Bab5

Romance Series 2140

'sudah - sudah la tu Am, chatting Khatija ler tu' ujar Kak Aina yang melihat gelagat ku yg senyum sendiri melihat telefon bimbit, 'Eh! mana ada kak chat kawanlah' balasku yang cuba untuk menyelamatkn diri , 'Hmm yolaah tu' balas Kak Aina. Sejenak aku rancak berbual dengan Khatija , aku terfikir "weh dia cantik kot takkan dia takde bf" "nak ke dia dekat aku, aku ape pun takde" semua tu tergiang ngiang dekat kepala aku.


Aku pun cuba beranikan diri untuk tanya dekat Kak Aina,

'kak er Khatija tu dia mcm mana?'
'macam mana ape? nak tanya , tanya terus'
'ouh okay hmm , dia a ade bf ke kak?'
'adee tu budak dekat area 'luggage' belakang tu pakwe dia'
'ouh!? yekee'
'yeee'
ahhh! siot dia dah ade pakwe aku dah agakk, selepas mendengar penjelasan dari Kak Aina aku jadi macam kurang selesa untuk meneruskan perbualan aku dengan Khatija, yelah orang punya tu takkan aku nak "sailang" kn?


Lepas aku dapat tahu yang dia dah ada pakwe aku mcm slow-slow lupakan dia, aku teruskan kerja macam biasa, bila dia chat, aku cuba cari jalan untuk habiskan perbualan secepat mungkin, dia pun tak menunjukkan sebarang reaksi jadi aku teruskan sahaja lah. Aku pulang ke rumah seperti biasa, sunyi hanya bunyi kipas yang teman aku malam tu...


Aku rasa sunyi sangat malam tu so aku decide nak jumpa adik aku yang berumur 16 tahun tu, aku mesej dia suruh dia bersiap so aku boleh ajak dia lepak. 'Hello Am kau kat ne?' 'aku dah kat bawah rumah ni kau turun lah' 'okay' , lepas je aku nampak kelibat adik aku yang sedang menuju ke arah aku, aku terus hidupkan enjin motor, 'kita nak gi mana ni Am?' 'kau naik jelah jom lepak' balasku.


Setelah sampai di restoran mamak, aku pun suruh lah adik aku order air ape semua, aku duduk dekat meja disudut penjuru sambil menyalakan sebatang rokok. 'kau sihat tak?' sapa ku kepada adik ku, 'aku sihat je, kaulah mcm mana kerja okay?' balas adik aku, ' kau takyah risau lah pasal aku daniel, kalau aku takde tanggungjawab adik2 semua dekat kau, kau kene jaga diaorang untuk aku' 'adik2 lain takyah risau aku boleh jaga' balas daniel adikku. Sedang aku sibuk melayan instagram tiba-tiba adikku bersuara lagi,

'Am , Daddy dah tak macam dulu , kau taknak jumpa dia ke'

'Aku taknak dengar Nama dia'

'Betul Am , dia betul- betul dah berubah, Kalau kau nak pakai duit ape semua kau jumpa je dia , dia okay, lagipun dia rindu kau'

'Ha itulah!! duit ,duit, duit tak habis-habis pasal duit, kau ingat dengan duit kita boleh bahagia ke? kau lupa ape dia buat dekat mak dulu?' Tegas ku

'Tak bukan ape Am, aku tengok kau mcm ada masalah, memang duit bukan segalanya, tapi zaman sekarang ni.. segalanya perlukan duit, Daddy siap suruh kau sambung belajar lagi, kau ade dapat tawaran untuk sambung belajar kan?'

aku cuma mendiamkan diri setelah ape yang dikatakan oleh adikku, ada betulnya juga apa yang dia perkatakan tu, tapi aku berkeras untuk belajar berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain, bukan aku taknak sambung belajar, tapi kalau aku sambung belajar siapa lagi yang nak tengok-tengokkan keluarga aku ni, biarlah hasrat aku untuk sambung belajar tu terkubur macam tu je, asalkan aku dapat bantu mak aku..

'dah2 jom balik , aku penat' jelas ku
'hmm yelah kau payungkan hehe'
'yee aku tahu kau miskin' sindir ku
'heheh masyeh' Aku pun menghantar adik ku pulang ke rumah ayah ku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience