Beberapa hari kemudian (Still Jaehwa pov)
Aku memandang mereka berlima. Sungjin, Jae, Young K, Wonpil dan Dowoon.
"Harh, dapat tak maklumat pasal Stray Kids?" tanyaku. Sungjin memberikan 8 kertas kepadaku.
"Semuanya ada 8 member termasuk Bang Chan. Yang lain Lino, Changbin, Hyunjin, Han, Felix, Seungmin dan Jeongin"
"Lino, Hyunjin dan Seungmin pandai menggunakan peralatan macam pedang and pisau"
"Changbin, Han, Felix dan Jeongin pula pandai menggunakan pistol" ujar Young K.
"Kalau Bang Chan?" soalku.
"Dia pandai kedua-duanya, tapi yang paling dia handal sekali ialah menggunakan peralatan" balas Jae. Aku menganggukan kepalaku faham.
Aku memandang Sungjin yang nampak tak senang duduk.
"Harh Jin, kau kenapa?" Sungjin memandangku kemudian memandang yang lain.
"Kau still...Kau still couple dengan Hongjoong ke?"
"Kenapa?"
"Hermmm, kitaorang macam tak sedap hati dengan dia. Dia macam ada niat jahat" kata Dowoon takut². Aku mengeluh berat.
Ya sebenarnya aku pun ada fikiran macam tu jugak
Tapi sebab cinta kan?
Eih jap aku still suka kan Hongjoong ke?
"Min? Ooo Min" Wonpil menepuk² tangannya di hadapan mukaku. Aku mengelengkan kepalaku lalu memandang mereka.
"Just trust him"
Aku pun bangun lalu pergi dari situ. Aku menelefon Yeji dan yang lain untuk bertemu denganku.
.___.
-Di kafe
"Kenapa Min?" tanya Yeji apabila sampai. Aku mengeluh panjang.
"Aku ada rasa Hongjoong ada rancangan lain" kata ku. Aku memandang Chaeryeong yang tidak senang duduk.
Harh takdi Sungjin, sekarang Chaeryeong.
"Chaeryeong?" semua memandangnya apabila aku menyebut namanya.
"Aku sebenarnya nak tunjuk something but aku takut" kata Chaeryeong perlahan tapi masih dapat didengari olehku.
"Tunjuk kat aku" arahku. Chaeryeong nampaknya ragu². Ryujin menyiku lengannya.
"Boss nak tengok tu" kata Yeji tegas. Perlahan² Chaeryeong mengeluarkan telefonnya lalu memasang perakam suara.
'Dah berapa orang dia beri?'
Ni suara Hongjoong...
'Lebih kurang 50k'
'Bagus'
'Lepas kita kalahkan Bang Chan, kau akan kahwin dengan Sungmin ke?'
'Tsk perempuan tu? Perempuan tu sekadar simpanan je. Perempuan macam tu kat mana² pun boleh dapat'
Air mataku mula mengalir, tak sangka betul. Aku sayang dia sampai sanggup dihalau dari rumah. Camni je dia bagi kat aku?
"Min..." Ryujin memanggilku perlahan. Yuna memberika tisu padaku, aku segera ambil lalu mengesat air mataku.
"Fvck"
Semua senyap memandangku, semua takut bila aku marah. Aku memandang Chaeryeong yang dah pucat kerana ketakutan.
"Dah lama ke benda ni?" tanyaku dengan suara terketar² menahan marah. Chaeryeong menganggukan kepalanya perlahan².
"Thanks sebab bagitahu benda ni"
Aku pun bangun lalu keluar dari kafe. Aku mengkutsutkan rambutku. Kalau ikut kan hati aku sekarang, nak je aku pergi bunuh Hongjoong.
Sekadar dia tu, aku boleh kalahkan. Dah lah ambik orang aku, lepastu pergunakan macam aku orang bodoh.
Aku menaiki motorku lalu pulang ke rumah.
.___.
Bang Chan pov
Aku menunggu Jaehwa pulang. Aku memandang jam yang berada di dinding, dah pukul 11 malam. Dia pergi mana?
Tak lama kemudian, pintu rumah terbuka. Mata aku membulat apabila melihat mukanya yang penuh dengan lebam dan luka.
Aku mendekatinya lalu mebelek² mukanya.
"Bagitahu aku siapa yang buat ni"
Jaehwa hanya diam, dia tidak memandangku. Aku menekup pipinya supaya melihatku.
"Cakap siapa yang buat" aku meninggikan sedikit suaraku. Jaehwa menepis tanganku, dia kemudian mengelengkan kepalanya.
"Saya jatuh masa berjalan takdi"
"Jaehwa, aku tak bodoh. Mana ada orang jatuh sampai macam ni"
Melihat Jaehwa diam, aku meluru keluar dari rumah tapi dihalang oleh Jaehwa.
"Awak nak pergi mana ni? Dah lewat" kata Jaehwa. Aku tidak mengendahkannya, aku berjalan melepasinya.
Takpe kalau dia taknak bagitahu, aku akan cari sendiri. Aku akan cari tak kira apapun.
"Bang Christopher Chan!" Jaehwa memanggil nama penuhku dengan kuat. Aku memandangnya dengan muka tak puas hati.
"Tak payah lah cari siapa...Tak penting pun" katanya perlahan. Aku menolak Jaehwa ke dinding perlahan.
"Sebelum aku naik angin, bagitahu aku siapa yang buat"
"Dah kenapa awak nak tahu sangat? Selama ni awak mana pernah ambik peduli tentang saya, hari ni tiba² awak ambik peduli sangat pasal saya kenapa?" Jaehwa meninggikan suaranya.
"KAU INGAT AKU GILA KE APA? ISTERI AKU KENA PUKUL MACAM NI MESTI LAH AKU PEDULI. INGAT JAEHWA, KAU ISTERI AKU. AKU TAKKAN BENARKAN SESIAPA PUN SENTUH HAK KEPUNYAAN AKU"
Jaehwa diam memandangku. Aku menumbuk dinding yang membuatkan Jaehwa berundur sedikit dariku.
Aku memandangnya, aku mengeluh panjang sebelum masuk bilik.
Baik aku asingkan diri aku sebelum aku cederakan dia.
Share this novel