BAB 4

Fantasy Completed 321

"Tunduk!"

Alya dan Putera Izar tunduk. Sebatang anak panah terbang tepat-tepat di
atas kepala mereka. Putera Izar memeluk Alya kejap. Mata Alya tak
berkelip melihat lelaki yang memeluknya. Izar yang tadi berpakaian biasa
tapi Izar di depannya memakai mahkota kerajaan Mu Botis. Baru dia ingat
Izar yang semua penduduk Mo Botis kenal adalah Putera Izar.

"Ini bakal mati..." Alya hampir meraung. Dia bukan sahaja bercakap
dengan putera kerajann Mu Botis malah bersentuhan. Hukuman mati menanti dia.

"Alya... diam!" Putera Izar bersuara keras. Dia sedar penyamaran dia
terbongkar. Dia tak perdulikan itu semua. Apa yang merisaukan dia adalah
tempat mereka berpijak. Perigi hajat bukan menghantar mereka ke rumah Alya.

Putera Izar memandang sekeliling. Mereka sekarang berada di
tengah-tengah medan pertempuran. Dia membaca jampi perisai untuk
melindungi dirinya dan Alya. Namun perisai pelindung yang muncul gagal
melindungi Alya sepenuhnya. Anak panah dan tombak ibarat hujan yang
menimpa perisai mereka. Tampa jampi perisai pasti mereka akan terbunuh.

"Isu di mana?" tanya Alya risau. Dia takut melihat suasana di
sekelilingnya. Bunyi pedang berlaga begitu nyaring di telinganya. Mayat
berelimpangan di mana mata memandang. Belum lagi ratusan manusia
bertempur sesama mereka. Bau hanyir darah meloyakan tekak Alya. Dia
minta untuk pulang ke rumah. Tapi dia tak tahu di mana mereka sekarang.

"Isu di tengah kota Gamma Pegasi... peperangan antara Tuanku Nihel
pemegang tampuk Gamma Pegasi dengan adik tirinya Putera Perkhad ketua
pemberontak Theta Centauri." Jawab Putera Izar. Putera Izar sendiri tak
pasti kenapa mereka di sini. Putera Izar memeluk Alya rapat. Jampi
perisai makin menipis di sekeliling Alya. Bila-bila masa anak panah
boleh menembusi tubuh Alya. Dia perlu membawa Alya keluar dari medan
pertempuran.

"Aah..." Alya menjerit. Sebilah anak panah terbang menghiris sedikit
legannya. Putera Izar tahu jampi pelindung sudah tak berfungsi lagi.
Hanya ada satu cara untuk melindungi Alya. Putera Izar meyeluk poket
seluarnya. Dia mengambil cincin pemberian babanya.

"Alya...Yas Sirum Yem K'yez.(saya cinta awak)" Putera Izan menyarungkan
cincin di jari manis Alya. Alya terkejut. Di saat genting begini dia
dilamar menjadi isteri seorang putera. Putera Izan menyerahkan sebentuk
cincin lagi kepada Alya untuk disarungkan ke jari manisnya. Alya ragu-ragu.

"Cepat Alya... jampi pelindung sudah hilang. ini saja jalan yang ada
untuk jampi pelindung melindungi ti..." Desak Putera Izar. Kalau Alya
jadi isterinya jampi pelindung boleh melindungi Alya.

"Yas Sirum Yem K'yez..." Alya meyarungkan cincin di jari manis Putera
Izar. Serentak itu cahaya putih membentuk perisai melindungi mereka
berdua. Anak panah yang berterbangan melencong jauh dari kepala mereka.
Ini salah satu ilmu kepandaian keturunan Mu Botis. Putera Izar menarik
Alya untuk mencari tempat berlindung.

'Theta Serpentis... serulah Pedang Lagenda Eta Tauris untuk keamanan.'

Satu lintasan muncul secara tiba-tiba di benak Alya. Kepalanya tiba-tiba
pusing. Dia tak pasti kenapa lintasan itu muncul. Satu cahaya keemasan
muncul dari tubuh Alya memisahkan dia dengan Putera Izar. Putera Izar
tercampak jauh dan Alya seakan di tarik satu kuasa untuk menghampiri
Tuanku Nihel. Putera Izar menyeru kuasa cincin di jari Alya untuk
menarik kembali isterinya tapi gagal. Nampaknya ada kuasa lain lebih
hebat yang mengawal Alya.

'Alya permaisuriku... kembalilah.' Seru Putera Izar dalam hati. Kuasa
cincin pengikat mereka langsung tak berkesan. Putera Izan hanya mampu
melihat tubuh Alya di tarik kuasa lain. Putera Izar mengeluarkan
pedangnya Beta Aurigei. Dia harus mengejar Alya. Putera Izar mengejar
Alya sambil pedangnya menahan tujahan pedang-pedang yang lain.

'Serulah Pedang Lagenda Eta Tauris untuk keamanan' Alya seakan di kawal
satu kuasa lain. Dia seakan hilang kesedaran diri.

"I enu pace... da sicuririza passiunanti. Eta Tauris argetzen! (Aku mahu
keamanan aku seru keamanan. Eta Tauris muncullah)" Jerit Alya sekuat
hati. serentak itu cahaya mucul dari tanah dan sebilah pedang keluar
perlahan-lahan. Alya mencabut pedang yang keluar dari tanah dan
mengangkat tinggi-tinggi. Dia diangkat ke awangan oleh cahaya keemasan
tadi. Perlahan-lahan dia berubah dari seorang hamba yang berkulit gelap
kepada Ngirozi yang cantik jelita. Pakaiannya juga turut berubah.
Pakaian diperbuat sutera memabaluti tubuhnya. Tiara kebesaran kerajaan
Gamma Pegasi terletak indah di kepalanya.

Tuaku Nihel dan Putera Perkhad terkaku. Sangka mereka pedang Lagenda Eta
Tauris tak akan muncul. Pewaris seterusnya tak akan muncul. Seorang
perempuan hamba tiba-tiba menyeru Pedang Lagenda Eta Tuaris. Bila pedang
itu muncul semua yang ada harus tunduk hormat. Peperangan yang rancak
tadi tiba-tiba senyap. Senjata yang ada lenyap secara tiba-tiba. Semua
perajurit sujud ke arah Pedang Lagenda Eta Tauris.

Putera Izhar terkejut menyaksikan semua perubahan Alya. Ini bermakna
Alya bukan hamba. Aura putih keemasan yang dia lihat melalui deria
keenamnya adalah aura pewaris takhta kerajaan Gamma Pegasi. Tuanku Nihel
tidak mempunyai pewaris sebab itu Putera Perkhad melancarkan
pemberontakan untuk merampas takhta.

Cahaya putih tadi beransur hilang. Alya menjadi lemah. Tubuhnya
dibaringkan secara perlahan-lahan di hadapan Putera Izar. Putera Izar
segera mendapatkan Alya. Dia masih bingung kenapa Alya boleh berubah
menjadi Ngirozi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience