BAB 1

Romance Completed 18201

Patutnya hari ini aku nak bangun lambat sikit sebab kelas /start /pukul
11 pagi. Tapi, terbangun awal pula. Tak boleh nak tidur balik. Sekarang
baru pukul 8 pagi. Lagi tiga jam sahaja. Fara, Eleeza, Ayda ada kelas
pula pagi ini. Nurin dengan Niza pula pergi kenduri. Aduhai, bosannya!
Baik aku keluar hirup udara segar pagi-pagi ini. Sebelum itu, kena tukar
baju dulu.+

Ah, seronok juga keluar pagi-pagi ni. Burung berkicauan, sungguh indah!
Tiba-tiba, masalah melanda.+

"Hoi, Zaniqa!" Jerit seorang lelaki. Siapakah itu? Aku terus menoleh ke
belakang. "Eh, siapa sangka. Zhairul Firaz rupanya. Ketua pengawas SMK
Seri Indah. Eh, silap. /Ex/- ketua pengawas". Jawabku sambil
memandangnya dengan senyuman sinis. "Ek eleh, dari dulu kau memang
kurang ajarkan." Jawabnya dengan jelingan tajam.+

Hah, inilah perangai sebenar Zhairul Firaz! Kejap jahat, kejap baik.
Ish, menyampah!+

"Amboi, kau pun sama je. Dah, aku /cau/ dulu. Bye." Aku terus melangkah
pergi. "Eleh, pengecut ah!" Jawab Zhairul. Haih, geram betul aku! Rasa
nak tumbuk saja muka dia sampai berdarah. Sabar, sabar...+

Untuk pengetahuan korang, Zhairul ni satu kelas dengan aku masa
tingkatan 4 dan 5. Dia tu ketua pengawas yang gila sikit. Rasanya tak
layak jadi ketua pengawas. Dia garang ada, sopan ada, jahat ada, baik
pun ada. Tak sangka boleh terjumpa kat universiti. Aduhai...+

Dengan longlainya aku berjalan menuju ke bilik kuliah 3. Sebaik saja aku
masuk ke dalam, aku ternampak kelibat Zhairul dahulu. Senyuman jahat
dilemparkan olehnya. Ish, sungguh jahat! Aku terus mencari tempat yang
kosong lalu melabuhkan punggung. Dalam banyak-banyak tempat yang aku
pilih, aku duduk di sebelah Zhairul. Bukan betul-betul di sebelah, di
barisan sebelahnya. Dia pun apa lagi? Main baling-baling kertaslah,
bisik-bisiklah. Haish, malas aku nak layan. +

Sedang Zhairul mengacau, Sir Azie hanya memerhatikannya. "/What are
doing throwing paper/?" "/Yes, sir. No...nothing." /Jawab Zhairul sambil
memusing ke hadapan dengan cepat. "/What is the answer to question/ 4?"
Tanya Sir Azie.
"Ummm, ummm..." Tiada jawapan yang mampu Zhairul berikan. Dia hanya
terdiam. Aku tergelak dengan agak perlahan. Namun, Sir Azie seorang yang
cekap. +

"Zaniqa? /Number/ 4?" Alamak, aku pula kena soal! Ini mesti sebab aku
gelak! Aduhai, macam mana ni? Aku juga hanya tertunduk dan diam. "Hah!
Lain kali tumpukan perhatian semasa guru mengajar. Biar saya terangkan
semula." Kata Sir Azie berbahasa melayu.+

"Ini semua salah kau!" Bisikku perlahan. "Eh, apa pula aku? Salah
kaulah." Jawab Zhairul dengan suara perlahan. Takut Sir Azie dengar
pula. Ish, tak nak, tak nak!+

Maka kelas berakhir pada pukul 12 tengah hari. Aku menjeling ke arah
Zhairul dan dia juga menjeling ke arahku. Kami berterusan begitu hingga
keluar dari bilik kuliah. Kami terus menuju ke arah tujuan masing-masing.+

Aku sekali lagi hanya keseorangan di bilik. Penat betul! Baru sahaja
hendak melelapkan mata, tiba-tiba telefon berbunyi.+

*'Mungkin saja, dia mencintaku dan mungkin saja, sekadar temanku...'*+

Aku mencapai telefonku lalu melihat siapa yang menelefon. Oh, Eleeza
rupanya. Panggilan itu terusku angkat.+

*"Hello?"

"Weyh, kau kata mana ni?"

"Katdorm. Tengah rehat."

"Weyh, jom keluar."

"Pergi mana?"

"Pergi Empire Shopping Gallery. Aku bosan ni."

"Okey, aku bersiap sekarang."

Masa ini jugalah nak ajak keluar. Dahlah penat. Tak apalah, ini lebih
baik daripada duduk bilik ni keseorangan.

Fara dan Ayda sahaja yang dapat menyertai kami. Niya tidak boleh ikut
kerana urusan keluarga. Nurin pula menemaninya. Mereka akan berada di
Melaka selama 4 hari.

Kata Eleeza, dia ingin ke sini untuk membeli komputer yang baru.
Alang-alang sudah ada di sini, aku ingin membeli beberapa barangan untuk
projek baharu. Fara dan Ayda pula hanya mengikut.

Kami singgah di kedai digital yang menjual pelbagai jenis komputer
dengan harga yang berpatutan. Lama juga kami berpusing mencari kedai
yang menjual komputer. Akhirnya, kami jumpa juga. Aku juga tidak
melepaskan peluang untuk membeli phone case yang cantik di disitu.+

Kami kemudiannya menyinggah ke kedai buku Popular. Sedang aku mencari
bahan projek, ternampak pula seorang lelaki yang macam aku kenal.3

Baru aku sedari, tu memang kenal sangat. Itu Zhairul! Aduhai, mengapa
aku selalu terjumpa dengannya? Aku terus melarikan diri dari terserempak
dengan dia. Jika terserempak, entah apa tragedi akan berlaku. Aku terus
meninggalkan kedai itu. Aku lebih rela membeli barang yang diperlukan
nanti daripada terserempak dengan 'makhluk asing itu'.

"Hoi, dah bayar ke? Tadi bukan nak beli barang banyak ke?" Tanya Eleeza.
"Tak jadi." Jawabku dengan nafas yang tercungap-cungap. "Why? Punya lama
kitorang tunggu, kau cancel macam tu je." Kata Ayda.

"Dalam tu ada, huh... ada Zhairul."

"Hah? Zhairul?!" Jerit Fara. "Ey, shushushuuhhhh!"
Kataku sambil meletakkan satu jari di tengah bibir tanda diam. "Hmm, aku
faham. Lagipun dia musuh kau masa sekolah menengah. Dah, jomlah makan.
Lapar ni." Kata Eleeza.
"Okay, jom!" Kataku.

Kami terus menuju ke arah restoran Pizza Hut untuk menjamu selera.
Baru nak masuk. Tiba-tiba, perkara tidak diingini berlaku.

"Hoi, Zaniqa!"
"Oh no, not you." Kataku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience