"Aku nak kahwin dengan kau" ujarku. Perempuan itu memandangku pelik.
"Tiba?²"
"Iya"
Perempuan itu mengeluh, selepas itu dia memandang mukaku.
"Saya ok je" kata perempuan itu.
"Wait what serious?" tanyaku tidak percaya. Perempuan itu menganggukan kepalanya.
"Yup, saya takde siapa pun dalam hidup saya...Saya takde mak ayah, adik beradik, kekasih pun takde" ujarnya. Timbul lah juga rasa kasihan padanya.
"Oh...Ok aku nak kahwin dengan kau minggu depan jugak. Kau tak perlu buat apa², biar aku tempah semuanya" ujarku. Perempuan itu menganggukan kepalanya.
"Nama saya Yang Jaehwa, selamat berkenalan" Jaehwa membongkokkan sedikit badannya memberi hormat.
"Nama aku Bang Chan" giliranku pula memberi hormat padanya.
"Kalau dah takde ape², saya pergi dulu" kata Jaehwa lalu bangun. Sebelum dia pergi, aku menghulurkannya telefonku.
"Aku nak nombor telefon kau" kataku. Jaehwa menganggukan kepalanya. Dia pun mendail nombornya.
"Ok done" Jaehwa memberikannya kembali padaku. Dia kemudiannya pergi.
"Cantik jugak ye dia" kata Lino.
"Ehem, bakal isteri aku tuh nanti" kataku dengan nada bergurau. Lino hanya berdehem² banyak kali.
.___.
Seminggu kemudian...
Majlis kahwin aku dan Jaehwa berjalan dengan lancar. Hanya beberapa orang yang hadir sebab aku kan ukh ukh penjenayah.
Selesai sahaja majlis perkahwinan, aku membawa Jaehwa balik ke rumah itu.
"Wahhh besarnya rumah!"
"Giler lah! Ada chandelier!"
"Wehh ni jenama mahal sofa ni!"
Harh habis semua benda dia nak tegur. Aku hanya mengelengkan kepalaku melihatnya perangai yang kebudak-budakan.
"Aku nak mandi dulu" kataku. Jaehwa menganggukan kepalanya.
Selesai mandi, aku berbaring di atas katil. Fuhh penat betul kahwin ya.
Tidak lama kemudian, Jaehwa memasuki bilik lalu masuk ke dalam bilik air.
Sejam kemudian, dia pun keluar. Dia memandangku yang di atas katil. Dia pun mendekati katil lalu mengambil bantal.
"Eih² kau buat apa?" tanyaku hairan.
"Nak tidur kat sofa, mana tahu awak tak selesa ke" ujarnya. Aku mengelengkan kepalaku.
"Aku yang ajak kau kahwin, so maksudnya aku selesa lah" kataku.
"Oh ye lah" Jaehwa tersenyum² seperti kerang busuk. Dia pun meletakkan kembali bantalnya lalu berbaring di sebelahku.
Lama kami diam, aku pun memandang Jaehwa. Lah dah tidur budak ni. Aku memandangnya lama.
Nasib lah kau yang lalu depan aku, macam mana kalau yang gedik² tu yang lalu depan aku? Mampos lah aku nak melayan karenah dia.
Aku meletakkan kepalaku di atas bantal. Tak lama kemudian aku pula tertidur.
.___.
Aku membuka mata perlahan², dah cerah bilik. Aku melihat ke sebelah, Jaehwa tiada di sebelahku. Maybe dia dah bangun.
Aku pun bangun mandi. Selesai mandi, aku turun ke tingkat bawah. Kelihatan Jaehwa sedang makan.
"Oh awak dah bangun! Saya dah sediakan sarapan" ujarnya sambil menunjukkan makanan yang terhidang di tempat duduk hadapannya.
Aku pun duduk di hadapannya lalu makan sarapan tersebut. Perghh boleh tahan gak herh dia masak.
"Sedap?"
Aku hanya meng'hm'kan aje. Tapi serius memang sedap.
"Bang Chan, awak kerja apa ya?" tanya Jaehwa yang membuatkan aku tersedak. Cepat² Jaehwa memberikan aku air.
"Eih² kenapa? Awak ok?" tanya Jaehwa risau. Aku menganggukan kepalaku.
"Kalau taknak bagitahu saya takpe" kata Jaehwa. Aku menarik nafas dalam.
"Buat masa sekarang, kau tak perlu tahu" ujarku lalu bangun dari tempat duduk. Aku mengambil kunci kereta lalu bergegas masuk ke dalam kereta.
Aku pun memandu ke rumah Skz untuk bekerja.
.___.
Beberapa bulan kemudian...
Semuanya berjalan lancar seperti yang aku harapkan. Jaehwa masih belum tahu yang aku seorang penjenayah.
Tapi sejak akhir² ni, dia selalu balik lewat. Biasanya dia tak pernah keluar pun. Kalau aku tanya dia pergi mana, dia cakap pergi ke tempat kerja dia dulu.
Aku pelik, kalau cakap nak uruskan barang dia tak munasabah sebab dah beberapa bulan berlalu. Takkan baru sekarang nak uruskan barang kan?
Aneh...
Share this novel