Bab 7

Fantasy Completed 1470

No one pov

Jaehwa masuk ke dalam rumah dalam keadaan mabuk. Bang Chan yang berada di dalam bilik, terus keluar ke ruang tamu.

"Harh tahu balik? Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa?" marah Bang Chan. Jaehwa melemparkan beg nya di atas meja.

"Kau senyap lah" kata Jaehwa. Bang Chan sedikit terkejut kerana Jaehwa menggunakan panggilan 'kau'.

"Aku ada banyak masalah ni, kau pulak nak membising je kerjaan" sambung Jaehwa lagi.

"Amboi kau, aku risaukan kau camni kau layan aku herh" kata Bang Chan sambil bercekak pinggang. Kemudian dia terbau alkohol yang sangat kuat.

"Ishh kau mabuk!" Bang Chan menibas² tangannya. Bang Chan melihat muka Jaehwa, mukanya warna pink. Memang sah dia ni mabuk.

"Bawak aku masuk bilik" arah Jaehwa. Bang Chan mengangkat keningnya sebelah.

"Sejak bila kau pandai mengarah orang ni?"

"Dah lama, kau je tak tahu"

Bang Chan mengetap giginya. Geram pun ada, tapi dia tahu ni bukan perangai Jaehwa yang sebenarnya.

Bang Chan pun mengangkat Jaehwa dengan gaya bridal style.

"Weee!"

Bang Chan mengelengkan kepalanya. Apa² sahaja lah.

Sampai sahaja di dalam bilik, Bang Chan melemparkan Jaehwa di atas katil.

"Aduh!" Jaehwa menggosok belakangnya yang sedikit sakit. Bang Chan hanya memberikan senyuman sinis.

"Padan muka" kata Bang Chan. Sebelum dia keluar, Jaehwa menarik tangannya.

"Teman aku" kata Jaehwa pendek.

"Taknak aku"

"Yah sepatutnya kau layan isteri kau yang tengah mabuk ni" Jaehwa mula membebel.

"Kau betul ke nak suruh aku teman?"

"Iya laa"

"As you wish" Bang Chan pun melompat ke atas katil.

"WAIT WAIT AAAAA"

.___.

Jaehwa pov

Aku membuka mataku perlahan². Terlihat Bang Chan yang sedang lena lagi tidur di sebelahku. Aku mengerutkan dahi cuba ingat apa yang terjadi semalam.

Oh

Ha ha

Apa yang aku buat semalam?

"Dah bangun?" tanya Bang Chan dengan suara serak² basah. Aku menganggukan kepalaku.

"I love you too" ucap Bang Chan tiba² yang membuatkan aku terbangun dari baringanku.

"Apa?" aku mengangkat kening sebelahku tak percaya.

"Masa kita tengah buat semalam, kau cakap 'i love you' , aku pun balas balik bila kau sedar ni" kata Bang Chan.

APA YANG AKU BUAT SEMALAM WOI

Bang Chan bangun dari baringannya. Dia mendakap kedua² belah pipiku. Jantungku mula berdegup kencang.

Perlahan² dia mencium bibirku, aku membalas ciumannya tanpa ragu². Dia pun meleraikan ciumannya dengan senyuman.

"Aku kena pergi kerja" kata Bang Chan lalu bangun masuk ke dalam bilik air. Selepas dia keluar, aku pula yang masuk dalam bilik air.

Apabila aku turun ke tingkat bawah, dia dah pergi kerja. Aku memandang sekeliling rumah, ye lah mana tahu Bang Chan letak cctv kan?

Bila aku pasti tiada cctv, aku mengeluarkan telefonku lalu menelefon Young K.

"K, cuba kau try cari nombor salah sorang member Skz. Bagitahu diaorang datang jumpa geng kita tapi jangan bagitahu Bang Chan" arahku.

"Aik kenapa?"

"Kau ikut je"

"Ok"

Aku bersiap untuk pergi ke gudang yang biasanya kami berkumpul.

.___.

No one pov

Member Skz datang ke gudang itu dengan penuh berhati². Mereka sedikit takut kerana biasanya pergi mana² ditemani Bang Chan, tapi sekarang pergi bertujuh je.

"Sini!" Yuna melambai tangannya dengan penuh ceria. Skz pun duduk di atas kerusi yang telah disediakan.

"Hah, dah kenapa nak jumpa?" tanya Lino.

"Boss kitaorang nak jumpa, tunggu lah" kata Sungjin. Skz menganggukan kepalanya.

Tidak lama kemudian, bunyi deruman motor terdengar dari luar. Terlihat seorang wanita yang masuk ke dalam gudang, dia memakai topeng bewarna hitam.

"Psst, macam kenal" bisik Jeongin pada Seungmin. Seungmin menganggukan kepalanya tanda dia juga berfikir begitu.

Wanita itu pun membuka topeng nya.

"Jaehwa?!" semua member Skz terkejut melihat Jaehwa.

"Terima kasih kerana sudi datang" ucap Jaehwa dengan senyuman. Dia pun mengambil tempat duduk di hadapan member Skz.

"Yes aku Jaehwa, aku yang panggil korang datang jumpa aku" kata Jaehwa.

"Maksudnya, kau lah boss?" tanya Felix yang masih belum percaya. Jaehwa menganggukan kepalanya dengan senyuman manis.

"Aku sebenarnya dalam team Hongjoong-"

"KORANG MUSUH KITAORANG?!" Hyunjin tanya penuh dramatik. Jaehwa membuat muka 'kau sabar boleh tak?'

"Ehem" Young K berdehem sekali sambil memberi tatapan tajam pada Hyunjin. Lino pula memberi isyarat pada Hyunjin supaya diam.

"And rahsia terbesar aku ialah aku adalah girlfriend Hongjoong" sambung Jaehwa lagi. Semua member Skz terkejut besar.

"Kau curang" kata Han sambil menekup mulutnya dek terkejut takdi.

"Macam ni...Aku memang dah lama couple dengan Hongjoong ni. Hongjoong ni cuba jatuhkan Bang Chan sebab ye lah, Bang Chan ialah manusia yang paling berbahaya dan berkuasa dalam dunia mafia ni"

"Seperti yang korang tahu, Bang Chan bekerja bawah Boss Kim. Termasuklah korang kan?"

"Then disebabkan aku sayang sangat Hongjoong ni, aku pun ikut semua cakap dia"

"Sebenarnya aku dah rancang masa lalu depan kafe tu"

"Wait, masa aku dan Bang Chan dalam kafe tu?" tanya Lino. Jaehwa menganggukan kepalanya.

"Yes...Then lepas aku kahwin dengan Bang Chan tu, Hongjoong suruh aku ambil tahu rahsia apa² dari Bang Chan"

"And lagi, dia suruh aku goda Bang Chan supaya Bang Chan mula suka aku. So kemungkinan besar yang Bang Chan akan ceritakan segala rahsianya padaku" jelas Jaehwa panjang lebar.

"Sanggup betul ya si Hongjoong tu, kalau aku tak nya nak suruh girlfriend aku nak buat camtu" kata Hyunjin sambil mengelengkan kepalanya. Jaehwa mengeluh panjang.

"Then apa guna kau panggil kitaorang? Kau team Hongjoong kan?" tanya Changbin hairan.

"Tujuannya, aku dah tak nak sekutu dengan Hongjoong. Mulai hari ni, aku team Bang Chan" kata Jaehwa.

"Kenapa tiba² kau nak masuk team kitaorang?" tanya Seungmin curiga. Jaehwa menggigit bibir bawahnya, dia memandang Itzy dan Day6.

"Hmmm, macam ni-" Yeji tidak menyambung ayatnya, Yeji memandang Jaehwa. Jaehwa menganggukan kepalanya lalu dia sambung kembali ayatnya

"Jaehwa ni dipergunakan oleh Hongjoong, so sekarang Jaehwa ni nak balas dendam" ujar Yeji. Semua member Skz menganggukan kepalanya faham.

"Jangan bagitahu Bang Chan pasal hal ni" kata Jaehwa.

"Why? Kau nak tolong dia kan?" tanya Hyunjin.

"Fikir lah bongok, kalau Jaehwa bagitahu tak ke Bang Chan akan bunuh Jaehwa ni nanti?" balas Lino dengan gaya berpeluk tubuh.

"Oh hehe" Hyunjin hanya tersengih² seperti kerang busuk.

"Deal?" tanya Jaehwa sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.

"Deal" Lino pun menjabat tangan Jaehwa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience