Selesai masalah suara dan lembaga atas jalanraya maka secara automatiknya selesai masalah mat rempit. Masing-masing sudah tidak berminat lagi merempit di selekuh tajam. Ada yang mencari tempat baru dan ada yang berhenti terus. Itulah kesan suara tangisan dan sekujur tubuh lembaga. Setelah sebulan perkara ini berlaku, umat islam telah masuk bulan Ramadhan. Bulan yang membuat kami anak remaja gembira sebab apa yang kami percaya bulan ini tiada hantu berkeliaran. Maka kami semua bersepakat….
“ Malam ni kita main acilut di atas pokok ciku. Siapa yang jatuh dia yang kena ligan kita. Siapa yang kena cuit dia pula akan cuit orang lain “. Kata sepakat telah di capai. Masing-masing sudah tidak takut dengan keseraman pokok ciku.
Selepas maghrib kami semua berkumpul di halaman rumah lalu membuat undian. Akhirnya aku yang harus mengejar rakan-rakan yang lain. Aku di minta berada di bawah manakala rakan-rakan yang lain sudah berada di atasa pokok ciku.
Share this novel