Bab 6

Fantasy Completed 1470

Jaehwa pov

Bunyi telefonku menyedarkan aku dari tidurku. Aku membuka mataku. Aik sejak bila aku ada dalam bilik? Tak silap aku, aku tidur atas sofa semalam.

Ah lantak lah, sekarang mana telefon aku

Aku turun ke tingkat bawah, Bang Chan tiada. Telefonku yang berada di atas sofa terus berbunyi. Tanpa membuang masa aku terus mengangkat panggilan tersebut.

"Harh kenapa?"

"Bang Chan! Bang Chan dan member Stray Kids yang lain serang tempat Hongjoong!" mataku membulat mendengarnya.

"Macam mana Hongjoong sekarang?"

"Aku dengar dia sempat lari bersama member nya yang lain"ujar Yeji. Aku menganggukan kepalaku.

"Aku akan datang ke gudang nanti, call yang lain juga" arahku.

"Ok"

Aku meletakkan panggilan. Aku menggigit kuku ku, macam mana kalau Bang Chan tahu pasal tu?

Tak boleh! Bang Chan tak boleh tahu tentang itu.

Aku
Tak
Boleh
Hilang
Bang Chan
Kali ni

.___.

Aku duduk di hadapan member Itzy dan Day6. Mereka 10 orang ni je lah yang aku percayakan sekarang ni.

"Aku rasa nak tukar plan" kataku. Semua mendengarkanku dengan serius.

"Aku nak berpihak pada Bang Chan pula. Kita batalkan plan dengan Hongjoong" ujarku. Semua mengangguk setuju.

"Aku dah agak, dia tu memang jahat" kata Young K marah.

"Tu la tu" Lia menganggukan kepalanya.

"Jadi, kau nak bagitahu Bang Chan ke yang sebenarnya kau pun penjenayah?" tanya Yeji. Aku menggigit bibirku.

"Tak akan, aku tak akan bagitahu dia"

"Jadi macam mana kita nak tolong Bang Chan? Kau dah serahkan 50k orang kat Hongjoong" kata Wonpil.

"50k tu orang aku, aku boss asal diaorang. So korang rasa diaorang berani ke lawan aku?"

Aku memberikan senyuman sinis, mereka juga mula turut senyum dengan kata²ku.

"Kau tunggu lah Hongjoong, salah orang kau buat main" gumamku sendirian.

.___.

Bang Chan pov

"MANA DIA?!" aku mencari Hongjoong merata² di dalam bangunan usang. Yeah, bangunan tu ialah kawasan dia.

"Dia dah lari" kata Felix tercungap² letih dek mengejar Hongjoong.

"Tsk penakut betul, dasar rambut kelapa" kata Hyunjin yang tidak puas hati.

Aku memijak-mijak kepala yang sudah mati di situ. Geram dengan si Hongjoong ni.

"Lino!" panggilku. Lino segera mendekatiku.

"Cari Hongjoong hingga ke lubang cacing, aku tak kesah kau ambil masa lama or sekejap yang pasti aku nak Hongjoong hidup²" arahku. Lino mengangguk faham.

"Jom bla, aku lapar. Hari ni aku belanja" kata ku. Yang lain daripada muka serius terus senyum gembira.

Hadeh

Tanpa membuang masa, kami pun mencari kedai makan berdekatan.

.___.

Jaehwa pov

"Weh kau tolong beli, aku malas" kata ku malas.

"Harh ye lah, kau nak apa?"

"Entah lah, kau beli je lah makanan yang boleh buat aku kenyang"

"Ok"

Yuna dan Doowon pun pergi memesan makanan. Sementara kitaorang di sini sibuk membawang. Tiba² Yeji berhenti bercakap.

"Kenapa?" tanya ku hairan. Yeji menunjukkan ke satu arah. Kami pun memandang ke tempat yang ditunjuknya.

"Bang Chan?!" aku mula panik apabila melihat Bang Chan dan member Stray Kids yang lain mahu masuk ke kedai ini.

"Sh*t² macam mana ni??" aku gelabah menarik bajuku untuk menutup mukaku. Yang lain turut panik.

"Rilex², mesti Bang Chan just fikir 'oh isteri aku keluar dengan kawan² dia" kata Ryujin positif.

"Dah pastu aku nak berlakon macam mana? Nak keraskan aje kepala sebab nak mengelak tengok dia? Eih pelik"

"Haish kau ni" Ryujin menepuk bahuku perlahan. Aku menarik nafas untuk bertenang.

"Berlakon normal je, tak payah lah sampai keraskan kepala tu" kata Sungjin. Aku menganggukan kepalaku.

Bang Chan dan member dia pun masuk lalu duduk selang tepi dari mejaku. Harh faham kan?

"Min! Aku belikan kau bibimbap, kau ok kan?" semua mengangkat muka apabila Yuna menanyakan soalan itu padaku.

"Ke-kenapa semua tengok macam tu?" tanya Yuna sedikit takut. Aku menggigit bibirku, aku dapat rasakan Bang Chan tengah perhatikan ku sekarang.

"Min, dia tengok kat kau. Buat² biasa je" bisik Jae. Aku menganggukan kepalaku perlahan.

"Jaehwa?"

Shoot

Dia panggil aku

Perlahan² aku memandang Bang Chan. Bang Chan mengerutkan dahinya. Dia bangun lalu mendekatiku.

Dia memandang muka² yang lain (Itzy and Day6). Aku menelan air liur yang pahit.

"Ni kawan kau ke?" tanya Bang Chan. Aku menganggukan kepalaku dengan senyuman yang senget.

"Iyup! Ni kawan saya dari sekolah menengah lagi" balasku gagap. Dia menganggukan kepalanya.

"Ah ok"

"Hyung! Makanan dah siap bungkus!" kata salah satu member nya. Tak silap aku namanya Jeongin.

"Ok, nanti jumpa lagi" kata Bang Chan lalu pergi bersama member yang lain. Aku menarik nafas lega.

Fuhh nasib

.___.

Bang Chan pov (di dorm)

Sampai sahaja di dorm, aku duduk di atas sofa.

"Han, berikan aku fail yang haritu" arahku. Han menganggukan kepalanya, dia segera mengambil fail itu lalu memberikannya pada Bang Chan.

Aku membuka fail itu lalu melihat² kertas di dalamnya.

"Yeji, Lia, Ryujin, Chaeryeong and Yuna..." aku melihat gambar yang turut berada di kertas masing².

"Ni lah kawan² Jaehwa takdi kan?" tanyaku pada member. Semuanya mengangguk.

Jaehwa...

Siapa dia sebenarnya?

-Kalau ada ayat yang berbelit, harap dimaafkan ya :^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience