BAB 6

Family Completed 315

Mereka berada di sana sampai petang. Mereka bukan sahaja
bermain permainan yang ada di sana tetapi mereka juga pergi ke ladang teh
dan taman botani.. Di sana Joe dan Saly bertambah rapat..
Setelah puas berjalan mereka mula bergerak balik, Saly banyak
membeli barang di sana untuk di buat hadiah buat keluarganya
begitu juga Krista. Sampai di rumah semua terus terlentang tidur
keletihan.. Sebulan berlalu, “cepatnya lah sebulan, tak puas rasa
tinggal di sini..” rungut Saly kepada Krista. “aku pun rasa sekejap”
balas Krista spontan. “rindu pula rasa kat ko nanti, bila la lagi aku
dapat ke sini.”kata saly. Setelah siap mengemas bagasinya, saly
mengangkatnya masuk ke dalam bonet kereta abang Krista.Krista
mengiringi Saly ke KLIA..

Saly begitu berat hendak melangkah ke
dalam pesawat. Kelihatan Krista dan abangnya juga sedih..
Apabila pesawat mula bergerak Krista dan abangnya
melambaikan tangan kepada Saly begitu juga saly yang kelihatan
melambaikan tangan nya juga.Apabila Sudah tinggi pesawat
terbang Krista Dan abangnya Joe pulang ke rumah. Sementara di
pesawat Saly masih lagi sedih meninggalkan kawannya apabila
dia terkenangkan masa mereka bersuka ria bersama. Tak
tersengaja air mata saly menitis..

Setelah dua jam berlalu Joe dan Krista pun sudah sampai di
rumah.. Kini rumah mereka sunyi dan tidak semeriah dahulu..
Semua membuat kerja masing-masing. Bila malam tiba mereka
berkumpul di ruang tamu untuk menonton berita di tv sambil
minum teh panas. Krista memandang Jam di dinding yang
menunjukkan pukul 8:25 malam. “dah sampai ke belum Saly
yerk.” bisik hati Krista. Tiba-tiba ayah Krista menegur.. “Ehh..
Krista tu bukan ke pesawat yang kawan kamu naik tengahari
tadi??” Krista terkejut dan meneliti pesawat yang disiarkan di
berita tv itu.. Alangkah terkejutnya Krista pesawat yang di naiki
kawannya Saly terhempas ke dalam laut akibat kegagalan enjin
pesawat berkenaan berfungsi. Krista terus menitiskan air
matanya.

Dia seolah-olah tidak percaya bahawa begitu cepat
kawannya meninggalkan dia. Daripada maklumat berita tersebut
mengatakan tiada sesiapa yang terselamat.

Joe dan ayahnya juga terkejut dengan berita itu..
“sabarlah Krista tuhan lebih menyayangi dia.” Jelas
ayahnya kepada Krista yang masih lagi tidak percaya
dengan apa yang terjadi. Sejak itu Krista mula
menyalahkan dirinya. Dia percaya kalau dia tidak bawa
Saly bercuti di Malaysia perkara ini mungkin tidak akan
terjadi. Sudah seminggu berlalu hanya 25 mangsa
kejadian itu yang baru ditemui sementara 25 lagi masih
belum ditemui.. Di US ibu bapa Saly juga terkejut
dengan kematian anaknya itu kerana Saly adalah satu-
satunya anak tunggal mereka yang masih ada.. Lima
minggu kemudian baru semua mayat di temui.Joe
diberitahu oleh salah seorang penyelamat di sana
bahawa Mayat Saly telah dibawa ke US untuk
dikebumikan. Mayat saly dituntut oleh kedua orang
tuanya semalam,katanya lagi.
Joe sangat sedih kerana tidak dapat melihat wajah Saly
buat kali terakhir.

Sementara Krista sudah menjadi
seorang yang murung dan jarang berkata-kata. Krista
asyik terkurung sahaja di dalam rumah. Makan pun
Krista tidak selera. Joe semakin risau akan keadaan
adiknya Krista lantas membawanya pergi berjumpa
doktor.Doktor memberitahu bahawa Krista mengalami
trauma. Kemudian doktor memberi ubat mengurangkan
tekanan mental kepada Joe untuk diberikan kepada
Krista supaya Krista tidak terlalu tertekan. Sekiranya itu
terjadi kemungkinan Krista boleh menjadi gila. Joe
sudah mula semakin risau dengan keadaan adiknya
begitu juga ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience