PROLOG

Romance Completed 18201

Dalam beberapa minit lagi kelas akan bermula dan aku dapat mengagak hanya dalam beberapa hayunan langkah sir akan masuk.
Eh dah lebih lima minit batang hidung sir tak muncul-muncul..
Tiba-tiba,seorang lelaki memasuki bilik kuliah ini. Tengok muka, macam pernah nampak. Lelaki itu
terus melabuhkan punggung di tempat yang kosong.

"Hai students." kata Sir Azirul atau lebih mesra digelar Sir Azie. Sir
Azie terus memanggil nama bagi mengambil kehadiran kami. Aku pun
mendengar. Nak juga aku tahu nama budak baru itu.

"Zhairul Firaz bin Ridhwan?" Macam pernahku dengar nama itu apabila Sir
mengatakannya. "Here!" Suara itu berkumandang di telinga. Aku terus
mencari dimana kelibat budak itu. Aku nampak budak lelaki baru tadi
mengangkat tangan. Jap, Zhairul Firaz? Hoi, tu bekas ketua pengawas
sekolah akulah!+

"Iman Zaniqa binti Syarul?"

Tiada respon.

"Iman Zaniqa binti Syarul?" "Yes, me!" jawabku. Aduhai, ini semua
sebab asyik memandang budak tadi itu. Haish, tengok sampai tak dengar
Sir panggil nama. Tergagap-gagap pula tu. Macam mana dia ada di sini?!+

Aku Iman Zaniqa. Aku berusia 23 tahun. Ini merupakan tahun terakhir aku
di Unisel. Ye, aku ingin menjadi seorang guru bahasa inggeris.+

Dan, Zhairul ada disini. Hmph.

Seperti biasa, aku dan rakan-rakan lepak di kafeteria. Oh ya, kami ada
kumpulan yang bernama ZaFaElAyShaRin.

"Weyh, kau ada apa-apa cerita tak?" tanya Eleeza kepada aku. Hmm, apa
yang menarik ya? Oh! "Hari ini ada budak baru. Budak tu kan, /ex/- ketua
pengawas sekolah menengah kita." Ya, kami berenam sama sekolah menengah. +

"Hah?! Zhairul Firaz?!" tanya Eleeza lagi. "Yup." Itu sahaja respon aku.
Lagipun aku sedang menyuap kek red velvet kesukaanku ke dalam mulut. Tak
baik bercakap semasa makan.

"Dia dah handsome ke sekarang? " "Aku tengah makanlah...nantilah
tanya." Orang tengah makan,bertalu- talu soalan dilemparkan.
"Sorrylah..." "Yelah,yelah." Jawabku. Maka, tergelaklah kami semua.+

Tiada apa yang boleh dilakukan malam ini. Bosannya! Baik aku berbual
bersama ZaFaElAyShaRin di group whatsapp.+

*ZaFaElAyShaRin Forever

*Zaniqa: Assalamualaikum.
*Niya: Waalaikumussalam.
*Zaniqa: Weyh, bosanlah.
*Niya: Aku pun.
*Nurin: Rancaknya berbual
*Eleeza: Haah.
*Zaniqa: Tengah bosan ni...
*Ayda: Aku pun...
*Eleeza: Jom lepak. Mamak?
*Fara: Nak!!!
*Zaniqa: Jom!
*Niya: Okay jer
*Nurin: Nak join!
*Eleeza: Okay, jumpa kat depan asrama.*+

Yes! Lepak mamak pun bolehlah! Janji tak bosan. Lagi-lagi dengan geng
tersayang. Terus aku bersiap untuk keluar. +

Restoran mamak yang kami pilih hanyalah perjalanan 15 minit dari
universiti. Perempuan mana boleh keluar lama-lama malam macam ini.+

"Akak mahu order apa?" tanya mamak itu. "Bagi teh'o ais limau tiga,
jus epal dua ngan teh tarik satu." "Okay." Kata mamak itu lalu beredar.+

Kami pun sembang sakanlah sambil menunggu minuman tiba. Tiba-tiba, mata
aku tertoleh kepada sesuatu. Aku memandang ke belakang untuk melihat
siapakah ia. Rupa-rupanya ex- ketua pengawas. Eleh, ingat apa tadi! +

"Kau okey tak? Asyik pandang belakang dia saja..." kata Nurin dengan
senyuman sinis. "Eh,okey je. Mana ada aku pandang dia." jawabku sambil
memandang ke hadapan. Kenapa aku asyik pandang dia saja...aku pun tak
faham. Biarlah, nak kisah apa? Dia pun manusia juga.
Lantak dialah nak buat apa. +

"Hoi Iqa! Kau ni kenapa asyik berangan?" Lamunanku terhenti oleh suara
Eleeza. "Eh, bukan beranganlah." Jawabku. "Iyalah tu." kata Niya pula.
"Lantaklah korang nak fikir apa. Aku nak minum." Terus aku mencapai
cawan di hadapanku lalu menyedut air dengan straw. Haih, kenapa aku
asyik fikir dia? Sudah-sudahlah tu Zaniqa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience