”

Benarlah bait lirik lagu Sweet Charity ‘Jangan Lama-Lama’ yang berbunyi:

Kerna tunggu lama-lama,
Nanti lama-lama,
Dia diambil orang.

Jangan tunggu lama-lama,
Nanti lama-lama,
Dia makin menyiksa.

Memendam perasaan itu satu kerja yang pada akhirnya hanya menyakitkan. Sakit sama ada kau kena reject (tapi kau boleh terima hakikat) dan kedua sakit bila kau dapat tahu orang tu pun punya mutual feeling tapi sebab kau lambat dan dia pun slow macam sloath nak mengaku perasaan masing-masing, sudahnya dua-dua melepas dan kau cuma mampu berhuhu di tepi bucu katil. Justeru, kalau ada memendam rasa cinta tu, silakan luah jangan lambat nanti dikebas orang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience