Bab 1

Romance Series 2140

Sebelum aku mula biar aku perkenal diri aku serba sedikit , Nama Aku Am, aku ni bukanlah lelaki yang boleh dikatakan 'idaman gadis2' tetapi cuma lelaki biasa yang masih lagi cuba untuk berjinak jinak di alam remaja. tinggi dalam 170cm , berumur 18 tahun yup masih budak orang kata , anak sulung kepada 4 adik beradik dan menetap di kuala lumpur. Aku ni bukan lah orang senang, Mak ayah aku dah lama bercerai semenjak aku berumur 13 tahun disaksikan aku sendiri, Ayah aku ye dia boleh dikatakan orang yang 'berduitlah' , ayah aku ada buat Jual/sewa kereta-kereta terpakai, dia ada carwash dia sendiri, dia ada buat bengkel kereta sendiri senang cerita orang bisness lah , tapi mak aku lain dia orang susah memang takde ape2 sebatang kara, waktu tu aku masih tak faham apa yang sedang berlaku tapi semakin aku membesar semakin aku belajar mengenal erti dunia . walaupun aku tahu ayah aku berduit tapi aku pilih untuk tinggal bersama mak aku dan adik2 yang lain, sebab ayah aku ni style dia suka merendah rendah kn orang means dia suka buat aku macam tak yakin dengan diri sendiri, aku jadi macam downn je tapi aku tahu niat dia baik mungkin dia cuba buat tu semua untuk bagi sebagai pembakar semangat aku , tapi time tu aku kecik lagi , benda tu so frustated you know , benda tu still effect smpai sekarang. disebabkan tulah aku stay dengan mak aku ,walaupun mak aku tiada harta atau apa, tapi kasih sayang dari seorang ibu tu tk semua orang boleh beli dengan harta. Okay cukup lah tu sambung kisah aku. ni bukan genre sedih kang aku cerita lebih dalam meleleh nanti ??

Selepas Tamat SPM aku try lah 'usha2' kerja dekat area perumahan aku tu, manalah tahu dapat untuk menolong mak aku sikit2, aku dan adik beradik yang lain cuma sewa bilik je waktu tu, disebabkn masalah wang yg krisis. Mujur adik beradik aku tidak ada yang mengeluh, tapi terdetik juga dalam hati nak sewa rumah sendiri, bilik memang sempit, 1 bilik 5 orang bayangkn lah adik2 aku semua badan besar2 haha , teringin juga nak bilik sendiri.

Sampai satu hari tu, aku ternampak papan iklan yang tengah mencari 'frontline assistant' dengar macam gempak lah, padahal jaga Cc je 'cyber cafe' , aku terus ambil nombor yang ada kat papan iklan tu, aku terus whatsapp untuk mendapatkan kerja tu, alhamdulillah aku dipanggil untuk di 'interview' esok hari nya, mak aku tak henti2 doakan aku untuk 'interview' esok, 'nanti pergi sana pakai kasut , hensem2 jangan nak malu2 sngat' mak aku pesan macam tu malam tu.

Keesokan harinya , aku bngun seperti biasa excited nak pergi interview ni walau pun belum tahu dapat ke tak tapi dalam masa yang sama aku ada rasa cuak , sebab aku ni susah nak bertentangan mata dengan orang , memang aku lemah dari segi keyakinan diri. ' Mak kite pergi dulu ye ' aku bahasakn diri aku 'kite' dh terbiasa dri kecik hehe , 'haa ye hati2 Am , jgn lupa mintk doa supaya semua nya dipermudahkan' kata mak aku, aku pun berlalu pergi.

Waktu aku Sampai dekat depan Pintu Cc tu 2-3 kali aku pusing??, 'nak masuk ke tak ah' aku memang rasa lemah dalam hal kenal orang baru ni, tapi disebabkan tekad nak kerja aku berani kan diri, Aku masuk juga, 'err bang saya datang nak interview' 'ohh interview? haa duduk dulu' sebabkan abang cc ni suh aku duduk aku pun duduk lah bisukan diri , kaki aku tak henti2 hentak lantai , tapak tangan aku berpeluh walaupun dalam aircond ??, tapi alhamdulillah lepas interview supervisor aku ckap aku boleh start esok.

Aku punyalah gembira aku lari terus balik rumah , 'Mak2 Kita dapat kerja tuuu' , mak aku lah orang paling gembira time tu, Mak aku masakan ayam kari malam tu perghh, sendawa panjang aku haha... Aku pun kerja je lah senang hati, aku mintak dekat supervisor aku shift malam 12 malam sampai 8 pagi , mak aku mcm bising gak lah kenapa aku amik shift malam, tapi aku ade sebab aku sendiri ") , aku taknak lah adik2 aku tak selesa nak tido dalam bilik yang sempit tu berhimpit himpit, jadi aku ambil shift malam so diaorang ade sikit space untuk tido, time pagi aku balik diaorang dah pergi sekolh jadi boleh lah aku tidur senang hati ??..

Tapi Kerja tu taklah semudah yang aku bayangkan, yelah aku budak , pendiam plak tu senang je staff2 lain nak game aku, aku tahu cuma aku taknak bersuara, yelah dorang orang lama , tua lagi tu dari aku kan.. gaji aku rm1100 je sebulan, kalau aku pakai sorang boleh kata banyak lah, cuci aircond aku, lap meja aku dan cuci kipas pun aku... Aku bukan lah nak mengeluh pasal semua tu,, alasan diaorang suruh aku buat semus tu sebab aku 'shift malam' takde org kat cc so ade masa nak buat semua tu, tapi ape yang pelik , bila ade keropok2 air tin yang 'short' mesti nama aku yang naik... padahal aku boleh kira orang yang dtg tiap2 malam...

Sebulan aku kerja dpat lah Gaji aku Rm1100 , Rm 600 aku kasi mak aku, tolak duit short yang aku kena bayar Rm 150 ,tinggal lah Rm350 untuk aku belanja sebulan, aku macam nk give up pun ada padahal baru sebulan kerja, lepas je dapat gaji first bulan, hari2 aku fikir, macam mana aku nak berjaya ni kalau terus macam ni tk boleh jadi ni , aku mesti bertindak jugak, lagi cepat aku sedar lagi hampir aku ke arah kejayaan..


Aku teruskan kerja seperti biasa sambil aku cari kerja lain lah, untuk persediaan kalau aku dah tak tahan kan ?? , alih2 pertengahan bulan kedua aku bekerja aku cuba lah nk buka buku stock, kau tahu berapa diaorang tulis aku short? Rm 250...rm250 bukan sikit doo masa tu aku dah takdapat kawal dah... Aku memang standby terus na cari kerja lain..yelah buat ape aku nak bayar benda aku tak buat kan..

Sorang member aku Ni whatsapp aku, 'weh Am kau nak kerja tak? gaji Rm 1100 sebulan ade ot ade komisen' 'kerja ape?' 'promoter kasut budak kau nak?' ssup ini lah peluang aku nak ubah diri sendiri, aku memang minat kalau kerja2 jual2 barang ni, mungkin sebab minat aku dalm marketing yang mendalam, walaupun aku ni pemalu teruk , tapi aku ambil risiko ni untuk aku belajar berinteraksi dengan orang lain supaya aku mudah bergaul denganoraang sekeliling aku terus reply ' boleh2 kat mana?' 'nah kau amik lah no akk ni kau ckp kau nak kerja' smbil dia send contact supervisor brand kasut budak tu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience