BAB 9

Romance Completed 17355

Tapi semuanya musnah apabila along memaksa aku untuk ke tempat kerja. Sampai dia menghantar aku ke tempat kerja. Aku pula yang terlopong. Nekad betul along aku ni.

“Ingat! Jangan lari!”

Siap amaran dia beri dekat aku. Ceh! Along ni kan?

“Yelah!”

Jawabku malas. Nak protes tak berdaya sebab nanti along laporkan dekat mak dan ayah. Siapa yang susah nanti? Aku juga!

Dengan langkah yang malas, aku bergerak juga masuk ke pejabat itu. Dengan hati yang tak relanya, aku gagah berikan senyuman kepada pekerja yang menegurku.

Apabila sampai saja dimeja. Aku terus menyembamkan muka di atas meja. Tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling.

Tiba-tiba interkom aku bunyi. Ish! Buat terkejut jelah!

“Nurul Asyiqin! Masuk ke pejabat saya!”

Ha! Itu suara bos aku atau lebih tepat lagi Irham! Argh! Sabar Syiqin. Sabar! Fuh!

Aku melangkah juga ke pejabat Irham. Senyuman palsu diberi sebaik saja aku masuk ke dalam.

“Ye bos.”

Sahutku perlahan. Tapi lain pula yang aku tengok sekarang. Bukan Irham yang duduk di kerusi besar tu. Malah orang lain. Aik?

“Ha! Meh sini!”

Dia memanggilku. Aku hanya menurut dengan muka blur!

“Ini adalah bos sebenar awak. Lepas ni saya hanya pekerja biasa je dekat syarikat ni. Faham?”

Aku seperti burung belatuk pula apabila aku mengangguk je apa yang Irham kata tadi.

“Hai Asyiqin. Nice to meet you.”

Dia menghulurkan tangan kepadaku. Nak apa? Salam? Oh! No!

“Erk, maaf kita bukan muhrim.”

Ujarku selamba dengan senyuman kecil. Dan yes! Dia tersentap! Haha!

Helo! Walaupun aku tak pakai tudung tapi aku still jaga batas pergaulan okey!

“Sorry.”

Aku sempat menjeling ke arah Irham. Dan entah mengapa aku rasa lega apabila dia tersenyum. Aik? Jangan cakap aku dah suka dekat dia? Jangan!

“Anyway saya Iskandar. Abang kepada Irham. Mulai hari ni saya akan ambil kembali tugas di sini. Awak tak keberatan kan?”

Dia menyoal aku macam aku ni tak suka je dekat dia. Aku nak keberatan buat apa? Sedangkan aku baru je kerja dekat sini.

“Okey je.”

Balasku sambil tersenyum. Senyuman yang dibuat-buat sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience