Bab2

Romance Series 2140

Lepas Aku dapat contact supervisor tu aku terus chat dekat whatsapp 'assalam kak, akk ade nak pakai orang ke?' 'haa ye dik kau kwan nabil ye?' 'haah kak dekat mana ye kerja tu' 'dekat Parkson dik Klcc kalau kau nak esok boleh datang' ' ohh yeke kak boleh je' balas aku , 'ni kau amik no budak akk ni kau whatsapp dia besok bila kau dah sampai nanti dia akan uruskan btw nama dia khatija ' 'okay akak'.. waktu aku whatsapp tu aku tengah kerja tau pukul 8 malam sampai 8 pagi sebab aku buat OT , aku dah pening dah aku dah tercakap 'okay' kat akk tu..


Ahh pedulikan!!, aku balik je pukul 8 pagi tu aku balik rumah aku terus mandi siap2 nak pergi kerja kat tempt bru aku tu, duit gaji aku untuk bulan 2 tu mak aku suruh simpan tkyah ksi dia , dia ckap ' Abg simpan lah duit tu untuk bulan ni ' aku pelik tpi wktu tu aku tak fikirkan sangat so aku simpan lah,


Aku berpakaian kemeja hitam seluar fit hitam jaket adidas hitam, kasut converse hitam dan seutas jam ,rambut masih lagi basah , aku sikat tepi je sebab rushing nak pergi tempat kerja baru, aku naik bas je pergi tempat kerja aku, sebab kalau waktu tu aku naik motor, mahu masuk dalam longkang nanti , mata aku kuyup sayu je berdiri dalam bas , sesekali tu aku mcm nak terjatuh sebab tertido waktu tngh berdiri, orang semua pandang pelik, tengok aku mcm tk bermaya hahaha..


Pukul 9:50 aku sampai, Aku turun bas terus masuk ke dalam Klcc , aku cari tandas dulu sebab tak tahan nak terkencing dah, elok aku lalu je kat depan cermin tandas.. ya allah aku dah macam orang ape ntah ya tuhannn!!! , nasib baik aku bawak sikat, aku basuh muka aku, aku adjust sikat rambut aku biar nampak kemas, okay settle lepastu aku terus cari 7E nak cari something yang boleh bukak kan mata aku sikit, aku pun ambik lah Nescafe Mocha tin tu satu , fuhh cergass tapi tak tahan lama hahahaa,


Aku tengok Jam dah menunjuk kan pukul 10:00 am , aku pun whatsapp lah si Khatija tu, 'err assalam ni Khatija ke?' 'haa yee ni Am eh? ' 'ye saya' ' dah dekat mana ni? sepatutnya dah smpai ni? ' 'ouh saya dah kat Klcc ni' 'okay naik parkson tingkat 2' aku pun naiklah tingkat 2 slow2 je aku naik sebab aku takut sebenarnya, sebab dalam chat nmpak perwatakan dia mcam seseorang yang garang.. Ahh pedulilah dah setengah jalan bisik hatiku.. 'tingkat 2 belh mana?' 'sini awak jalan je terus lepas naik escalator' aku jalan terus tapi aku tak nampak mana pelikk... bleep2* mesej masuk 'sini2 saya dah nampak awak' 'mananya?' 'terus je saya ni kat depan' aku pun dongaklah menghadap kedepan....

Teketar ketar kaki aku waktu tu, itu lah waktu pertama kali aku berjumpa dengan Khatija, jantung aku macam nak berhenti, ape yang aku bayangkan tak macam realiti, yelah niat aku just nk interview dia ajar dia blah cmtu je, 'sini2 kat sini' smbil dia lmbai aku, aku ingat aku boleh beranikan diri, tak boleh weh hahaha, Ye dia memang cantik , kulit putih , tinggi lebih kurang 165cm , pakai tudung, suara dia manja , aku rasa macam nak lari je time tu..slow2 aku tarik nafas smbil jalan ke arah dia pergi ke pintu staff entrance...


'Am ye?' tanya khatija kepada aku, aku pun dengan nak acah2 cool depan dia selamba je aku ckp 'hm ye, khatija kan?' 'haah, jom2 masuk dah lambat ni' , brrr aku dari mengantuk , terus hilang mengantuk ahahahah , sebab aku cuakk macam mana ni adeh2, aku pun ikut jelah dari belakang ikut dia msuk dari pintu staff, tiba tiba dia toleh kebelakang dia imbas aku sekali pandang, ' Am jaket ni tak boleh pakai kat dalam kene bukak ' aku pun bukak lah jaket aku tinggallah kemeja hitam aku yang aku dah siap iron sebelum aku gerak ke sini tadi, 'haa kan handsome tu' erkk, tak guna lagi turun naik nafas aku dalam kepala duk fikir dia perli ke apa ni hahaha , lepas masuk kat dalam Tempat yang sepatut nya aku bertugas tu....Masyaallah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience