Bab3

Romance Series 2140

MasyaAllah hampir 90% pekerja kat situ semua perempuan , naik bulu roma aku 'dugaan ape niii' bisik dalam hati aku, mata aku tertumpu dekat kasut khatija memerhatikan kemana dia nak bwak aku, memang tak pandang atas lahh segan aku , beberapa langkah selepas pintu staff dia berhenti, 'haa ni brand kita , kita jual kasut budak' aku pun macam 'ohh ni' smbil aku perhatikan sekeliling , btw dekat kawasan aku tu ade 3 lagi brand kasut berlainan , kawasan aku kecik je..


Jadi Si khatija ni tunjuk lah ajar dekat aku ni tunjuk stor, tunjuk macam mana nak jual diskaun macam mne , kod2 kasut dan sebagainya lah, tapi aku tertarik dekat satu benda, aku suka tengok gerak geri dia, waktu dia ajar aku, aku dapat tangkap yang dia pun tengah nervous, benda tu buat dia nampak comel , aku tersengih srg2 macam org gila hehe , 'Am ouh Am sini orang nak ajar ni macam mana nak tulis' ' ouh ye ye' sambil dia bongkokkan badan dia sedikit , aku cuma berdiri tegak, memerhatikan ape yg dia tulis 'eh sini lahh nampak ke nanti' Kata si Khatija kepada ku 'ehhh haaa okay' balas ku, aduhhh minah ni aku ni dah lah bru habis semputt dia suruh aku tngok rapat2 plak, aku tahan nafas waktu aku bonggok sebab aku taknak dia tahu yang aku tengah nervous hahaha.

sambil dia ajar aku , aku focus tak focus je , suara alahai manjanya wktu tu, 'faham tak?' tanya khatija kepadaku sambil matanya tepat memandang ke arah wajah ku, aku terus kaku, mulut aku jadi mcam bisu tak boleh nak cakp, sebab mata aku terus bertentang dengan mata dia, aku tak dapat nak ungkapkn mcam mana rasanya, maklumlah aku ni kalau bercakap ngan org pun pandang bawah jeee, tiba2 aku terpandang mata dia, aku jadi macam hilang kawalan, jantung aku waktu tu , boleh jadi soundtrack drummer hyper act woo hahaahaha , 'Am! faham Ke tak?' 'hah? faham2' 'bgus kalau faham' bilang Khatija..


'Okay boleh smbung kerja kalau dah faham' so haritu memang tak ramai orang pun, yelah sapa je nak datang Klcc hari isninkan, aku pun kerja je lah macam biasa aku berdiri kat depan kaunter , Khatija dekat belakang aku , sesekali tu aku toleh jugak ke belakang sebab nak tengok dia, dia senyum sendiri 'hmm ni mesti dia dah ade pakwe ni' bisik hati ku... ahh biar jelah aku dtang ni nak kerja bukan nk cari awek kan?.. 'Cantik rambut' 'datang suara Khatija dari belakang yang menegur aku ' err hah? te terima kasih ' 'colour ape tu?' 'ouhh ni Eem silver gold' ouh yaa lupa nak ckap time ni rambut aku colour2 maklumlah nak acah2 mat salleh lah time tu. Aku pun smbung lah berdiri balik tunggu customer, tiba tiba dia panggil aku lagi skali , 'Am sini jap' 'haa apee?' 'sini lah dekat sikit' heish dia nii aku ni dah lah sesak nafasss , aku pun dekatkan lah diri , ' Am jgn kasi no telefon dekat sapa2 tau' ' hah kenapa??' 'perempuan kat sini tak boleh percayaaa, cakp je mak tak kasii no fon kat org lain kalau diaorang mintak' 'hah? biar betul ahahha" "ingat eh dah pergi sana" kata si khatija .. aku pun sambung lah kerja susun2 kasut sikit smbil fikir ape yang khatija cakapkan tadi , "biar betul minah ni hahaha ape maksud dia eh?" bisik dlm hati ku smbil tersenyum sinis

Minah ni suka kasi aku sakit jantung, benda dia cakp simple je tapi tak tahu kenapa aku beria lebih adehh. Jam menunjukkan pukul 1:50 sepatutnya waktu break time aku pukul 2:00, 'nanti break dengan siapa?' tnya Khatija kepada ku 'ntahlah sorang ah kot' 'erm jom break sekali nak' aku segan sebenarnya tpi kalau aku reject ape dia ckap plak 'ouh boleh okay je' balas ku..aku pun ikut je lah mana dia nak bawak aku pergi makan, dia bawak aku dekat kedai makan bersebelahan bangunan klcc tu kira okay lah murah sedap jimat, aku pun makan lah macam biasa dengan dia, aku makan pun still nak cover macho uh hahahah semngat je, lepas je habis makan dia pergi basuh tangan, aku pakai sudu sebab aku malas pakai tangan, beberapa minit lepastu aku ingat nk jadi gentle man lah sikit, nak bayar kan, aku pun bangun lah nk gi kaunter ..' ehh nak pergi mana tu?' 'hah nak pergi bayar lahh' 'tak payah2 dah bayar dah' 'hah?! ermn terima kasih' 'ye sama2 takpe kalini saya belanja' ,malunya aku haritu aku rasa macam nak nangis je, tk pernah lagi ade perempuan belnja aku sebb aku mmg tak suka kalau perempuan keluarkan duit kalau keluar dengan aku.. kecuali mak aku lah hehehe , mak aku tkpelah, ini aku dah lah bru sehari jumpa dia dah belanja segannnya wehh.

Dengan perasaan malu aku masuk balik kerja, sampai aku dekat kaunter aku tngok dia dah takda, aku ws dia 'awak dekat mana?' 'saya nak pergi dekat saya punya outlet lah, saya ajar awak kejap je' 'ouh mcmtu' blasku.. Cis dia ajar kejap je rupanya , nasib baik dia dah gerak boleh kene heart attack kalau ade selalu ni hahaha..


Jam menunjukkan pukul 7:00pm , sewajibnya aku balikni, dah ngantuk teruk dah ni, yelah mane taknya, balik je kerja cc terus masuk kerja baru , 8 malam smpai 8 pagi 12 jam , smbung pulak 10 pagi smpai 7 malam 9 jam , 12 +9 = 21 jam tolak 1 jam break time 20 jam..20 jam kerja weh penat, nak cari duit punya pasal mana boleh ada alasan, aku pun tunggulh dekat busstop nasib baik ade bas awal, ade tempat kosong aku pun duduk sambil meletakkan kepala aku dekat cermin bas tu, tergelak aku seorang diri, bila terkenang ape yang jadi harini , tersenyum ku seorang diri, setelah sampai je di rumah aku terus baring tak sempat nak tukar baju , mak aku dtang usap rambut aku , 'Abg pergi lah mandi dulu balik dari mana2 tu' 'hmm yelah mak kjap' aku pun dengan lembik2 mandii je lahh ,segar lah sikit badan..


Habis je aku mandi, aku tengok adik2 semua tengah tidur, yang paling kecik pun tido amboiii, dia yang paling kecil dia yang paling ganas tido hahaha, lepas aku mandi , aku tak boleh nk tido plak, aku termenung je tengok kipas dekat atas kepala aku ni dengan bunyi kipas mcm nak tercabut mengenang nasib, ahaa tiba tiba aku teringatt...


'Mak betul ke mak taknak duit gaji ni? ni untuk mak lah' 'Am simpan lah dulu duit tu , mak sebenarnya ada benda nak cakap' 'kenapa ni mak?' sambil mak aku usap2 rambut aku, dia cakap 'mak sakit ni , mak tk boleh nak jaga adik2 buat masa ni, abg simpan lah duit tu untuk abg pakai, adik2 nanti mak antar rumah daddy' 'hah?! mak sakit ape ni mak? ' terbangun aku dari baring di riba mak aku, 'adelah kamu tk fahm mak mintak kamu jaga diri dengan adik2 je' 'hmm baiklah' tertundukku mendengar jawapan yng diberikan oleh mak aku, 'esok mungkin mak balik kampung tinggal dengan nenek sementara waktu' kata emak ku , aku tak tahu mak aku sakit ape waktu tu tapi memang kebelakangan itu dia nampak lemah je , jadi aku tak banyak bersoal cuma aku banyakkan doa dan kuatkn diri...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience