Kalau dapat ngap, terus ngap!

Drama Completed 2429

Longstory-short.. aku pun update la status aku pasal awek buah ni kat fac.. sebab aku ni kat JB bukannya ada kawan sangat.. kalau kat kampung tu.. pun bukannya ada kawan jugak.. haha.. sama je.. Life aku banyak online daripada offline..
. 'Kalau takdak internet, taktau aku kat mana skang ni'
. So, rata2 kawan2 kat fb ni ada yang supportif, ada yg kata aku tipu dan macam2 lagilah.. maklumlah netizenlah katakan.. takpelah itu hak diorang.. Aku ok je..
. 'Diorang banyak buat aku tersenyum..'
. Aku update kisah ni pun hampir setiap hari, ada yang sampai whatsapp bagitau apa kesudahannya lah.. dan tak terlepas ada yang buat konklusi.. haha.. bagus.. leh jadi director..
. Yang paling buat aku rasa macam.. ehh.. kau ni dah keluar dari kotak.. haha.. yang kisah pasal "bau" tu..
. "bau twilight..", dia kata.. (perkataan disensorkan)
. Ish.. potong betul la.. ini kan cerita cute2 sejati.. kenapa nak diseramkan pulak.. hahaha..
. So far ade yg penulisan aku macam off-topic, kurang impact atau 'macam takde je' walaupun baru 5 siri.. apa2 pun aku appreciatelah.. sebb tanpa diorg aku mungkin aku tak dapat capai kpi.. heh..
. Tanpa diorg.. mungkin aku tak sambung lagi.. Dan mungkin ini hanya memori aku yang dikongsi dengan aku je.. sedih kan?
. Sambil-sambil aku update status, aku tertanya-tanya.. Kenapa Sofia layan aku mesra alam bukan main.. Sampaikan aku jadi syok nak update status tentang dia setiap hari?
. Sebab pelanggan ke.. Sebab aku nampak bodoh dan bila kena goda boleh suruh beli selalu ke.. Atau sebab dia memang suka kat aku?
. 'Confuse!'
. 'Kalau dia suka kat aku, habis brader Ysuku tu siapa? Bukan main ramas mesra lagi..', getus fikiranku. Kacau bilau kejap..
. 'Tang mana yang dia suka kat aku tu?', aku tertanya2..
. 'Tak boleh jadi.. Malam ni mesti mau kasi settle jugak..'
. Aku plan nak tanya dia beberapa soalan untuk memuaskan hati aku.. Nanti kalau dah terlajak syok dah susah.. kan?
. 'Eh.. kenapa mesti malam? Siang tak boleh ke?', soalan yang bakal hinggap dari netizen..
. Sebab malam je aku keluar rumah.. Jaga kulit.. haha..
. ~ Waktu siang berlalu... Dan malam mengganti.. ~
. Dalam jam 8 malam.. kawasan ni agak sesak dengan kenderaan keluar masuk.. ada yang nak pergi bekerja ke Singapura.. Ada yang nak pulang dari kerja dan ada juga yang nak berkejar-kejar menguruskan urusan keluarga serta ada juga yang saja2 nak sesakkan jalan.. haha..
. Aku memandu menuju ke destinasi.. Ke kedai buah.. Dengan harapan semua persoalan di kepala ku terjawab..
. 'Benda boleh tanya.. Buat apa nak fikir..'
. Macam biasa aku akan parking dalam jarak 2-3 slot kereta dari kedai Sofia... Kali ni aku taknak buang masa..
. 'Kalau dapat Ngap! Terus Ngap!'
. "Nice.. Sofia ada kat dalam tu..", bisikku, apabila memperlihatkan sofia sedang duduk menghadap meja cashier..
. 'Eh? Kenapa dia duduk situ pulak? Biasa kan dia duduk kat bahagian dalam? Terceruk kat belakang rak buah tu?
. 'Jem!'
. Bos dia ada ke malam ni? Mapuh go ni.. (dialek kelantan-siam - 'habislah macam ni')
. Aku keluar dari kereta.. Terjenguk2 dari kejauhan memandang kedalam kedai.. Takut2 kalau bos dia ada kat situ.. Tak dapatla aku nak berbual sambal dengan Sofia dan memecahkan kejahilan aku tentang dia.. Kacau line btol!
. 'Ehh? Sofia pergi mana pulak? Tadi ada!', bisikku bila sebaik aku keluar dari kereta dan cuba recce (riki) kawasan, tengok2 Sofia hilang pulak..
. Aku masih lagi tak bergerak dari situ.. Masih lagi terjenguk2 macam kepala penyu.. memerhati sebaik mungkin..
. 'Yes! Aku nampak! Aku nampak!', berbunga hati tak terkata.. apabila aku nampak kelibat tudung Sofia dari celah rak buah tu.. Hanya dia sorang sahaja ada disitu.. Sangkaan aku bahawa bos dia ada kat situ meleset sama sekali..memang dia sorang saja..
. Sebaik aku baru mula nak melangkah menuju ke arah Sofia yang berada didalam kedai itu.. Tiba-tiba.. aku dikejutkan dengan satu suara lembut yang aku amat kenali..
. "Awak! Dari tadi saya tengok awak terjenguk2 kat sini.. dok tengok kedai.. Cari Sofia ke?", Sofia mendekatiku dan menegurku dengan sopan kucingnya.. Cuma takde misai je.. haha..
. Aku terlopong.. Mata aku macam nak terkeluar.. Dada berdegup kencang bak saspen dikejar anjing jiran..
. "Aw.. aw.. awakk..?", aku tergagap-gagap membalas teguran itu sambil jari telunjuk menunjuk-nunjuk kelibat Sofia didalam kedai dan kearah Sofia yang berada didepan aku.. Nafas aku semput2..
. 'Masa bila dia ada kat sini?'
dan..
'Siapa kat dalam kedai?'
dan..
'Macam mana dia tau aku cari dia?'
dan..
'bau...?'
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience