BAB 8

Romance Completed 17355

Dua hari telah berlalu. Itu juga bermakna dua hari dah aku tak masuk kerja. Aku juga tak menegur along seperti selalu. Malah aku bersifat dingin terhadap dia. Aku juga dah tak banyak bercakap dengan family aku.

Irham? Dia masih tidak berputus asa. Dia selalu datang ke rumahku apabila aku tidak ke kerja. Lagipun aku baru sembuh. Aku juga tidak menegur dia. Aku juga dah tidak bertikam lidah dengan dia.

Sebab? Sebab aku perlukan masa. Aku juga kecewa. Kerana? Kerana dia buat aku ni macam patung. Dia bertindak tanpa berbincang dengan aku dulu. Mana lah aku tak marah.

“Angah! Ada orang nak jumpa.”

Aku menoleh ke arah pintu. Dan seperti semalam, aku langsung tak menghadiahkan senyuman buat along.

“Irham datang nak jumpa kamu. Along panggil dia masuk ye?”

Aku mengalih pandangan ke arah luar tingkap. Ada hak ke aku nak menghalang?

“Nurul Asyikin Bt Muhd Zaki.”

Aku tersentak. Dia menyebut nama penuh aku. Tapi aku still tak menoleh ke arahnya.

“Saya Muhamad Irham bin Arsyad ingin memujuk hati yang sudah beku.”

Aku tergelak dalam hati. Skemanya ayat. Haish! Jaga Syiqin. Jangan mudah terpujuk.

“Awak, pandanglah sini. Saya nak cakap sikit dengan awak. Please.” Dia merayu.

Urm! Yelah. Aku pun menoleh ke arahnya. Dan…

“Burk! Ahahaha!” Ketawaku meletus saat melihat wajahnya.

“Yes! Saya berjaya buat awak gelak!”

Aku mengelap air mata gara-gara terlebih gelak.

“Yang awak mekap macam opera cina ni kenapa? Awak dah gila ke?”

Aku menyoalnya tapi dalam keadaan tersenyum. Sebab aku tak tahan tengok wajah dia. Lawak! Haha!

Sesaat kemudian aku sedar. Dia asyik memandangku dengan senyuman dia. Aku terus mematikan senyuman aku. Erk?

“Itulah orang yang bernama Asyiqin. Inilah Asyiqin yang saya kenal dalam tiga hari sebelum ni.”

Aku tergamam. Aku lihat dia dengan debaran di hati.

“Awak…awak masih tak dapat terima saya erk?”

Aku tersenyum kecil. Dia sengaja buat nada manja erk? Ha! Aku dah terjangkit!

“Irham, kenapa yang beria-ria sangat nak kahwin dengan saya ni? Sedangkan kita kenal pun belum sampai seminggu. Hari pertama saja pun awak dah buat hati saya meluat. Apatah lagi hari-hari yang seterusnya.” Jelasku kepadanya.

Aku nak dia faham yang aku still belum dapat terima dia. Sebab hati aku masih tertutup untuk menerima cinta lelaki. Kenapa? Alah! Banyak songeh pula nak tahu.

“Sebab saya cintakan awak.”

Sekali lagi aku terkedu. Mudahnya dia mengungkapkan rasa cinta itu.

“Tak apalah. Lupakan soal itu dulu. Yang penting awak kena sembuh. Esok pastikan awak masuk kerja erk?”

Aku terdiam. Kemudian aku menggeleng.

“Kenapa?” Soalnya hairan.

“Sebab saya nak dipecat.” Ujarku selamba.

“Awak nak saya pecat?” Aku pantas mengangguk.

“Tapi kenapa? Awak tak buat salah apa-apa pun.”

“Sebab saya tak mahu demam terkejut lagi.”

Aku tersengih melihat wajah kelatnya. Maafkan saya! Tapi itu kenyataan. Gara-gara awak juga saya demam tau?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience