“ Aku lari menyorok di dalam rimbun pokok hutan sebelah telaga yang ada pokok rambutan gading. Tengah aku duduk, tiba2 aku terdengar bunyi air berkocak dari dalam telaga. Aku nampak sorang wanita timbul dari dalam air. Tu yang aku cabut lari dan menjerit minta tolong “. Cerita seorang kawan. Namun masing-masing kami berdebat sebab apa yang kami tahu iaitu pada bulan Ramadhan mana ada hantu.
Untuk pengetahun pembaca semua. Pokok rambutan gading amat rendang menutupi perigi. Air perigi pula nampak kebiruan dan bersih. Airnya begitu dingin bila menyentuh tubuh badan. Tapi ia begitu suram sebab tidak ada yang menggunakannya. Masing-masing di rumah telah di bekalkan air paip. Bila datang musim buah, pokok itu akan di penuhi dengan buah yang berwarna kuning. Perigi itulah adikku jatuh, lemas lalu meninggal dunia. Berbalik pada kisah tadi, kami berbincang kembali
Share this novel