BAB 8

Romance Completed 18197

Aku, Zhairul dan Fara berjalan masuk ke kedai mamak yang berada di
hadapan kami. Ramai juga orang pada malam ini.

Oh, patutlah. Rupanya, diorang tengok bola. Maklumlah, kedai mamak
selalu ada skrin besar. Kami terus memilih tempat dan mengambil pesanan.

Sementara menunggu makanan sampai, aku nak bersembang dengan
ZaFaElAyShaRin

ZaFaElAyShaRin Forever

Fara: Yo! Yo! Yo! Onlah weyh
Ayda: Aku on! Yippieee!
Zaniqa: Aku pun! Lulz
Fara: Takkan kita tiga je on?
Ayda: Haah...
Niya: Assalam...
Zaniqa: Wassalam...
Ayda: Wassalam...Niya!
Fara: Yey! Niya pun on!
Niya: Hehe

Eleeza's POV

Aku hanya terperap di dalam dorm. Hanya bersembang dengan
ZaFaElAyShaRin. Haih, bosan sungguh! Apa kata kalau aku ajak ElAyShaRin
keluar?

(Tak termasuk Za dan Fa sebab Zaniqa dan Fara tak der)

ZaFaElAyShaRin Forever??

Eleeza**: Gurrlsss, jom outing!
Niya: Nakk!
Ayda: Eh, on pulak. Nak joinnnn??
Zaniqa: Alaa kita ngan Fara tak ada, baru nak ajak keluar
Nurin: Alaaa jangan patah hati
Zaniqa: Yelahh

Sorry Zaniqa! Hmm, merajuk manjalah tu...

Tiba-tiba aku mendapat sebuah mesej dari...Zhairul.

Zhairul Firaz

Zhairul: Assalam Eleeza.

Me: Wassalam...hah, ko nak apa ex ketua pengawas...

Zhairul: Kuang ajar, sama macam bestfriend kau.

Me: Kitorang kan FrWin. Eh, kau jaga Zaniqa betul-betul tak?

Zhairul: Hmm, jaga. Hah, aku nak mintak tolong kau ni. Boleh?

Me: Apa kau nak? Tolong kau pikat hati Zaniqa?

Zhairul: TAKLAH! Aku suka seseorang nih, aku nak cakap macam mana kat
dia?

Me: Hmm, saya suka awak.

Zhairul: Okay.

Ish, Zhairul ni! Lepas mesej orang bukan nak cakap thanks. Susah
sangat ke? Kena bayar ke? Hmph, malaslah nak layan.

Back to Zaniqa's POV;

Sedeyh arhh! Orang dah ada kat sini, baru nak keluar-keluar! Haish, benci!

Takpe, sabar Zaniqa...sabar...

Akhirnya, makanan Zhairul dan Fara tiba. Makanan aku mana? Haish, lama
tau aku tunggu. MAMAK TAK GUNA!

Ceh, takdelarh marah macam tu. XD

Aku nak basuh tangan ah." Kata Zhairul lalu pergi ke tempat basuh
tangan. "Aku pun." Kata Fara lalu bangun.

Tiba-tiba terdetik hati aku nak tengok telefon Zhairul. Nak tengok ke
tak? Nak tengok ke tak?

Tengoklah!

Aku buka whatsapp dia tetiba keluar nama ni

Eleeza Maisarah

Hah, bila masa dia sembang dengan Eleeza? Aku pun bacalah apa diorang
sembang, tapi aku baca part bawah jer, aku tak nak dah baca benda lain.+

Eleeza: Hmm, aku suka kau.

Me: Okay.

Eleeza suka Zhairul? Dalam senyap? Bukan dia suka Hazwan ke? Apa ni?
Hati aku hanya tertanya seribu persoalan.

Airmata mula bergelimpangan. Eleeza tau aku suka Zhairul, tapi dia buat
aku macam ni?

Aku terus meletakkan telefon Zhairul di atas mejanya apabila melihat
Zhairul menuju ke sini. Aku mengesat airmata, tak nak dia perasan.

"Kau punya makanan tak sampai lagi ke?" Tanya Zhairul. "Hmm, takpelah.
Aku nak balik dulu. Pening. Nak tidur." Itu sahaja respon aku lalu
bangun dan meninggalkan kedai itu.+

"Zaniqa! Kau nak pergi mana?" Jerit Zhairul. "Nak balik! Pening!"
Jeritku. Semua orang memandang. Tapi, aku dah tak kisah. Hati aku lagi
sakit. Remuk.

Setibanya sampai di hotel, aku menangis sahaja. Esok, pandai-pandai
akulah cerita apa yang jadi semalam. Aku menangis, menangis dan
menangis. Bestfriend apa kalau sanggup buat macam ni? Ke aku salah
faham? Dan aku pun tertidur.

Zhairul's POV

Kenapa dia moody sangat? Tiba-tiba je marah kat aku. Aku buat apa?
Haish, pening tau aku.

"Weyh, mana Zaniqa? Beg pun tak ada." Tanya Fara. "Tak tau, tiba-tiba
dia jerit lepas tu blah." Kataku.

"Hah? Blah? Dia kat mana sekarang?" Tanya Fara. "Manalah aku tau..."
jawabku. "Dia jerit apa tadi?"

"Dia jerit pening, nak balik." Kataku. "Kau buat apa kat dia?" Tanya
Fara dengan jelingan maut. "Tak buat apa pun!" Kataku.

Salah aku ke orang lain? Apa aku buat? Dia marah aku ke? Jika betul
salah aku, maafkan aku Zaniqa. Aku suka kau.

Dan akhirnya Fara dan aku menghabiskan makanan dan pulang dengan seribu
satu persoalan di dada. Aku harap dia okey pada keesokkan hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience