Bab 1

Fantasy Completed 1470

Bang Chan pov

Aku mengintai ke dalam kawasan rumah encik Jeon. Bodyguard ada 3 orang. Aku memberi tanda syarat pada Lino menandakan aku tak perlukan bantuan dia. Lino menggangguk faham.

Lino duduk memcangkung sambil mengangkat kedua² belah tangannya ke atas. Aku pun naik ke atas tangannya lalu melompat masuk ke dalam kawasan rumah encik Jeon.

Seorang bodyguard tengah berjaga seorang diri di sekeliling manakala dua orang bodyguard lagi berjaga di pintu masuk rumah.

Aku mendekati bodyguard itu lalu mematahkan lehernya. Kemudian aku mendekati pintu masuk rumah.

Aku menunjukkan diriku, dua bodyguard takdi mahu menangkapku tapi aku lebih pantas. Aku melompat ke belakang mereka lalu menghantukkan kepala mereka sesama sendiri. Mereka pun pengsan.

Aku memasuki ke dalam rumah dengan penuh berhati². Aku naik ke tingkat atas di mana bilik encik Jeon berada.

Apabila aku masuk ke dalam biliknya, aku melihat dia tidur dengan begitu lena di atas katil. Tanpa membuang masa aku naik ke atas katil lalu mencekik encik Jeon.

Encik Jeon terus terjaga, dia cuba mempertahankan dirinya. Dia memukul² tanganku yang sedang mencekik lehernya.

Dia memandangku dengan pandangan yang marah.

"K-kau!"

Aku memberikan senyuman yang penuh makna sebelum aku keluarkan pisau lalu menikam encik Jeon.

Aku bukan setakat menikamnya di perut, malahan di tangan dan di kaki.

Apabila aku puas, aku turun ke tingkat bawah lalu mencuci tanganku di singki. Kemudian aku membuka peti ais.

"Nyah ada dua buah epal je? Aku dah lah ada 7 orang anak kat rumah" gumamku sendirian.

Rezki tetap rezki yowh

Aku mengambil dua buah epal itu lalu keluar dengan keadaan selamba. Di depan pagar, ada sebuah kereta besar yang bewarna hitam. Lino dah memang ada dalam tu.

Aku membuka pintu lalu duduk di sebelah Lino (Lino di tempat duduk pemandu).

"Lama betul" keluh Lino.

"Ala biasalah. Aku cekik dulu sebab nak tengok dia terseksa haha!" kataku dengan senyuman nakal. Aku memberikannya epal yang aku ambil takdi.

Satu lagi epal aku tengah makan sekarang.

"Dua je?"

"Ha ah"

"Harap rumah je besar, tapi takde makanan" sindirku. Tsk ingatkan ada lah makanan yang sedap² sikit.

"Boleh lah" Lino pun menghidupkan enjin kereta. Sambil memandu, sambil dia makan buah epal itu.

.___.

Sampai sahaja di rumah, aku terus duduk di atas sofa.

"Letih tu" kata Changbin yang tengah makan cokelat di sebelahku. Aku menghulurkan tanganku ke dalam plastik cokelatnya lalu makan.

"Letih lah oi, aku bunuh orang bukannya pergi makan" sindirku. Changbin memuncungkan bibirnya.

"By the way, apa yang hyung mintak dah tersedia" kata Han yang entah dari mana muncul.

"Beri alamat rumah tu"

Han pun memberikan alamat rumah tersebut.

Keesokan harinya...

Sekarang aku di hadapan rumah tersebut. Changbin dan Han menemaniku. Kami memasuki bersama.

"Mana?" tanyaku tidak sabar.

Han membawaku masuk ke dalam bilik bacaan. Han menarik salah satu buku yang tertulis 'Kanak-kanak Sesat' lalu satu pintu terbuka.

Pintu itu berada di belakang rak buku tersebut. Aku, Han dan Changbin masuk ke dalam bilik itu.

Sampai sahaja di tingkat bawah tanah, aku melihat semua pistol, pisau dan apa² sahaja peralatan yang aku nak ada di sini.

"Good" aku memegang pistol² itu. Terbit senyuman di bibirku. Ini yang aku mahukan.

"Tapi siapa nak jaga semua ni?" tanya Changbin. Iya lah, siapa nak jaga semua ni?

Takkan nak biarkan camni? Tak, senang je orang nak pecah masuk.

Aku dengan member pindah duduk sini? Tak boleh rumah ni jauh sangat dengan rumah boss Kim, kalau ada emergency susah pulak nanti.

"Nanti aku fikirkan" kataku. Aku pun mengajak Changbin dan Han pulang.

.___.

Keesokan harinya... (di cafe)

"Harh camtu lah ceritanya, kau rasa macam mana?" tanyaku pada Lino.

Lino yang berada di hadapanku sambil menghirup kopi, sambil menganggukan kepalanya.

"Tempah je lah orang" ujar Lino. Aku mengelengkan kepalaku tidak setuju.

"Nyah, aku taknak percayakan orang yang aku percaya" kataku. Lino mengangkat keningnya sebelah tanda tak faham.

"Maksudnya?"

"Kau tafsir lah sendiri" Lino mencebik. Lama kami diam akhirnya aku bersuara.

"Ok perempuan mana yang lalu depan aku nanti aku akan kahwin dengan dia" ujarku. Membulat mata Lino mendengar kataku.

"Weh apa citer masuk sampai bab kahwin ni?" tanya Lino pelik.

Tapi aku tidak mengendahkan soalannya, aku memusingkan badanku menghadap luar kedai.

"Tak kira lah dia cantik atau tak?" tanya Lino.

"Tak kesah, aku just nak dia jaga rumah tu bukannya nak bersenang lenang dengan dia" balasku. Lino menganggukan kepalanya.

Beberapa detik kemudian, seorang perempuan lalu di hadapanku.

Rambutnya pendek, tingginya pula mungkin dalam 5'5? Matanya amat cantik, mukanya dihiasi senyuman.

"Hyung" panggil Lino. Aku menganggukan kepalaku menandakan pergi memanggilnya. Tanpa membuang masa Lino mengejarnya.

Aku menunggunya gugup. Tak lama kemudian, Lino masuk ke dalam cafe kembali bersama perempuan itu.

"Iya kenapa awak nak jumpa saya?" tanya perempuan itu. Aku menelan air liur sebelum berbicara.

"Aku nak kahwin dengan kau" ujarku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience