BAB 12

Horror & Thriller Completed 1473

Setelah terapung di atas air selama beberapa minit, akhirnya wanita tersebut perlahan-lahan masuk kembali di dalam perigi. Bila tidak nampak lagi kelibat wanita tersebut, kami keluar dari kawasan belukar. Barulah kami bersuara..

“ Woi…tu puteri bunian la..”. Kata rakanku
“ Aku kata bukan. Kalau puteri Bunian dia di dalam hutan. Ni di dalam kampung “. Kata rakanku pula .

“ Iblis kut “. Kata rakan yang lain
“ Iblis dan syaitan kan kena rantai bulan puasa “.

Kata rakanku .

“ Apa kata kita letak nama dia Puteri Rambutan Gading “. Masing-masing ketawa dan setuju dengan nama yang baru di beri. Walaupun lucu tapi ada kebenarannya sebab perigi itu berada di bawah pokok rambutan gading. Keesokkan harinya kami berkumpul lagi di dalam belukar menanti puteri rambutan gading namun ia tidak pernah muncul lagi. Selepas 2 bulan peristiwa itu adik lelakiku di dapati lemas setelah terjatuh di dalam perigi itu dan aku sendiri yang jumpa tubuhnya tersangkut di akar pokok rambutan di dalam perigi. Akhirnya perigi tersebut di tutup oleh penduduk kampung. Walaupun perigi itu telah tiada namun memori melihat wajah puteri rambutan gading dan sekujur tubuh adikku di dalam perigi tidak mungkin aku dapat melupakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience