BAB 6

Fantasy Completed 321

"Ini di mana?" Alya buka mata perlahan-lahan. Dia lihat wajah Putera
Izar sedang tersenyum manis. Putera Izar berbaring mengiring di
sebelahnya. Dia rasa jari manisnya dengan jari telunjuk. Baru dia ingat
di tengah medan pertempuran tadi Putera Izan menyarungkan cincin
pengikat suami isteri. Secara rasminya mereka sudah terikat dalam sebuah
keluarga.

"Isu sudah terikat kahwin?" tanya Alya. Putera Izar mengangguk. Tanpa
segan silu Putera Izar mencium pipi Alya.

"Ini bakal di bunuh..." Alya menutup mukanya dengan kedua tapak
tangannya. Putera Izar tergelak melihat gelagat Alya.

"Mana mungkin bakal permaisuri Mu Botis di hukum bunuh. Putera Izar akan
lindungi sang permaisuri dengan jampi pelindung."ujar Putera Izar. Alya
mungkin tak sedar perubahan dirinya.

"Eh kulit ini sudah putih..." Alya melihat tangannya yang menjadi putih
dan halus. Alya bangun serta merta. Dia melihat dirinya sudah berubah
mendadak. Dia bukan lagi Alya seorang hamba, dia sekarang Ngirozi. Alya
bangun untuk mencari cermin. Dia melihat meja solek di sudut kiri bilik.
Alya melihat penampilan barunya di cermin.

"Ti siapa sebenarnya... kenapa ti boleh seru pedang lagenda Eta Tauris.
Eta Tauris hanya muncul bila di seru waris sebenar." Tanya Putera Izar.
Puas dia bertanya pada Tuanku Nihel. Tiada siapa yang tahu siapa Alya
sebenarnya. Perigi Hajat membawa mereka ke sini. Ke tengah-tengah medan
pertempuran.

Kemunculan Pedang Lagenda Eta Tauris menghentikan serta merta
pemberontakan. Pewaris mutlak kerajaan Gamma Pegasi telah muncul.
Sia-sia sahaja pemberontakan mereka.

"Mimpi ini hari-hari pasal waris sebenar, pasal Eta Tauris. Ini tak tau
siapa waris sebenar. Apa kaitan ini dengan Gamma Pegasi." Alya masih
sibuk membelek penampilannya. Bagaimana mungkin anak hamba bertukar
menjadi ngirozi. Sesuatu yang amat mustahil. Alya membelek tiara yang
terletak di atas meja solek. Tiara yang di hiasi sebiji batu zamrud yang
cantik. Tiara ini seringkali muncul dalam mimpinya.

Pintu di kuak perlahan. Adara dan Mirzan muncul bersama Tuanku Nihel.
Putera Izar segera mendapatkan Alya. Dia berdiri di sebelah isterinya.
Selesai pertempuran tadi Alya di bawa berehat di bilik tamu. Tuanku
Nihel segera mengenali Putera Pewaris Mu Botis. Putera Izar menceritakan
semua yang berlaku kepada mereka. Tuanku Nihel tak mengenali Alya. Alya
seakan mengenali pasangan suami isteri yang baru muncul itu.

"Hormat Puteri Theta Serpentis... Hormat Putera Izar." Adara dan Mirzan
tunduk hormat.

"Mai... baba..." Alya segera mengenali suara kedua orang tuanya. Dia
segera memeluk Adara dan Mirzan. Dia gembira dengan kehadiran Adara dan
Mirzan. Adara memeluk Alya. Anak hamba yang di peliharanya bertukar
menjadi puteri yang cantik. Bila Alya bercerita tentang mimpinya mereka
tahu saat untuk Alya kembali ke pangkuan keluarganya telah tiba.

"Diki... ti bukan Alya... Ti adalah Puteri Theta Serpentis waris
Permaisuri Theta Eridani, Permasuri kerajaan Gamma Pegasi. Saat mahu
melahirkan ti, permaisuri sedang dalam rombongan meninjau sempadan.
Pemberontak hadir dan mahu menghapuskan semua. Permasuri sempat
melahirkan ti dalam ribut dan kekacauan. Pabila ti lahir... isu bertiga
di samarkan menjadi hamba kerana permaisuri tahu tiada siapa akan
selamat dari pemberontak. Permaisuri tak mampu menghantar isu ke kota
tapi di hantar ke Mo Botis. Perkampungan di sempadan hangus terbakar.
Tiada siapa yang terselamat." Adara membuka cerita sebenar. Dia adalah
pegawai pengiring atau dayang kepada permaisuri manakala Mirzan adalah
pegawai pelindung permaisuri. Mereka berdua hidup terikat suami isteri
dan membesarkan Alya sebagai anak mereka.

"Mai... Baba..." Alya sukar untuk menerima hakikat yang sebenar. Putera
Izar mendengar dengan teliti satu persatu patah kata Adara. Ini bermakna
Alya berdarah Ngirozi sebagai mana sangkanya.

"Ichi baba diki yang kandung... ti bukan diki baba." Mirzan berat hati
melepaskan Alya kembali ke asalnya. Alya menaglirkan air mata
perlahan-lahan. Dia tak mahu ada jurang pemisah antara dia dan kedua
orang yang mengasuhnya sejak kecil.

"Baba Tuanku Nihel..." Alya tunduk hormat ke arah Tuanku Nihel. Terasa
pelik pula memanggil orang lain sebagai baba.

"Diki... Puteri Theta Serpantis. Adara dan Mirza akan di beri anugerah
tertinggi. Mereka berdua akan tinggal di istana kecil. Diki boleh
berjumpa mereka bila-bila masa diki mahu... baba tak mungkin pisahkan
diki dengan orang yang menjaga diki sejak dari kecil." Tuanku Nihel
sendiri terasa pelik kerana tiba-tiba zuriat yang disangka mati bersama
permaisurinya muncul. Perlahan-lahan dia akan bina hubungan dengan
puterinya.

"Diki dan suami berehat dulu. Baba mau uruskan pemberontak. Baba sudah
utuskan surat buat Tuanku Rigel. Baba berbesar hati bersaudara dengan
Tuanku Rigel. Sambutan besar-besaran akan dibuat dua kerajaan atas
penyatuan diki dan suami." Tuanku Nihel senyum gembira. Dua masalah
besar kerajaannya selesai serentak. Pemberontakan dapat dipatahkan dan
kedudukan negerinya tambah kukuh dengan tali persaudaraan yang sedia
terbina.

Adara dan Mirzan tunduk hormat ke arah Alya dan Putera Izar. Mereka
berdua mengiringi Tunku Nihel keluar dari bilik. Tinggal Alya berdua
dengan Putera Izar. Alya mendekati tingkap bilik. Dari tingkap bilik dia
melihat kawasan istana. Dia tak pernah mengimpikan kehidupan sebagai
seorang puteri apatah lagi bakal pewaris kerajaan Gamma Pegasi. Dan yang
lebih berat dia menjadi bakal permaisuri kerajaan Mu Botis. Hidupnya
berubah dalam masa satu hari.

'Alya permaisuriku mendekat ke mari..." Putera Izar menyeru dalam hati
sambil cincin di jari manisnya di pusing.

Secara tiba-tiba tubuh Alya terangkat sedikit dan bergerak ke arah katil
dengan sendirinya. Putera Izar sedang duduk di birai katil dengan
senyuman nakal. Alya pasti Putera Izar telah menyerunya tadi. Kuasa
cincin pengikat boleh membawa seorang isteri kepada suaminya jika di
seru. Tugasnya sebagai bakal bermaisuri bermula secara rasminya.
Senyuman nakal Putera Izar membuatkan dia takut.

mai-ibu
baba- bapa
diki- anak
ne- tak
ngirozi-bidadari
ini-saya
ti- kau
isu- kita
ichi- ini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience