BAB 8

Family Completed 315

Joe melepaskan semua perasaan di tanah
perkuburan ayahnya. Sudah lewat baru Joe
pulang. “Ya allah! Aku terlupa bagi ubat pada
Krista..” menyedari kesalahannnya itu dia cepat-
cepat balik ke rumah. Sampai di rumah Krista kelihatan
seperti orang yang sudah tidak siuman. Krista sudah
mula bercakap seorang diri seolah-olah ada seorang
lagi di bilik adiknya yang sedang berbual dengan Krista.
Joe dengan berani menegur Krista. “Krista kamu
bercakap dengan siapa??” Krista tidak menjawab
pertanyaan abangnya. Sekali lagi Joe bertanya kepada
Krista dengan nada sedikit kuat,“Krista abang tanya ni,
kamu bercakap dengan siapa??”. “Aku cakap dengan
kawan aku la bodoh!!” Balas Krista dengan kasar..
Apabila mendengar jawapan dari Krista, Joe sudah mula
naik seramm.. Joe menjadi takut kerana mata Krista
tepat memandang ke arah anak mata Joe dari tadi. Joe
cepat-cepat keluar dari bilik itu. Joe mula berfikir, “kalau
dia bercakap dengan kawan dia bermakna dia boleh
melihat roh?? Siapa lagi kawanya selain Saly yang
meninggal beberapa tahun lalu. Ehh!! Apa aku merepek
ni, mungkin perasaan dia je kot” kata Joe bersendirian.
Semenjak ayahnya meninggal Joe sering mendengar
Krista cakap berseorangan di dalam biliknya. “aku tidak
boleh biarkan perkara ini, kalau dibiarkan mungkin
dengan aku-aku sekali jadi gila” kata Joe di dalam hati.
Keesokkannya Joe nekad membawa Krista pergi ke
hospital sakit mental.

Setelah selesai Joe dipanggil oleh doktor yang
memeriksa Krista tadi. Doktor tersebut
menasihati Joe supaya menempatkan Krista di
hospitalnya supaya mudah untuk doktor memberi
rawatan kepada Krista. Pada mulanya Joe tidak mahu
Krista ditinggalkan di hospital tersebut,namun apabila
difikir-fikirkan balik akhirnya Joe membuat keputusan
untuk menempatkan Krista di hospital tersebut. Setiap
bulan Joe akan melawat adiknya dua kali seminggu di
hospital tersebut. Joe juga diberitahu oleh doktor di
hospital itu bahawa keadaan adiknya semakin baik.
Apabila Joe mendengar jawapan itu dari mulut doktor
tersebut,Joe merasa sungguh bersyukur.
Joe sentiasa mendoakan adiknya supaya cepat
sembuh. Akhirnya,Krista sudah mula berborak
dengan abangnya.namun Krista belum pulih
sepenuhnya lagi. Krista harus menjalani
beberapa terapi lagi di hospital itu. Apabila Joe
memberitahu Krista bahawa ayah mereka sudah
meninggal, Krista berasa terkejut.. Krista berasa
sangat sedih kerana ketika ayahnya meninggal,
dia tiada di sisi ayahnya. tetapi Krista
menghadapinya dengan tabah.. Krista sekarang
sudah banyak berubah berbanding Krista yang
dahulu.

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan sudah tiba..
Krista akhirnya pulih sepenuhnya, dia juga sudah
dibenarkan pulang. Joe pula berasa sungguh
gembira kerana masih mempunyai adiknya yang
tersayang. Kini mereka bersatu semula tetapi
tanpa bapa mereka. Sampai saja di rumah Krista
terus melawat kubur arwah bapanya begitu juga
dengan Joe. “bersatu juga kita akhirnya.” kata
Joe kepada Krista didepan kubur arwah
bapanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience