BAB 7

Family Completed 315

Kini Krista hidup dengan memakan ubat setiap hari.
Sementara ayahnya sudah semakin berumur. “Joe kalau
ayah sudah pergi kamu jagalah adik kamu sehingga dia
sembuh.”kata Ayahnya menandakan bahawa hidupnya
mungkin tidak lama lagi. “astafirullahalazim!! Kenapa
ayah cakap begitu?? Insyaallah tuhan akan
memanjangkan lagi umur ayah kelak.” kata Joe kepada
ayahnya sebagai kata semangat.ayahnya tersenyum
sahaja.. Dua tahun berlalu keadaan Krista tetap sama.
Ramai kawan Krista yang datang menjenguknya dan
memberi kata semangat namun Krista seolah-olah
sudah berputus asa untuk meneruskan hidup. Pada
suatu hari Joe pergi ke bilik ayahnya untuk
mengejutkannya supaya solat subuh bersama-sama.
Berkali-kali Joe menggerakkan ayahnya namun ayahnya
masih tidak lagi bangun.

Joe sudah mula tidak sedap hati. Berbagai-bagai
perkara bermain di fikirannya. Joe meletakkan jari
telunjuknya di pergelangan tangan ayahnya. Sekali lagi
Joe tersentak… Joe menangis kecewa. “ ya allah ujian
apakah yang telah kau berikan kepada ku ya allah?
Mengapa begitu cepat engkau mengambil ayah ku??”
dengan nada sedih Joe melafaskan kata-kata
tersebut.sementara Krista langsung tidak memberi apa-
apa reaksi ketika ayahnya meninggal dunia. Joe cuba
menerimanya dengan tabah dan redha kepada allah.
Mayat ayahnya mula dimandikan serta di kapankan.
Sampai saja di tanah perkuburan upacara menanam
mayat ayahnya dimulakan. Setelah selesai majlis
tersebut dan setelah semua orang pergi Joe masih lagi
di tanah perkuburan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience