BAB 1

Fantasy Completed 321

Satu-satunya jalan untuk menewaskan pemberontakan pasukan Theta
Centauri adalah mencari Pedang Lagenda Eta Tauris. Eta Tauris hanya akan
muncul bila di seru oleh waris sebenar kerajaan Gamma Pegasi.

"Maiii!!!" Alya terjaga dari tidurnya. Dia pandang sekeliling. Memang
sah itu bilik dia. Tapi kenapa dia bermimpi pelik. Apa kena mengena dia
dengan Theta Centauri.

"Kenapa kau diki... mimpi momok." Adara menjenguk di muka pintu. Lelap
di tengah hari buta boleh pula bermimpi.

"Ne mai..." jawab Alya sambil memeluk bantal gulingnya. Dia bukan mimpi
momok. Dia mimpi apa yang dia sendiri tak faham. Kalau momok dia boleh
menjerit.

"Mimpi Ngirozi mai... jelita amat." Alya tersengih-sengih.

"Ngirozi... kau mau jadi secantik ngirozi diki?" tanya Adara lagi. Anak
gadis mana tak mahu cantik. Alya senyum malu-malu di sebalik bantal
gulingnya.

"Diki... jangan lupa kita siapa. Mana mungkin bisa jadi ngirozi.
Sudahlah... pergi hantar makanan kepada baba." Adara menyedarkan anaknya
akan keturunan mereka. Mereka dilahirkan dalam keturunan hamba. Mana
mungkin naik taraf jadi ngirozi.

Dalam kerajaan Mu Botis mereka berada di hieraki paling bawah. Hamba
suruhan. Heraki teratas keturunan di raja yang bersusur galur dari
ngirozi dan elves. Hamba suruhan akan kekal jadi hamba suruhan hingga ke
akhir hayat. Mereka di larang bergaul dengan orang atas biasa. Dengan
keturunan di raja memandang wajah sahaja boleh di hukum bunuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience