Segalanya untuk segalanya..

Drama Completed 2429

"Cakaplah baby dalam gambar tu anak kita?", aku menyoal untuk lepaskan diri. Opss.. No!
. Gambar itu terlihatnya aku, Sofia dan seorang bayi seakan muka aku bercampur Sofia yang sedang didukungnya. Super-impose ni!
. "Ye bang.. Anak kita bang..", jawab Sofia lembut.. kali ini aku tak rasa kelembutan pekerti Sofia tu menawan keluarga bahagia dah.. Dia dah jadi sawan keluarga bahagia pulak.. Arghh..
. Boleh gila aku dibuatnya.. Gila kau tak gila?! Aku dah ada baby!
. "Tidak.. tidakkk.. Itu bukan aku.. itu bukan akuuuu...", aku mula meroyan memikirkan dimanakah aku berada dan siapa aku sebenarnya..
. Aku tak percaya dgn apa yg aku tengok tu.. Walaupun Dato Siti cakap 'percayalah'.. Aku tetap tak percaya!
. Mana mungkin lelaki dalam gambar tu adalah aku.. Sebab aku biasanya duduk sorg2 je kat rumah.. dari dulu sampailah sekarang.. Sofia pun baru kali ni lah aku jumpa.. kenal pun tak..
. "Abang..", Sofia bersuara lembut sambil menitiskan airmata.. dia memegang bahu aku..
. "Sofia redha kalau abang tak mengaku tu anak kita dan Sofia ni isteri abang.. Sofia faham keadaan abang.. Sofia tahu siapa abang.. Abang bukan macam apa yg org tuduh bang..", sambung Sofia lagi sedikit teresak2..
. Aku terduduk. Sepi. Tak ada lawak bodoh. Cuma rasa bodoh ya amat..
. "Abang sebenarnya menghidap amnesia retrogred iaitu hilang ingatan.. lepas perniagaan kita jatuh teruk.. habis semua harta kita dijual, pun tak cukup.. keluarga Sofia terpaksa langsaikan banyak hutang2 ahlong sampaikan kena jual tanah pusaka.. Ni pun Sofia nak tanggung anak kita.. Sofia terpaksa kerja di kedai buah ni..", tambah Sofia.
. Aku terdiam. Tak tahu nak taip apa.. eh.. Tak tahu nak kata apa.. Sambil meramas rambut dan mencengkam kepala sekuat2nya.. kusut! Kepala berdenyut2 dan darah berderau.. Terasa adrenalin bergerak deras memenuhi paip-paip darah utama.. apa ni?! Rasa macam nak terbang!
. "Habistu selama ni..?", belum pun aku habis menyambung soalanku.. Sofia membalas..
. "Mungkin tuhan sengaja nak mempertemukan kita semula.. Sejak dari mula abang dtg beli buah kat sini.. Sejak itu Sofia berhasrat nak memulihkan ingatan abang semula bila abang kembali muncul dalam hidup Sofia.. Sofia ingat abang dah hilangkan diri..", tambah Sofia..
. Ingat aku Avengers ke ada kuasa boleh hilang2?
. "Sofia pakai wangian yang abang suka.. Sofia pakai inai masa kita kahwin dulu.. pakai pakaian warna2 kesukaan abang.. Sofia cakap tak kahwin lagi sebab nak abang rasa ada peluang dengan Sofia.. Jadi abang akan selalu datang jenguk Sofia..", sambung Sofia lagi..
. Abang Sofia kelihatan agak bosan dengan penjelasan dari Sofia kat aku. Masih marah lagi rupenya.. Sebab sambil2 Sofia cerita kat aku.. Sempatla aku jeling kat 'harimau' tu.. Tak habis-habis menguap.. tak cukup tido agaknye semalam.. tengok gusti kot.. huhu..
. Aku agak terpinga-pinga dengar penjelasan yg agak drama petang2 tu.. Entah iya entah tidak.. Bertambah berdenyut kepala aku.. Kalau diorg ni salah orang.. habis siapa dalam gambar tu.. muka sama.. tahi lalat sama.. design pun sama.. huhu.. jenuh.. jenuh..
. ada baby pulak tu!
. "Aku hilang ingatan?", tanyaku semula.. Bukan sebab aku bongok sangat tak paham apa yg Sofia jelaskan tadi.. Tapi sengaja aku sebut perkataan tu mewakili suara hati yg taktau nak kata apa..
. Nanti orang kata senang plak aku buat duit.. Skrip sikit sangat..
. Semua orang yg berada disitu.. dah mula beredar.. sebab aksi2 gedebuk-gedebak dah berakhir.. kini mula aksi2 hujan, banjir dan operasi menyelamat dengan sampan pulak.. kalau ikut movie dah tukar dari lagu2 rancak kepada lagu2 piano ting tong ting tong.. Ternyata rakyat Malaysia lebih gemarkan genre2 action yg percuma berbanding berbayar.. Patutla Shamsul Yusoff mengamuk sakan..
. Rasa2 kalau kau ditempat aku.. macam mana? Tiba2 orang jumpa kau dan cakap kau hilang ingatan?
. "Sudahlah abang.. tak perlu fikir2 sangat.. abang masih lagi dalam proses pemulihan.. doktor bagitau yg abang tak boleh stress atau terkejut sangat.. nanti abang pengsan macam tadi.. dan makin menjadi2 tahap kehilangan ingatan abang..", ujar Sofia..
. "Pengsan?", tanyaku terbingung2..
. "Ye abang.. tapi sebelum pengsan tu abang tunjuk2 kedalam kedai.. mungkin abang ingat Sofia kat dalam kedai tu.. sebenarnya tu Ros.. kembar Sofia.. sengaja Sofia suruh dia kerja sini.. supaya kalau Sofia tak ada masa abang datang.. Ros boleh ganti Sofia untuk bantu pulihkan abang...", balas Sofia..
. Memang betul2 punya cinta Sofia ni kat suami dia.. Macam2 dia buat dan korbankan.. huh.. dasat cerita dia ni..
. "Ros pulak..", bisikku.. Memang aku tak ingat apa2 yang terjadi sebelum aku buka mata tadi..
. "Abanggggg...", Sofia memanggil aku dan memeluk aku erat2.. dengan deraian air mata.. kali ni bahu aku plak umpama jadi batu di air terjun.. kalau lama lagi macamni.. boleh terhakis bahu aku.. jadi bahu lu.. huhu..
. Aku depan mata je pun.. "G" tu xpayah banyak sangat.. Aku belum pekak lagi la..
. Ish.. aku kalau tengok apa2 cerita pun.. tak minat betul bila ada part nangis2 ni.. sebab aku taktau.. perlu ke aku nangis atau tak.. hilanglah macho! Kalau sorang2 layanla jugak 5 kotak tisu.. huk huk huk..
. "Sofia taknak kehilangan abang lagi.. biarlah abang tak ingat pada Sofia.. tapi kasih Sofia masih utuh dan tak pernah berubah pada abang walau sedetik pun..", sambung Sofia lagi dengan airmata yg tak terbendung kemudian melimpah keladang gandum.. ehhh macam iklan makanan sarapan pagi pulak..
. Aku masih kaku.. terpinga2 dan apakah yg sedang berlaku.. aku pun tak tahu.. yang aku tau adalah bau si Sofia ni.. yang sedang memeluk erat badanku yg tak berapa nak berketul ni.. huhu..
. Tapi tu lah.. Bau tu yg paling memberikan aku satu pertanyaan.. Sebab aku mcm pernah bau wangian tu..
. Jap.. Macam...
. Bulgari Goldea.. Yes! Aku dah ingat!
. "Aku dah ingat! Aku dah ingatttt!", jeritku.. umpama aku nmpak satu sinaran cahaya UV menyuluh aku.. nasib baik aku ada pakai losyen SPF30.. kalau tak.. hitam kepala..
. Sofia menolak aku kedepan sedikit.. Seakan terkejut..
. "Abang.. Abang dah ingat?", tanya Sofia dengan mengukir sebuah senyuman yg sangat bahagia.. menampakkan susunan giginya.. kalau diwarnakan hitam untuk selang satu gigi.. dah macam tapak dam haji..
. "Ye.. saya.. ehh.. abang dah ingat... Perfume Bulgari Goldea.. wangian ni yg abang buat hantaran untuk Sofia dulu kan?", tanyaku.. Aku rasa aku bukan bermimpi dan tak syak lagi.. Memang aku adalah Fairuz!
. "Abang dah ingat..", sambungku.. teringat tok kadi sebut nama aku 'Fairuz bin Rashid' dan nama 'Sofia Binti Junid'.. Kemudian airmata aku pulak mula menitis.. yang dalam masa yang sama aku mula mengingati satu persatu perisitiwa2 yang berlaku dalam hidup aku..
. Dulu aku boleh kata berjaya la.. harta bergunung2.. kat tuhan.. tak pernah beringat langsung.. setakat perfume Bulgari tu kira pakai macam mandi lah.. perempuan jgn cerita lah.. orang byk duit.. macam gula kena hurung semutlah.. halal-haram tu takde dalam kamus dan ensiklopedia hidup aku.. aku cakap kat Sofia aku meeting oversea.. padahal dating disisi dgn perempuan lain.. itu semua mainan je lah... Sofia pulak dah macam batu bersurat kat rumah tu.. Buat syarat je si Sofia tu untuk aku masa tu..
. Allah bayar cashlah.. satu persatu bala tiba.. sampailah satu masa tu.. aku tak boleh nk fikir normal lagi dah.. yang aku tau.. last tu.. aku tak sedar diri.. tau2 aku jatuh cinta pada si awek kedai buah ni.. Sofia..
. Patutlah.. aku rasa semacam je dengan Sofia selama aku nampak dia.. rasa mcm tak senang duduk.. asyik teringat je..
. Dia isteri aku rupanya.. aduh!
. "Along.. along..! Abang Fairuz dah ingat!", Sofia memberitahu abangnya yg sedang mencungkil gigi yang mungkin ada daging terselit.. dengan wajah yg sangat2 gembira..
. "Eleh.. si badigol ni buat2 je.. sengaja dia nk lupakan apa yg dah dia buat kat kau..", rengus abang Sofia yang masih lagi tak terpadam api kemarahannya terhadap aku yang disangkanya buat2 tak ingat..
. "Alhamdulillah... akhirnya abang ingat semula... alhamdulillah..", berkali2 Sofia mengucap syukur dan memelukku dengan sangat erat.. aku pun membalas pelukan Sofia.. sambil mencium dahinya..
. "Terima kasih sbb sanggup tunggu abang.. pulihkan ingatan abang.. korbankan segala2nya untuk abang.. Maafkan abang atas apa yg abang dah buat pada sayang..", ucapku perlahan.. seperlahan dan selembutnya ungkapan2 yg pernah Sofia ucapkan padaku.. Tanda membalas kasih yang tak terbelah bahagi darinya selama ini..
. Aku perlahan2 melepaskan pelukan Sofia.. Dan terus mendapatkan abang Sofia.. Kemudian menghulurkan tangan tanda memohon maaf..
. "Maafkan saya bang.. ingatan saya dah kembali.. saya betul2 tak ingat langsung sebelum ni.. saya insaf atas apa yang saya buat.. saya berjanji akan memulihkan keadaan.. saya janji bang..", pinta aku dalam keadaan yg tersangat insaf dan teresak2..
. "Terima kasih bang.. Sebb jagakan Sofia.. Jagakan anak saya Faizal.. Saya terhutang budi dengan abang.. harap abang ampunkan saya.. saya dah insaf bang.. saya dah insaf..", sambungku lagi teresak2 sampai tersedu2.. hak.. hak..
. Telan air liur sambil tahan nafas nak hilangkan sedu.. hak hak..
. Tak sangka.. segarang2 abang Sofia ni.. tetap ada lembutnya.. Dia menyambut tanganku..
. "Aku anggap semua ni.. ujian untuk keluarga aku.. kalau betul kau dah insaf.. baguslah.. Alhamdulillah.. harap dapatlah kau perbetulkan apa yang kau dah buat.. aku maafkan kau kalau betullah kau tak ingat.. aku pun sama.. minta maaf pasal tadi..", balas abang Sofia sambil memelukku.. dan sambil membelek2 kesan tumbukan padunya tadi.. aku terharu..
. 'Awek Buah' menangis gembira..
. .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience