Awak dah kahwin?

Drama Completed 2429

Bagaikan arus elektrik yang mengalir.. zzttt.. zztt.. bila tangan aku terpegang tangan sofia dek kerana nak sambut beg plastik yang melayang ke bawah.. lain pulak yang dapat.. 'rezeki'..
. Mata kami bertentang.. dengan riak wajah serba salah..
'eh?!' be like.. seumpama masa terhenti seketika.. ala2 action movie mengelak peluru gitu.. dan kamera pun shoot 360 darjah.. fuh.. aksi yang mendebarkan..
. Dapat aku rasakan.. darah yang mengalir lesu kekurangan vitamin c tadi seumpama mendapat satu injection padu.. membuatkan adrenalin berdenyut kencang.. perasaan yang sama bila menaiki roller coaster yang sedang menjunam ke bawah dengan kelajuan yang sgt tinggi..
. "Eh.. sorry.. saya nak..", serentak kami cakap benda yg sama.. dan melepaskan genggaman.. sambil kami menunjukkan benda yang sama.. dan cepat2 sofia tunduk mengambil beg plastik di lantai..
. Masa dia tunduk tu.. sempat jugak la aku cium tangan aku yg terpegang tangan sofia tadi.. haha..
. Apsal bau macam...? Dem!
. Sofia kembali menyimpan beg plastik yang jatuh tu.. Masing-masing terbangang2 kejap.. haha..
. Dalam dia dok setting2 balik keadaan.. Aku terlihat sesuatu di tangannya..
. "Awak.. err.. awak baru kahwin ke?", tegur aku dengan serba salah, memperlihatkan ada corak2 henna di atas tangannya.. Dan ada hiasan inai di jari-jemarinya..
. 'Aku lambat ke wei.. lambat sangat ke macam mana? Bila dia kahwin? Bla bla bla..' hati aku mula tertanya2 dengan pelbagai soalan.. Rasa mcm tak jadi beli pulak buah tu.. hish..
. "Eh.. mana ada? Saya belum kahwinlah.. Henna ni saya pakai untuk raya haritu..", balas sofia sambil menunjuk-nunjuk kedua-dua tangannya yang halus dan mulus tu..
. Fuhhh.. lega... masih ada chance! Wink!
. "Ohhh.. ingatkan dah kahwin tadi.. tengok2.. wahh... siap ada love lagi kat tengah2..", aku balas sambil menegur corak2 yang ada kat tangannya.. Bila lagi kan nak belek2.. haha..
. Aku sambung.. "Love yang kat tengah2 tangan awak tu mcm sama bentuk dengan yang kat hati saya la... hihi..", sambil aku meletakkan tapak tangan aku kat dada aku.. sambil tersengih2 macam mintak penampar..
. Dia senyum manis menampakkan gigi putih yang tersusun.. sambil tertunduk2 dan terkepit2 malu.. ala2 kunyit gitu.. haha..
. "Awak.. semua sekali.. RM13.50..", ucap Sofia sambil menghulurkan beg plastik yang berisi buah2 yang aku nak tadi..
. Cantik jugak dia hari ini.. Pakai tudung kelabu.. baju hijau.. bulu mata dia lentik.. aku percaya tu bukan mascara.. bibir dia.. erm... !@#$%^.. macam tu lah.. haha.. dia tak senyum pun cantik... kalau senyum lagi lah cantik... lemah lembut.. suara pun takdelah terjerit2 mcm kat stadium.. layanan pulak tiptop.. 5star.. patutlah dia boleh hidup jual buah ni.. confirm ramai peminat ni.. huhuhuhu..
. "Awak awak.. hellooo...", Sofia memecahkan lamunan aku.. sambil melambai2 di depan mata aku dgn tapak tangannya.. dia ingat aku ni buta ke?
. "Ouh... sorry2.. saya tengah fikir tentang masa depan kita... ehh!.. saya tengah fikir buah ape lagi saya nak..", aku membalas.. adoii.. ter-pickup line pulak.. naya2..
. Awek mana yang tak melting dgr pickup line.. Dia pun ape lagi.. macam biasala.. 'tunjuk gigi'.. sambil terkupu2 mcm nak terbang.. haha..
. "Ermm.. berapa semua sekali? RM22.50?", aku tanya semula jumlah harga buah tadi.. weii RM22.50 tu bukan mas kahwin di johor ke? aiyak!!.
. "Bukan2.. RM13.50 je awak.. Jus Mangga RM8.50.. Buah 3 peket.. RM5.00.. So total RM13.50..", Sofia membalas.. Walaupun aku mungkin dah banyak buang masa dia kat situ.. Dia masih steady melayan aku dengan gaya lemah lembut dia.. Takde satu pun, riak wajah atau body language dia menunjukkan rasa marah ke apa.. Serius aku suka!
. Bukan body ok..
. Selepas aku membayar dan nak melangkah keluar dari kedai buah tu.. Sempat lagi Sofia pesan..
. "Terima kasih.. Datang lah selalu.. Hati-hati.."
. Datang Selalu? Biasa tauke buah yang datang selalu ni.. huhu..
. Tapi kan.. bau tangan dia macam.....?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience