Petang itu kami berkumpul lalu berbincang untuk aktiviti malam. Ada yang beri cadangan agar kami main lagi acilut atas pokok ciku namun di tolak mentah-mentah oleh kami.
“ Kita main acilut sekampung. Kita bahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan yang lari dan kumpulan yang mengejar “. Aku memberi cadangan dan di persetujui lalu kami membuat undian memilih kumpulan. Kumpulan kami melarikan diri dan akan di kejar oleh kumpulan yang lain.Masing-masing membawa diri untuk tidak di tangkap kumpulan lain dan di kurung.
Tiba-tiba terdengar seorang rakan aku meminta tolong. Tercungap-cungap dia melarikan diri. Kami berkumpul di halaman rumah.
Share this novel