“ Apa kata esok kita menyorok di dalam belukar dan kita saksikan sendiri “. Aku berkata kepada rakan-rakanku .
“ Aku setuju dan aku tak bercakap bohong. Aku nampak sendiri “. Kata rakan yang bertemu tadi .
“ Ingat…Siapa pun jangan bawa lampu suluh “. Pesanku .
Keesokkan harinya selepas berbuka puasa dan solat maghrib, kami berkumpul di halaman rumah. Cukup korum kami bergerak memasukki belukar dan mengadap perigi. Diam kami tanpa berbicara. Keadaan malam begitu terang dengan cahaya bulan. Kami nampak dengan jelas persekitaran perigi. Tiba-tiba rakanku mencuit. Kami melihat air berkocak dan menggelegak di dalam perigi. Timbul satu lembaga berbaju merah dari perigi tersebut. Tangan dia bergerak-gerak semacam menari. Kepalanya mendongak ke atas melihat bulan yang begitu terang. Dia terapung-apung di atas air. Terpegun kami semua melihat kecantikkan wanita tersebut. Dia begitu dekat dengan kami. Siapa pun tidak berani bersuara.
Share this novel