BAB 3

Fantasy Completed 321

"Baba... makan dulu. Ini bawakkan makanan. Mai masak istimewa buat baba
hari ini. Nasi ubi kegemaran baba..." Alya menyerahkan bakul berisi
makanan kepada Mirzan.

"Diki baba sudah besar... cantik kalah ngirozi." Mirzan menyentuh lembut
ubun-ubun kepala Alya. Alya tunduk malu bila babanya memuji berlebih-lebih.

"Baba... hamba mana mungkin standing ngirozi."

"Diki baba lebih cantik dari ngirozi..." puji Mirzan lagi.

"Baba... malu ah ini. Baba makan dulu, ini mau lihat kuda." Alya
malu-malu. Kulitnya gelap dan kusam. Mana mungkin sama dengan ngirozi.
Kalau di banding dengan sekalian anak hamba mungkin dia paling jelita.

Mirzan membawa bakul ke belakang kandang kuda. Di biarkan Alya di
kandang kuda sendirian. Bukan Alya tak biasa berada di kandang kuda
diraja. Tiba saatnya nanti Alya akan mewarisi pekerjaannya jika tidak
bertemu jodoh dengan sesiapa. Dia berharap ada cincin untuk anaknya nanti.

Dari atas pokok seseorang memerhatikan Alya dengan penuh minat. Dia
duduk di salah satu dahan pokok buah ceri. Sambil mencari buah ceri yang
berwarna merah dia mendengar perbualan antara Mirza dan Alya. Mulanya
dia ketawa mendengar hamba di samakan dengan ngirozi. Tapi bila dia
lihat sendiri dengan indera keenamnya Alya punya aura putih keemasan
yang hanya dimiliki keturunan Ngirozi.

Putera Izar segera menyamarkan dirinya menjadi orang biasa dengan kuasa
saktinya. Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui siapa sebenarnya Alya.
Dia melompat dari dahan tempat dia duduk tepat di hadapan Alya yang
sedang menyapu. Alya terkejut. dia mengurut dadanya melihat seorang
lelaki tiba-tiba muncul di hadapnnya.

"Ti siapa?" tanya Alya.

"Ini Izar ..." Jawab Putera Izar tanpa memberitahu siapa dirinya yang
sebenar.

"Hamba apa pegawai. Ini Alya..." tanya Alya lagi sambil memperkenalkan
dirinya. Kalau hamba mereka setaraf. Menjadi kesalahan besar dia menegur
seorang pegawai.

"Orang suruhan..."jawab Putera Izar. Orang suruhan tinggi sedikit taraf
dari hamba. Orang suruhan tak terikat dengan sesiapa. Hamba milik
seseorang. Seperti Alya dan keluarganya menjadi milik keluarga di raja.

"Oh... Ti buat apa di sini. Ini tak pernah lihat ti di sini."

"Ini datang sekali sekala... membersihkan telaga hajat jika di minta
tuan putera."

"Telaga hajat... boleh ini tengok. Ini mahu lihat sendiri saktinya
telaga hajat." Mata Alya bersinar-sinar mendengar telaga hajat. Kata
orang telaga hajat sangat sakti dan mampu memnuhi hajat sesiapa yang
berhati suci.

"Boleh... mari." Putera Izar dengan senang hati bersetuju untuk membawa
Alya melihat telaga hajat. Apa salahnya sekadar melihat. Memang hamba
atau orang suruhan tidak di benarkan menghampiri telaga hajat.

"Ini minta pamit dari baba dulu." Alya senyum gembira lalu menghilang.
Putera Izar telah melanggar adat dan protocol di raja. Entah kenapa dia
tanpa ragu-ragu memenuhi permintaan Alya. Jika baba atau pegawai tahu
Alya boleh di hukum bunuh.

"Mari..." Alya muncul dengan senyum lebar.

Putera Izar berjalan di sebelah Alya. Mulutnya membacakan jampi penyamar
untuk dia dan Alya. Dia tak rela kalau Alya dihukum bunuh nanti. Mereka
berjalan berdua sambil berbual-bual. Alya tak tahu yang dia bakal
menerima hukuman bunuh jika tahu identitI sebenar teman berbualnya.
Putera Izar mendengar celoteh Alya sambil sekali-sekala tergelak kecil.

"Ini telaga hajat yang termashur..." Putera Izar menunjukkan sebuah
telaga kecil yang dikelilingi dengan bunga mawar. Telaga itu terletak di
taman di raja.

"Wahh..." Alya sangat kagum melihat persekitaran taman yang cantik. Dia
terus menghampiri telaga hajat. Mahu melihat secara dekat telaga hajat
yang menjadi sebutan ramai orang.

"Apa betul telaga hajat ini sakti dan boleh menunaikan apa saja
permintaan..." Alya melihat ke dalam perigi. Tiada apa yang luar biasa.
Kelihatan gelap saja.

"Ti mahu emas untuk kaya."

"Segunung emas takkan mengubah hamba menjadi tuan. Hamba tetap hamba.
Kulit hamba tak akan berubah putih seperti tuan."

Putera Izar kagum dengan jawapan Alya. Hamba boleh meminta emas dari
perigi hajat tiada halangan. Boleh saja hamba bebaskan diri dan
berpindah ke lain negara dan menjadi tuan di negara lain.

"Ini mau minta apa..." Putera Izar mendekati Alya yang sedang berdiri di
tepi telaga.

"Telaga hajat yang sakti... ini mau pulang ke tempat asal ini. Itu
sahaja..." Alya menyuarakan permintaannya. Putera Izar tersenyum kagum.
Banyak perkara lain yang Alya boleh minta tapi perkara mudah ini yang
dia mahu. Gadis yang polos.

"Sekarang isu tunggu saja telaga hajat akan penuhi permintaan ti..."
Putera Izar senyum sambil menantikan cahaya hijau. Dia pun biasa membuat
permintaan serupa di perigi hajat. Namun senyuman Putera Izar mati
sebaik terlihat cahaya keemasan diiringi asap putih muncul dari perut
telaga. Dia tak pernah melihat cahaya keemasan keluar dari telaga hajat.
Risau akan apa bakal terjadi Putera Izar memeluk Alya. Mereka berdua
hilang di telan cahaya dan asap tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience