BAB 2

Fantasy Completed 321

"Diki... kau keturunan di raja dan pewaris kerajaan Mu Botis... sudah
sampai masanya mencari isteri sekaligus permaisuri kerajaan Mu Botis.
Tapi kau seakan tak berminat diki. Sebut saja siapa baba akan lamar dia
secara besar-besaran..."

Putera Izar senyap. Dia belum bersedia mencari pendamping sebagaimana
dia belum bersedia memikul tanggungjawab menaiki takhta. Dengan keadaan
kacau bilau negara jiran dia lebih risaukan keselamatan rakyat di
sempadan. Kalaulah baba izinkan dia pergi berkawal di sempadan dia akan
lebih suka.

"Baba... hatiku belum diikat sesiapa. Biarlah dulu..." Putera Izar
menjawab separuh bersungguh. Tuanku Rigel angguk. Dia tak mahu memaksa
Putera Izar. Biarlah Putera Izar mencari jodohnya sendiri. Siapa pun dia
akan terima hatta hamba sekalipun. Bahagia memerlukan penyatuan dua hati
bukan kedudukan dan hieraki.

"Ini minta pamit baba..." Putera Izar tunduk hormat.

"Diki... siapa saja pilihanmu baba terima. Sudah tiba masanya kita hidup
bebas tanpa sempadan..." Tuanku Rigel meletakkan dua bentuk cincin di
telapak tangan Putera Izan. Cincin yang bakal menyatukan Putera Izar
dengan siapa pun pilihannya. Putera Izar tersenyum. Dia memeluk bapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience