Ke-baby-an apekah ini?

Drama Completed 2429

'Awek cun macam ni, bodoh ke apa nak tinggalkan?', sambungku lagi dalam hati..
. Aku keliru.
. "Wait.. wait.. korang cakap pasal siapa ni?", tanpa signal aku terus menerjah..
. "Siapa Fairuz? Aku bukan Fairuz!", aku menambah.. Dapat aku lihat wajah abang Sofia makin merah padam..
. Seakan bertambah kemarahannya bila aku tidak mengaku bahawa aku adalah Fairuz.. Macam mana nak mengaku.. Dah memang bukan aku.. Botol Kicap!
. "Eleh kau tak payah buat2 la babun! Dah kena rembat pun tak mengaku ke? Nak kena lagi ke?!", soal Abang Sofia dengan perasaan yang amat marah sekali.. Sambil menunjukkan gaya hendak melakukan sepakan penalti..
. Orang ramai yang menyaksikan pergaduhan tiga dimensi ni makin bertambah.. Ada yang parking tepi jalan semata2 nak keluarkan telefon.. nak live lah tu.. maklumlah data unlimited la katakan.. ada yang berbisik2 antara satu sama lain.. sembang ape tah!
. Agaknya yang ramai2 ni lah yang buat jalan sesak malam2 ni.. hampeh.. (bahasa ibrani)
. Aku baru sedar yang aku terbaring betul2 di tepi kedai buah Sofia.. Patutla silau.. Bawah spotlight.. Ingatkan dah siang..
. Kalau lama2 macam ni boleh tukar warna aku ni.. Maklumla dok 'berjemur' je ni.. huhu..
. Tak boleh jadi macam ni.. makin lama mamat ni makin menjadi2.. silap haribulan hilang nyawa pulak aku karang..
. Aku cuba melepaskan pelukan Sofia perlahan2 sambil melakukan eye contact dengan Sofia sambil mengangguk2kan kepalaku.. kenyit sikit! Memberi signal bahawa:
. "Jangan risau, saya takkan buat apa2 yang mengeruhkan keadaan.. Percayalah saya..", begitulah bahasa mata aku.. Dan Sofia tunduk faham dengan air muka penuh kerisauan, dan seakan meredhakan permintaan aku serta melepaskan aku dari pelukannya perlahan2..
. Lembut betul movement awek ni.. fuhh.. kalau boleh memang aku nk jadi Fairuz je dalam filem ni.. huhu..
. Aku bingkas bangun.. takde masa nk menepuk2 bahagian baju dan seluar yg kotor masa terbaring tadi... nanti org tengok nampaklah kesian sikit.. Teruk kena belasah..
. Padahal sedas je penumbuk.. haha..
. Aku berdiri betul2 dihadapan abang Sofia.. Seram gak kalau dia hayun helmet arai dia kat kepala aku.. terus barai.. bukan saja boleh hilang ingatan.. maunya boleh hilang pedoman macam ni.. huhu..
. "Ok2.. Macam ni bro.. serius.. saya taktau apa2.. saya pun baru je kenal dengan si Sofia ni.. Dan siapa Fairuz yg bro maksudkan tu?", aku memulakan bicara dengan gaya yg sgt humble..
. "Abang..", belum sempat abang Sofia membuka mulut, Sofia mengalihkan badan aku menghadap dirinya.. Ish.. Tanggang betul.. main menyampuk je cakap orang tua.. haha..
. "Abang tengok ni..", Sofia mengeluarkan sesuatu dari poketnya.. Iaitu sekeping gambar..
. eh? Gambar ni..
. Terpisat-pisat aku dibuatnya apabila diperlihatkan dgn gambar tersebut.. Aku lebih bingung dari biasa saat ini.. Peluh mula memasuki shiftnya.. Menyembulkan peluh2 dari rongga2 yg terbuka..
. Biasanya kalau malam rongga2 kulit ni tertutup.. Yang terbukak biasanya kelab malam je.. Tu yg aku belajar kat kelas mekaplah..
. Jarang2 keluar peluh macam ni selain daripada bancuh simen..
. Arghh..! Gambar tu betul2 membuatkan aku rasa macam nak meletup..
. Tolong aku!!!
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience