Ha'ah

Drama Completed 2429

Hari Ini..
Apa yg terjadi semalam antara aku dan dia tu masih lgi menjadi tanda tanya..
. Sementelah tu, hari ni, aku bertugas macam biasa sabtu dan ahad.. jadi dj kahwin..
. Sabtu je.. Ahad tu membongak je.. haha
. Bila balik rumah confirm lepak habis.. Adakala terlelap sampai esok paginya.. huhu.. macam kerja angkat batu penatnya.. Ya ampunn!
. Tapi petang ni rasa macam nak demam.. Tak sedap badan.. Panas semacam.. Kurang minum air kot.. Atau kena hujan..
. Manja betul..
. Teringat pulak jambu batu potong & tembikai susu pengantin kat majlis tadi.. Silap aku tak borong smuggle.. rasa2 macam ada balance banyak lagi..
. Badan tak sedap macam ni.. pekena buah dan masam2 sikit best ni.. at least boleh sejukkan badan..
. Ishh.. Masa ni pulakla teringat kat awek jual buah tu..
. Takkanla aku nak kesana.. Semalam aku kemain jual mahal taknak beli buah.. aiyok..
. .
Flashback semalam..
Dia tanya, "Tak beli buah ke arini?"
Aku jawab dengan isyarat cup kopi costa.. sambil angkat tinggi2.. tak jauh dari tempat dia berdiri..
. Dia acah tak perasan ape yg aku buat.. dan tanya lagi sambil menghampiri aku.. "apa tu?"
. Dah roboh ke mata awek ni?
. "Ooo.. minum kopi je? Lama tak nampak?" Dia tambah lagi.. dengan senyuman yang menampakkan gigi putih tersusun rapi bak pagar kandang biri2.. sambil meletakkan tangannya diatas kepala menahan renyai hujan..
. Lagu background 'p. ramlee - tunggu sekejap' seakan menghiasi suasana ketika itu..
. 'Tunggu sekejap.. wahai kawan.. kerana hujan.. masih renyai..' sambil petik gitar tapi bunyi piano..
. Hujan makin nak lebat.. takleh nak tunggu.. sempat cakap "ha'ah" je.. kemudian aku lari2 masuk kereta.. bamm!
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience