BAB 5

Family Completed 315

Setelah jam 6 petang mereka pun pulang. Dalam perjalanan pulang
Joe bertanya kepada Saly, “Saly kamu balik ke negara kamu semula bila?”.
“Bulan depan”balas Saly pendek.. “ Apakata minggu depan
kita pergi ke Genting Highland pula?”kata Joe. Okey!! Jerit Krista yang
gembira mendengar bahawa abangnya hendak membawa mereka ke Genting
Highland Minggu
Depan..

Setelah sampai di rumah kelihatan ayahnya sedang berborak
dengan jiranya di bawah pokok rambut dimana di bawah pohon
tersebut terletak tempat beristirehat.. “hahh!! Dah balik pun,
ingatkan tak nak balik dah tadi..” Usik ayahnya. “macam mana
best pergi sunway piramid?” tanya ayah krista kepada saly.
“best pak cik.. Kat sana ramai orang.” jelas saly. Kemudian
mereka semua bergerak masuk kedalam rumah sementara
ayahnya masih lagi di luar berborak dengan jirannya. Pada
malam hari mereka sibuk menceritakan cerita mereka semasa
di sunway kepada ayahnya..

Jam di dinding menunjukkan pukul 12.54 malam. “dah lewat rupanya,
krista ayah masuk tidur dulu yerk!” kata ayah kepada krista. Setelah
melihat
sekeliling sunyi Sepi, Krista pun masuk ke bilik juga, saly melangkah ke
tingkap
dan kelihatan menara bekembar yang tadinya bercahaya terang
kini sudah tiada. Hanya lampu yang berkelip sahaja kelihatan di
menara tersebut. Saly pun menutup tingkap dan bergerak ke
katil lalu tidur..

Sudah seminggu berlalu, abang krista tidak melupakan janjinya untuk
membawa krista dan temannya ke genting highland.. Kali ini Joe membawa
ayahnya sekali. Mereka bertolak pagi selepas sarapan. Krista dan Saly begitu
teruja sekali.. Lebih kurang sejam perjalanan akhirnya sampai juga mereka.
Udara sejuk sudah mula terasa apabila abang krista mematikan aircon kereta
ketika tingkap kereta dibuka oleh krista dan saly.. “wah sejuknya di
sini.” kata
saly teruja. “biasa la, ni kan di tempat tinggi. Orang malaysia kata ini
kota
keriangan kerana di sini terdapat banyak permainan berbanding di sunway
piramid kita pergi hari itu.” jelas Joe kepada Saly.

Setelah parking kereta, mereka semua mula bergerak ke dalam dengan
berjalan kaki. Kelihatan
bangunan di cat bewarna-warni menerujakan lagi mereka berdua. “pak cik dah
selalu pergi ke sini, kat sini ada macam-macam.” jelas ayah krista.
“aik, sejak
bila pulak ayah pernah pergi ke sini?” tanya krista kehairanan.. “ masa kau
belajar di luar negara lah, abang kamu selalu ajak ayah pergi ke tempat ini,
malah juga pernah bermalam di sini. Kata abang kau di sini tenang, udaranya
juga segar.”jelas ayah krista lagi. Oooo… kata krista menandakan dia sudah
faham. Setelah sampai di dalam, alangkah terkejutnya mereka melihat begitu
ramai orang dan begitu banyak juga permainan yang menarik untuk mereka
mencubanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience