BAB 3

Family Completed 315

sudah mula banyak persoalan timbul di fikiran krista.. Krista
tertanya-tanya dan tidak sabar mendengar jawapan dari abangnya.. “abang
tahu la, sape lagi yang ada dalam rumah ni selain daripada kau dan
ayah.Kalau ayah tak ambil baki duit tu mesti ko yang ambil.Abang tak nak
bagitahu ayah sebab kesian dekat kau” kata Joe dengan nada sedikit kasar.
Krista berasa sedikit bersalah, “abang tak marah Krista ke??” kata Krista
yang terus bertanya. “abang tak marah tapi abang kecewa dengan sikap
Krista,lain kali jangan buat macam tu lagi” kata Joe dengan
memperlahankan nada suaranya kepada Krista. Krista berasa begitu lega
lalu beredar dari bilik Joe..
*
*
*20 tahun berlalu….*
*
* “Ayah!! krista bagitahu yang dia akan balik ke Malaysia Lusa ni”
kata Joe kepada ayahnya melalui telefon. “baguslah akhirnya habis juga
adik kau belajar di luar negeri..”kata ayah Joe dengan bangga. Joe juga
sekarang sudah mempunyai bisnes sendiri. Joe sekarang sudah menjadi
seorang yang berjaya kerana memiliki sebuah syarikat yang besar dan maju
Joe tidak sabar-sabar menunggu kepulangan adiknya. Sementara di dalam
pesawat Krista sedang menunggu pesawat tersebut mendarat di lapangan
terbang KLIA. Krista sebenarnya membawa seorang kawan perempuan
bersamanya yang bernama Saly.

Sesudahnya tayar pesawat mencecah landasan dan berhenti, Krista dan
kawanya Saly melangkah keluar dengan banyak berubahan yang telah berlaku
kepada dirinya. Saly kagum dengan KLIA kerana syilingnya yang unik dan
juga struktur binaan Lapangan tersebut. Mereka berdua mula keluar dari
lapangan terbang tersebut lalu menahan sebuah teksi. Setelah semua
bagasi sudah masuk ke dalam bonet teksi, mereka mula bergerak ke rumah
ayah Krista yang terletak di Kampung Baru Cheras. “Cantik Malaysia, saya
kagum melihatnya” kata Saly kepada Krista yang sedang memandang ke luar
tingkap teksi. “Malaysia memang cantik, saya akan bawa kamu
berjalan-jalan di sini nanti”jelas Krista kepada Saly. Sementara di
rumah ,Ayah Krista sedang sibuk menyediakan hidangan yang istimewa buat
anak perempuannya begitu juga dengan Joe yang juga berada di rumah
menanti Kepulangan adik perempuannya.

Hon hon..!! Bunyi teksi yang kelihatan sedang memasuki halaman
rumah ayah Krista. Ayahnya
dan Joe cepat-cepat keluar menyambut Kepulangan Krista. “Hai ayah hai
abang!!” Jerit Krista
yang sedang keluar dari teksi tersebut. Joe membalasnya.. Tiba-tiba Joe
dan ayahnya terkejut
yang Krista juga membawa kawanya sekali. Setelah semua bagasi
dikeluarkan dari teksi Krista
pun melangkah masuk rumah bersama temannya lalu bersalam dengan ayahnya.
“Krista kamu tak
bagitahu abang pun yang kamu bawa teman sekali” bisik Joe kepada Krista.
“saje nak bagi
surprise kat abang dan ayah..”balas Krista kepada Joe dan kelihatan Saly
sedang salam dengan
ayah Krista.

Kemudian mereka bergerak ke meja makan untuk makan petang.. Sedang
makan
mereka berbual rancak sambil menceritakan pengalaman Krista semasa Di
luar negara. Pada
keesokkannya Joe bangun awal untuk pergi ke pejabat sementara Krista dan
Saly masih tidur.
Sementara ayahnya sedang keluar membeli nasi lemak untuk anaknya. Pada
jam 8 pagi Krista
dan Saly sudah mula bangun dan kelihatan sudah ada nasi lemak di atas meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience