BAB 3

Romance Completed 18201

"Hoi Zaniqa!"

"Apocot mak kau meletup!" Ish, melatah lagi. " Kau ni Zhairul! Tetiba je
datang serang orang." Kataku. "Mana ada serang...panggil je. Itu pun nak
terkejut." Kata Zhairul dengan senyuman manis. Haih, disebabkan senyuman
tulah aku tak jadi marah.

"Hah, apa cerita?" "Hah, aku dah bagi coklat kat orang yang aku suka
tu." Kata Zhairul.

"Hello students." Tiba-tiba suara Sir Azie berkumandang. Seperti
biasa, kami akan belajar secara normal. Tapi kali ini, berbeza sedikit.+

"Now, I want to divide you by groups/." Kata Sir Azie. Bilik kuliah itu
terus bising dengan suara-suara pelajar yang tak puas hati. +

Aku hanya menunggu untuk dimasukkan ke kumpulan mana. Tak jangka pula...+

"Group 3, Fara Nadurah, Iman Zaniqa, Zhairul Firaz dan Harizul Hakim."+

Apa? Satu kumpulan dengan Zhairul?! Tak mungkin! Sekurang-kurangnya satu
kumpulan dengan Fara. Aku meneruskan pendengaran.

"Group 3 will be doing their task at Pulau Pinang."

Pulau Pinang? Kampung aku! Yey, dapat jumpa tokwan! Jap, nak bawa
diorang ke melawat tokwan nanti? Ish, malulah.+

Hari ke Pulau Pinang..._
"Okay semua. Barang dah lengkapkan?" Tanya Harizul. "Dah!" Jawab kami
serentak.

Selepas 2 jam perjalanan, kami berhenti di RnR untuk 'menguruskan hal'
atau berhenti makan. Aku dan Zhairul yang ditugaskan untuk membeli
makanan. Aduhai... dalam ramai-ramai orang, kenapa mesti dengan dia?+

"Zaniqa, kau nak makan apa?" Tanya Zhairul. "Aku makan nasi ayam jelah."
Jawabku. Zhairul terus mencari restoran untuk membeli makanan yang
dipesan manakala aku membeli minuman.+

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Kami tiba di
hotel pukul 3 petang. "Hotel Hard Rock Cafe!" Bisik hatiku.

"Hah, jomlah check in dulu." Kata Zhairul. Aku, Zhairul dan Fara
memasuki hotel itu dulu manakala Harizul mencari parking.

Zhairul menuju ke kaunter check in manakala aku dan Fara duduk di
ruangan yang disediakan sambil menjaga beg. +

"Besar gila hotel ni!" Kata Fara dengan teruja. "Haah, hotel ni dah
makin cantik." Kataku. "Eh, kau pernah datang sini ke?" Tanya Fara.
"Mestilah pernah, ni kan kampung aku." Jawabku. "Yelah, yelah..." kata
Fara dengan jelingan.+

Tiba- tiba, satu suara telah memberhentikan perbualan kami.+

"Hah, ni pun korang. Aku dah check in dah." Kata Zhairul. "Okay,
jom!" Kata Harizul. "Ish, tiba-tiba je muncul. Dah, jomlah pergi
bilik!" Kata Fara lalu mengoret langkah ke lif. "Hoi, beg kau siapa nak
angkat?" Kataku. Fara terus mematah balik dan mengambil begnya. Kami
semua tergelak.

Aku dan Fara menikmati coklat yang aku bawa dari universiti. Nurin kata
ada orang suruh bagi kat aku. Entah siapalah. Tak kisah pun sebab what
I care is the chocolate. Just chocolate. Ceh, berbahasa mat salleh lah
pula! +

"Weyh, kau suka siapa?" Tanya Fara. Ish, takkan aku nak jawab Zhairul?
Aku minat sikit je kat dia.

"Mmm, aku tak suka sesiapalah." Jawabku. "Yeke?" Tanya Fara dengan
senyuman sinis ingin kepastian. "Ye, betul. Hah, kau tu pula suka
siapa?" Tanyaku. "Ish, kan aku suka Afiq..." katanya. "Eh, bukan crush
kau ke yang ada kat sini..." kataku dengan senyuman sinis. "Ish, kau ni!
Saja je tau..." kata Fara. Kami ketawa sakan pada malam itu.

Kami menuju ke pantai yang ada di depan Hard Rock Cafe Hotel. Wah,
cantik! Lautnya biru, mesti cantik kalau matahari terbenam! Kami pun
bersiar- siar di tepi pantai.+

Selesai bersiar-siar, berehat di atas sebuah bangku kayu sambil
menikmati aiskrim yang Fara beli tadi. Haish, mana Fara ni? Lama sangat
beli makanan. Harizul pula sakit perut! Kesian...Tiba-tiba, muncul pula
mamat ni...dahlah duduk lebih kurang 30cm daripada aku!

"Hoi, Zaniqa. Sunyi nampak..." kata Zhairul dengan senyuman. Haih,
tengok senyuman tu pun dah boleh cair...

Eh, apa kau fikir ni Zaniqa? Mentang-mentang dia berlagak baik??+

"Hmm, sunyilah..." Kataku sambil mengunyah aiskrim. "Ish, tak baik cakap
masa makan." Kata Zhairul. Aku hanya menjeling kearahnya. Aku terus
manyambung makan aiskrimku.

"Hmm, marahlah tu..." kata Zhairul sambil mengalihkan pandangan ke
pantai. "Eh, tak marah...cuma geram." Kataku dengan senyuman plastik.
"Kau apa hal *doe*? Saja je kan!" Kata Zhairul.

Terkejut aku apabila Zhairul kata macam tu. Rupa-rupanya...

"Ceh...saja test... tak marah pun." Kata Zhairul, tersenyum. Aku pun
apalagi? Ambil selipar, buatlah konon-konon nak pukul. Takut Zhairul...

"Eh...jangan jangan!" Kata Zhairul sambil membuat tanda 'X' menggunakan
tangannya. "Hahaha! Tau pun takut..." kataku sambil tergelak-gelak.
Zhairul pun buatlah muka jeling dia tu. Akhir sekali, dia pun tergelak.
Fara pun datang menyampuk...

"Wah, mesranya...macam couple je aku tengok." Kata Fara dengan
senyuman sinis. "Hoi! Mana ada!" Kata aku dan Zhairul serentak. Aku pun
mulakan serangan! Ala, pukul Fara biasa-biasa je...

"Okay, okay...sorrylah..." Kata Fara dengan muka masam. Kami bertiga
pun berjalan pulang ke bilik masing-masing...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience