Bab6

Romance Series 2140

Aku pulang selepas menghantar adikku pulang, sambil memikirkan ape yang diperkatakan adikku seketika tadi, hmm aku tak boleh nak maafkan ayah aku, sebab dia keluarga ni jadi kucar kacir, semuanya tak terurus, kadang kadang aku rasa aku yang menjadi mangsa dalan semua hal ni. tanpa melengahkan masa aku terus pulang ke rumah atau sebenarnya 'bilik' tapi dah terbiasa panggil rumah haha.


Sampai aku dirumah, bermacam macam benda yang aku fikir, amat meletihkan otak aku sendiri, hmm takkan aku jatuh hati dekat Khatija pulak, yelah kalau ada apa saja yang tak kena dia je yang aku cari, tapi kali ini lain disebabkan aku dah tau dia ada pakwe jadi aku malas lah nak kacau. fikir fikir dan terus fikir, apaaa lagi yang aku nak buat ni, macam mana aku nak jadi orang yg berjaya ni, memikir membuatkan aku letih lalu tidur dek kerana pent berfikir.


"Kring Kring" telefon ku berbunyi lantas terbangun ku dari lena, rupanya ibuku yang sedang menelefon, "hello Mak, sihat" "hello bang, hmm macam ni je masih kurang sihat" "ohh yeke banyak banyak lah makan ubat, am rindu ni" "nanti mak dah sihat mak balik lah, ni nak tnya duit ada lagi tak? lusa dah nak puasa ni" "hah?! eh puasaa? " " haa ye leer apa lh tkkn tktahu" "lah cepatnya tak sedar pulak hahah, ade duit masih ade" "haa bguslah jimat2 lah ye nak" "okay makk"... gila dah nak puasa dah aku masih lagi terkial kial adeh macam mana ni, takkan tahun ni nak raya dalam bilik jee..


Aku pun kerja macam biasa buntu, apa yang aku nak buat nii, puasa dah start lusa kott.. sambil aku fikir ape yang aku nak buat aku dapat idea, aku cuba pertimbangkan apa yang dikatakan oleh adikku semalam, hmm Apa kata aku pinjam duit ayah aku dulu , lepastu nanti aku ganti balik, ahh pedulilah pinjam je.. Aku pun terus membuka telefon, cuba untuk Menghantar mesej kepada ayah ku setelah sekian lama, aku memberanikan diri...

"Assalam Daddy, Busy ke"
"Wassalam Ah Daddy Free ni Kenapa??"
"Hm Malam boleh jumpa?"
"Ah boleh boleh dekat mana??"
"Nanti Kita bagitahu"
"okkay"
Perbualan terus terhenti disitu saja, aku pun malas nak panjangkan perbualan sebenarnya, jadi aku cuma meninggalkan perbualan macam tu je.


Setelah Malam Aku Pulang dari kerja, aku terus mendapatkan telefonku yang terletak di atas tilam , aku terus menghantar pesanan kepada ayah ku kembali.

"Daddy ambik kita kat rumah mak"
"Okay daddy otw tunggu bawah rumah"

aku pun terus bersiap untuk berjumpa dengan ayah ku yang lama aku tak jumpa, 5 min kemudian dia tiba di bawah rumah, menaiki kereta Mercedez Benz E310, aku tidak berlengah terus mencapai pintu dibahagian depan dan terus masuk. 'Kita nak pergi mana ni?' tanya ayahku, 'pergi makan lah jom? lapar ni' balasku , dia pun bawa aku ke kedai western, yeah cantik lama tak makan western ni asyik telur je haha..


"Ada apa ni Am? , Am ada masalah ke?" tanya ayah ku setelah kami tiba di kedai makan, "haa ada masalah sikit ni, Lusa dah nak start puasa, kita ingat nak pinjam duit dedi sikit , nak buat deposit sewa rumah.. Takkan nak raya dalam bilik je" tertunduk aku bertanya kepada ayah ku, Tangan ayah ku menyapa bahu ku, "Baiklah kamu pergi lah cari rumah untuk disewa, Nanti Daddy bagi kamu duit, makan lah" , ya allah gembiranya aku waktu tu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience