BAB 2

Romance Completed 18201

"Boleh terjumpa pula kat sini." Kata Zhairul. Aduhai, mengelak pun tetap
terserempak juga. Haih, nak buat macam mana.

"Aku tak ada masa nak gaduh dengan kau. Aku lapar, aku nak makan. Nak
gaduh nanti dekat ' jelah ya." Kataku. Malas nak layan makhluk
asing macam ni. "Bukan nak gaduhlah." "Habis tu nak apa?" Tanyaku.
Pelik. Dia jarang baik macam ni. (Baiklah sangatkan ??) +

"Aku nak bagi rantai yang aku ambik dari kau dulu." Jawab Zhairul sambil
menyerahkan seutas rantai yang pernah diambil pada hari terakhir
sekolah. Dia betul-betul tunaikan janjinya.

Throwback: Tingkatan 5

"Tengok rantai ni." Kataku sambil menunjuk rantai itu kepada Niya yang
pernah satu kelas dengan aku. "Wah, cantiknya!" "Hehe, kan?" Aku terus
meletakkan rantai itu diatas meja sebelahku.

Tiba-tiba...

"Wah, cantiknya!" Ajuk Zhairul sambil menghayunkan rantaiku di depan
mata aku. "Hoi, bagilah balik!" Jeritku dengan muka masam. "Ish, mana
boleh...dilarang membawa assesori ke sekolah." Kata Zhairul.
"Alaaaa...bagilah balik! Please?" Aku merayu kepada Zhairul. "No, no, no."
"Weyh, please? Rantai kesayangan aku ni..." kataku. Ish, jahatlah
Zhairul ni! Mentang-mentang ketua pengawas. ??1

"Aku akan bagi kau dengan satu syarat." "Apa? Aku sedia mengikut." "Aku
akan rampas ni sampai kita berjumpa semula pada masa hadapan." Kata
Zhairul. "What?! Tak ingin aku berjumpa engkau." "Aku pun tak ingin.
Tapi, aku nak tengok juga keadaan kau nanti. Dah cantik ke, masih hodoh
ke? Dah ada boyfriend ke? Miskin ke?" Usik Zhairul. "Ish, ingat lawak
ke?" Kataku sambil memukulnya menggunakan buku latihan. "Hoi, sakitlah!"
Kata Zhairul dengan muka marah. "Sorr..." Tak sempatku menghabiskan
ayat, Zhairul sudah berkata. "Saja test...Hahaha!" "Aish! Saja je."
Aku hentak meja.+

Zhairul tergelak lalu pergi ke meja kawannya. Baru lepas jalan semeter,
dia memusing belakang. "Jangan lupa, rantai." Katanya sambil menhayunkan
rantai itu. Aku hanya tersenyum plastik dan melihatnya membawa rantaiku.
Nasib baik itu bukan rantai mahal. Niya yang berada di sebelahku
menenangkan aku yang sedang geram.

Kembali ke masa sekarang...

"Zaniqa?"

Tiada respon.

"Zaniqa?"

Tiada respon juga.

"Hoi, Zaniqa!"

"Opocot, makcik kau babun!" Alamak, melatahlah pula...ish, malunya!

"Hmm, aku blah dulu. Tak nak kacau kat sini. Gaduh kat U' tau?
Bye!" Kata Zhairul sambil melangkah pergi. Aku hanya memandang dia yang
berjalan menjauhi diriku.

"Hoi, dah dilamun cinta ke?" Usik Fara. "Ish! Mana ada..." kataku. "Dah
jomlah, air dah sampai dah. Pizza je belum. Eleeza dengan Ayda dah
tunggu tu." "Okay, okay. Jom." Kataku sambil melangkah masuk ke dalam.

Aku hanya termenung didalam bilik. Sekali lagi, aku keseorangan.
Roommate aku memang! Asyik tinggalkan aku seorang je. Aku asyik
terbayangkan tentang Zhairul. Aku rasa macam...entah. Tak tau nak cakap
macam mana. Musuh tu ada, rasa nak kawan pun ada. Hish, pelik betul.

Hoi, apa yang aku fikir ni? Aish, sudah sudah. Banyak lagi orang aku
boleh fikir.

Tok tok tok!

Bunyi pintu diketuk. Aku menyarungkan tudung dan menuju ke pintu lalu
membukanya.

"Weyh Zaniqa!" Suara Zhairul berkata. "Woi, macam mana kau tau bilik
aku?" Tanyaku. "Aku tanya kawan baik kau tulah..." jawabnya. Ish,
diorang ni! Main bagitahu je bilik aku. "Hah, kau nak apa?" Tanyaku
lagi. "Aku nak minta tolong kau ni. Boleh?" Kata Zhairul dengan senyuman
maut. Ish, handsome pula. Oi, aku cakap apa ni? No,no,no!

"Hoi! Boleh tak?" Lamunanku terhenti oleh suara Zhairul. "Hah, tolong
apa?" "Tolong jadi penasihat cinta aku."

"Whaaaat? Penasihat cinta
kau? Hmm..." kataku. Aku bukan pakar cinta. Apalah kerja gila si Zhairul
ni? "Ala, please...aku suka seseorang ni. Bolehlah..." pujuk Zhairul.
"Okey, okey..." "Yes! Thanks so much Zaniqa. See you later!" Kata
Zhairul lalu melangkah pergi. +

Keesokannya, aku bebas kerana kelas dibatalkan. Dah batal tu, Zhairul
pula ajak jumpa kejap. Masa untuk terapi cinta katanya. Macam-macam
betullah dia ni!+

"Weyh, siapa kau suka? Bagitahulah..." tanyaku. "Mana boleh bagitahu,
rahsia." Jawab Zhairul dengan senyuman sinis. "Ala...bagitahulah." aku
pujuk Zhairul. "Never and never. Aku akan bagitahu bila tiba masanya
nanti." +

Ish, secretive sangatlah Zhairul ni! "Zaniqa, cepatlah bagi
suggestions." Katanya. "Aku cadangkan engkau bagi hadiah." Kataku.
"Bagi apa?" "Kad ke, bunga ke." Aku ni pun bukan pakar cinta.+

"Okay. Terima kasih tolong aku. Aku cau dulu. Bye!" Kata Zhairul
lalu bangun dari kerusi dan beredar. "What? Dia panggil aku untuk tu
je?" Bisik hatiku.+

Aku rasa aku dah mula sukakan Zhairul. Malangnya, dia tak suka aku. Dia
nak suka kau? Harapan jelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience